Selamat pagi. :)
Alahai, rindunya nak pergi sekolah. Rindu sangat. Kan aku dah cakap pada diri sendiri tahun lepas, yang masa sekolah memang laa tak sabar-sabar nak habis sekolah. Bila dah habis sekolah nanti, perghh, memang la akan rindu. Buktinya? Semalam dah berjuraian air mata huhu sebab rindu.
Rindu cikgu-cikgu terutamanya.
Cikgu-cikgu yang baik, manis dan sentiasa kasi nasihat dekat kitorang.
Cikgu Aida.
Cikgu yang kecil molek. Cikgu yang suka usap dagu aku, dengan comelnya. Cikgu yang sentiasa kasi nasihat. Cikgu yang selalu bergurau, yang selalu mendoakan kitorang selepas mengajar. Waaaaa. Cikgu Bahasa Melayu yang aku sayang. Yang selalu kasi semangat untuk aku dapat A+ BM. Cikgu yang selalu layan perangai gila aku dan Ipa. Haha.
Kitorang suka dengar cikgu bercakap. Cute sangat. Pernah, aku cakap pada cikgu yang suara cikgu macam deejay radio terengganu fm, Farah Hj Fauzi tu. Haha, cikgu gelak je lepas aku cakap macam tu. =P
Cikgu Faridah.
Cikgu Sejarah aku. Dari tingkatan 1 lagi pernah belajar BM dengan dia. Sekarang, belajar Sejarah pula. Waktu di tingkatan 1, pernah tanya cikgu pasal 'apa yang cikgu nampak' pada diri kita sebab cikgu tahu psikologi. Waw, bila dia cakap aku itu ini haha ya, memang betul. Aku pun tak tahu dari mana cikgu tahu. :D Banyak belajar daripada cikgu. Bila di tingkatan 5, cikgu selalu kasi nasihat pada aku. Aku boleh cakap dan cerita pada dia, dan dia akan kasi pandangannya itu ini macam cikgu kaunseling. :')
Bila aku selalu mengantuk dalam kelas (sebab duduk asrama), selalu jugak 'kena' dengan cikgu. Tapi, gaya sempoi la sebab cikgu memang sempoi habis! =) Bila aku dah tak mengantuk, cikgu perasan dan pernah cikgu cakap, "Bagos, Syafiqa. Tak ngantuk hari ini."
Yang aku tahu, sesiapa yang belajar dengan cikgu, pasti akan jatuh sayang. :)
Macam aku dan kawan-kawan.
Teacher Azhana.
Waaaa. The best english teacher we ever had. Teacher seorang yang sangat sangat sangat pemurah dan sangatlah melayan perangai aku dan Ipa yang agak gila. Haha. Setiap kali jumpa teacher, mesti berebut dengan Ipa nak cakap, "Teacher! You are so beautiful today!" Tak pernah nampak teacher marah. Teacher macam budak-budak tau.
Sewaktu kelas tambahan hujung minggu, teacher belanja satu kelas minum ice-blended. Kitorang teruja gila waktu itu. Masa teacher tanya siapa yang volunteer nak pergi bila, aku dan Ipa la yang beria-ia menawarkan diri. Haha. Saja nak escape daripada buat karangan ~
Kalau cakap dengan teacher, memang fully english. Kalau tak, untuk satu perkataan kitorang kena bayar 10 $en. Haha, siap ada tabung lagi. Yang tukang galak mengutip dan mengadu pada teacher, "Teacher! She/he speaks in Malay!".. sudah tentulah aku dan Ipa. Saja nak kenakan kawan-kawan. Oi, bayar tetap bayar. Kawan ke tidak, lain kira laa! *gelak jahat*
Aku cuma rajin bertanya itu ini pasal grammars and teacher tak pernah penat melayan. Walaupun aku suka buat essays dan selalu hantar essays, tapi aku kadang kala malas nak jawab soklan objektif + isi tempat kosong segala bagai tu. Huhu, ampun maaf laa teacher sebab selalunya aku tunggu jawapan je. Haha. Dasar anak murid tak tahu berterima kasih. ~
Teacher pernah kasi aku dan Ipa guna smartphone dia bila aku dan Ipa tak ada kamus. Mengadu dekat teacher, "Teacher... we have no dictionary.." sambil buat muka kesian. Dan, teacher pun hulur smartphone dia, "Use this.." Erk, teragak-agak aku nak amik. Ish, betul ke teacher ni.. Dah teacher kasi, aku dan Ipa pun amik laa. Alahai teacher.
Sungguh, memang sayang teacher sangat!
* * * * * *
Okay, aku cuma rindu cikgu-cikgu aku. Bila tulis ni, rasa macam hilang sikit beban perasaan, cewah ~
Baiklah, mahu menjalankan tugas-tugas sebagai suri rumah pulak. Esok nak cerita pasal cikgu-cikgu lain pula, yang semuanya aku sayang!
Serius, tiada sebab untuk tidak sayang cikgu.
Sebab, cikgu walaubagaimanapun dia sama ada garang, baik, sempoi, manis atau kelakar..
Dia tetap berjasa pada aku.
Pada kita.
Cikgu,
Yang nasihatnya lembut bagai emak.
Yang tegasnya umpama ayah.
Yang memahami seperti sahabat.
Kalau di rumah aku ada mama dan papa sebagai ibu bapa,
di sekolah pula semestinya aku ada cikgu cikgu cikgu cikgu cikgu dan cikgu (tak terkira ramainya) sebagai ibu bapa.
Yang pasti, semuanya aku sayang.
Sebagai tanda terima kasih daripada aku, buat insan-insan mulia.
:)
-Love, Orked.-
1 comment:
Live while we young
Post a Comment