Thursday, March 21, 2013

Sudah Muncul Penamatnya-


Assalamualaikum. :)

Hari ini memang salah satu hari yang bersejarah dalam hidup. Hmmm. Result SPM laa, apa lagi. Haih. Memang kecut perut la. Sebelum result diumumkan itu, memang nangis-nangis laa depan Hani HusnaMuni (myB13+A102), cakap telefon dengan Cikgu Zimah haha menitik-nitik air mata, dengan Awak lalala. Fuh, memang cuak, yang terlalu.

Alhamdulillah, walaupun aku kantoi Biology, Physics, Chemist, Addmath. :)
Haha.

Yang Bio memang aku tak percaya dapat B+ sebab sepanjang tahun ini memang markah aku cukup-cukup makan la untuk lulus.

Yang Addmath, memang syukur la dapat B sebab sepanjang tahun memang aku memanjang je gagal. Trial pun masih G. Lepas trial, cikgu addmath tukar. Tecer Hanisah, perghhhh, memang kena 'belasah' la hari-hari buat berset-set soalan.

:)

Ingat lagi riak muka betapa eksaitednya Cik BamBam dan Cik HajarAfiah bila tahu aku dapat 7A. Eksaited lebih daripada aku. Haha. Yes, sebab diorang yang ada bersama aku through the thick and thin. Sebab diorang sama-sama bagi semangat untuk aku struggle lepas trial spm. Sebab diorang tahu betapa susahnya aku nak deal dengan ke-emo-an, stress, dan sebagainya yang memang hard untuk aku. Well, battle againts self.

Ya, aku syukur dapat macam ini. Walaupun tak setinggi orang lain, walaupun ramai besties aku yang dapat straight's A. Rezeki masing-masing. :)

Dan, Tuhan bagi aku yang terbaik.
Untuk aku.


Semuanya ada hikmah, insyaAllah. Alhamdulillah.

BamBam, BudakKecik, Awak;
terimaaaaaaaaaaaaa kaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaasih.


Untuk masa-masa yang sukar,
di mana kalian sentiasa ada-
tidak pernah hilang.

Setahun yang terkebelakang,
sudah muncul penamatnya-
penamat yang indah,
untuk aku.


InsyaAllah,
life must go on.

:)

Wednesday, March 20, 2013

Moganya dijaga Tuhan.


Sya Izz is activing the sad mode.


aurelique:

day two sixty two (by rachael hyde)




T_______T

Fine, aku tak tahu kenapa, takde sebab pun untuk aku rasa sedih.

Okay tipu.

Aku sedih sebab aku rindu orang-orang yang aku sayang.
Aku rindu.
Sangat.

Speechless.

Wordless.

Masa doa lepas solat Isya' tadi, terus sedih tu menerpa datang. Sebab aku tahu, sejauh mana pun aku rindukan manusia, mereka takkan ada macam Tuhan ada dengan aku.

Tuhan aku,
tidak berjarak walau seinci.

Cukuplah,
aku ada Tuhan.

Tuhan dengar apa aku cakap.
Tuhan tahu bahawa aku sedang merindu.

Tuhan,
sampaikan sayang aku buat mereka-
yang aku cinta
dengan apa adanya.

Jagakan mereka-
bahagiakan hidup mereka dengan senyum tawa.

Cukup-
Aku di sini,
mendoakan dengan sebenar-benar harap.


* * * * * *





moga Tuhan menjaga dalam redha;
kalian-

Ipa, HajarAfiah, Awak, BamBam, SnaMuni, SnaMadi, OneKnow, Faezah, AinaAdilah, Nazirah, Dyana.

baik-baik sahaja,
walau di mana berada,
kerana Tuhan tidak pernah tiada.

selamat malam,
malaikat sedang mengulit dengan sepenuh tulus-
maka, lena lah dengan nyaman.

:)






Tuesday, March 19, 2013

Tuhan.



Di saat aku hilang segala,
Tuhan tetap ada.

Di saat aku mula sepi,

Tuhan masih di sisi.

Di saat aku sudah jatuh,
Tuhan masih menolong aku gagah.








Tuhan aku,

yang tidak pernah sedikitpun lari walau sesaat.

Tuhan aku,
yang tidak pernah gagal menghulur damai.

Tuhan aku, 

yang sungguh mencintai dengan apa-adanya.

Sunday, March 17, 2013

Pada Suatu Cinta Dahulu









* * * * * *

Angin itu mengirimkan damai,
sebagai hadiah untuk aku,
yang menghargai,
dengan sepenuh cinta.

Terima kasih, Tuhan.
Kerana damai tidak pernah hilang.


~ (-05032013;JihahMirahCheNur-IM.)




Setinggi-tinggi


Pabila aku melihat laut,
kekagumanku pada Tuhan bertambah,
dengan setinggi-tingginya.

Sungguh,
Tuhanku Maha Mencipta Segala,
dengan kesempurnaan yang tersangat.

Tuhan,
anugerah yang terlalu;

ialah damai,
yang aku lihat melalui awan,
yang aku dengar melalui ombak,
yang aku rasa melalui bayu,
yang aku bau melalui masinnya udara.

Sungguh,
Tuhanku di atas segala sempurna,
terlebih sempurna,
kerana mampu menghulur kasih sayangNya,
melalui lukisan alam,
yang sedang aku hayati ini.






17032013.
ii- 'em.


Laut



Dan laut sedang berbicara kepadaku
tentang hidup;
yang penuh suka duka
yang ada masa turun naik
yang memberi senyum
yang menghulur tangis.

Ombak juga berbisik kepadaku
dengarkan sahaja;
"Jangan pernah mengalah."

Aku senyum.

Ombak, aku mahu sepertimu
walau dihempas bertalu-talu
tetap tidak mengalah
tidak lari daripada dugaan.

Ombak, damaimu sudah terlalu
ingin sahaja aku berlalu
tetapi, damaimu lebih indah
sehingga aku tidak mampu berganjak
daripada dudukku
meski mentari sedang menghangat
nun daripada langit.







17032013.
Damai.
-Jeti Pulau Perhentian.
- Jihah, Mirah.



# Sudah tidak mampu berpisah dengan jurnal. Di mana-mana tetap ada, untuk ku lukiskan kanvas kata-kata, yang timbul daripada hati. :)



Friday, March 15, 2013

Kem Ibadah Mumtaz



























:)

segalanya bermula dengan senyum,
dan berakhir dengan senyum.

Solehah 2. KIM. ASMKANI.
Lagu- Adakah Kau Lupa
07032013-09032013


.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.





Jerit, "Peace!"

:)



Monday, March 11, 2013

JPJ Test~06032013


Assalamualaikum! :)

Alhamdulillah, 06032013 memang terbaik!

Pergi sekolah memandu dalam pukul 8 pagi. Semangat sungguh nak amik ujian! Haha. Pejabat pun belum bukak lagi. Jadi, kitorang; aku, Jihah, Nazirah, Dyana, Mirah pergi la lepak kat kantin dulu. Breakfast. =P Kemudian, kitorang pergi la beratur kat kaunter, nak bayar hutang. Ada laa sketsa-sketsa menarik yang terjadi di sini. Eekeke. Manis. :)

Dah setel kat kaunter, terus ke belakang, untuk taklimat. Yeahhh. Sangat lawak. Perghh, tak habis-habis gelak even tangan dah sejuuuuuk masa itu. Nervous!

Unfortunately, aku dan kawan-kawan (anak-anak murid Kak Ila tercinta) dapat sesi kedua. What the fish. Haha. Kenapa what the fish? Sebab, kitorang terpaksa tunggu sampai pukul 1 petang baru boleh pegang stereng kereta. Hahaha, sungguh lah penantian itu satu penyeksaan.

Jadi, sementara menunggu itu, kitorang pergi makan kat kedai nasi ayam depan sekolah memandu, lepak kat surau, haha, yang lawaknya, bila lepak kat surau, memang terbaik! Bukak handbag kawan-kawan, haaa, biasala, perempuan, penuh dengan alat make up.

Jadi, kitorang pun main la mekap-mekap.
Hahaha.
Serius, kenangan yang sangat manis.

Jihah nak kepit bulu mata aku guna benda alah tu, pelentik bulu mata kot namanya, tapi terkena kelopak mata. Sakit ~ Haha. Tapi, gelak je la kan. Setakat cuba-cuba. Macam typical girls pulak rasa. Haha.

Ada pelentik, celak, maskara, lipbalm, compact powder, losyen.
Hahaha.
Memang kitorang gelak sungguh-sungguh.
Manis. :)

Alahai perempuan-perempuan cantik. 

=D

Pukul 1 petang. Memang ketar la kaki waktu tekan clutch. Hahaha. Tolonglah lulus, tolonglah! Aku memang tak sanggup dah datang sini lagi and wait for the whole day. A big NO~

Alhamdulillah, bukit.. side parking dan tiga penjuru lulus! =)
Walaupun aku macam tak keruan dalam kereta test tu. Hihihi.

Ujian dalam litar dah lulus, alhamdulillah.

Ujian kat jalan raya, pukul 330 petang.
-_-

Sabar menunggu. ~

Oh, dapat abang pakcik JPJ yang manis! Haha. Sweeeeeeeeeeeeeeeeeeeet sangat. Sungguh! (kali sejuta)  Muka dia macam Khairul Famy penjaga gol Harimau Malaya, dan suara dia sumpah lembut! Aku diam je sepanjang perjalanan (jalan A), dah pakcik itu senyap jugak, takkan laa aku nak bercakap kan. Hahaha. Sunyi sepi betul kereta.

Ada sekali dua yang pakcik tu tegur dan bercakap muahahaha serius sweeet. *mata bersinar-sinar*

"Haaa, ke depan sikit. tak nampak lagi tu. tak kan nak tunggu lama-lama kot. okey, okey.. kereta takde kan.. aaa jalan.."

"eh, bawak molek. molek.. molek..."


--- sila baca dengan nada suara yang paling lembut.

 paling lembuuuuuuuuuuuuuut.

paaaaaaaaaliiiiiiiinnnnnnnnnggggggggggggggggggggggg.

leeeeeemmmmmmmbbbbuuuuuuuuuuuuuttttttttttttttttttttttt.


hahaha.

K fine, Sya Izz dah gila. ~ -_-
Tapi, serius pakcik tu memang baik!

Alhamdulillah, lulus. 
*senyum lebar

=D





.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Dyana. Nazirah. Jihah.
(kitorang semua lulus!)


Institut Memandu Besut.

Serius, rasa sedih waktu nak tinggalkan sekolah memandu ni.
Sebab, banyaaaaaaaaaaaaak sangat kenangan.

Kenangan dengan Kak Ila, cikgu memandu yang memang selalu buat aku gelak dalam kereta.

Dengan kawan-kawan;
Jihah, Che Nur..

Dengan kawan-kawan baru;
Dyana, Nazirah, Izzati Aisyah dan ramai lagi yang mesra semuanya..

Walaupun terpaksa menunggu sehingga kebosanan,
berpanas di dalamViva di tengah-tengah litar,
bawak kereta kat jalan raya dengan tunggang-langgangnya,
bercerita di kedai nasi ayam..

Alahai,
manis sungguh kenangan.

IM- cuma sekali seumur hidup.
Sekolah memandu yang telah mengajar aku;
sesuatu yang sangat berharga.

Persahabatan, dan kesabaran.
:)

Terima kasih untuk kenangan seumur hidup,
bersama.

Aku menghargainya, dengan terlalu.
Sungguh.

Aku akan merindukan semua ini...
Dengan sebenar-benar rindu.

Titik.


=)

Numbers;

13 - Sya Izz
 8 - Najihah
 6 - Nazirah
 5 - Dyana


Kami kawan, :)
sampai selamanya.






Mine and Hers




mine and hers.
yummy! 


21022013~once-upon-a-time-at-smkani;
with husnamadiha, najihahhassan :)



Saturday, March 2, 2013

The Stories :)



Assalamualaikum, and greetings to all. :)

Journal.


So hye! It had been days for me didn't write here even for a single word. Laziness surrounded myself, since I had my own-new-pinky journal! Haha. So, before I slept and close my eyes.. I would open that beloved journal and wrote about everything I wanted to. It's mere private there, haha, since I could tell everything about my life- how I felt today, what I learned, the hero *please take note, husnamadiha >.<, the friends, the people, the sadness, the anger, the love, the kindness, the memories and every single thing that I thought was important to be a 'lesson learnt of today'.

Argh, that journal should be black but I didn't know how it could turn into the pinky kind, sort of. Lalalalala. That's sooooooooooooooo girlish!

Okay dah, sila masuk mode mencintai bahasa kebangsaan pula.

:)

Jadi, semenjak aku ada journal itu, aku rasa macam waaaaaaaaaaa heaven sungguh. Serius, sangat best bila dapat jot the words down on the paper. Yeah, because they 'listen' to me and they let me 'talk'. Haha. Walaupun Awak cakap kertas itu bukannya dapat respons pun. T_____T

Sebelum tidur, bukak buku dan tulis segalanya yang aku mahu.
Cukup, untuk membuat hati aku lapang.
Kerana aku boleh tulis daripada hati, dengan ditemani malam yang sepi.

Alahai, damainya!

Sungguh,
damai sangat,
bila dapat cerita-cerita pada kertas,
tentang hidup,
tentang sesuatu yang sangat memberi kenangan.

Serasanya seperti 'kertas' itu hidup,
untuk mendengar aku,
dan membiarkan aku dengan pahit manis suka duka,
yang bersilih ganti setiap saat.

Tok


Rindu Tok.
Yang jauh di sana, dengan sebenar-benar rindu.


ps- walaupun 20 minit je ambil masa nak balik ke Gong Kedak itu haaa ~ Tunggu la aku dapat lesen nanti, hehe.


Lesen


Rabu 06032013 insyaAllah akan test JPJ. Waaaaaa, nervous! Tapi, tak apa. InsyaAllah, Allah permudahkan. Yakinlah! =)


Ikhlas, A.K


Itu buku Nirrossete. Buku itu sangat manis. Kalau baca, mesti jatuh hati punya. Serius, mesti.

Dengan Adam Khalis; jenis budak masjid yang tak ada laa alim sangat tapi serius sangat manis dan tidak menghukum sesuka hati.

Kaseh; budak yang kalau orang nak lead dia to the right path, dia terima dengan hati terbuka.

Kisah yang sangat manis.


Novels


Novels aku, banyak yang aku tak dapat kesan di mana keberadaan mereka. Waaaaaa, serius sedih. Quartet? Baju Melayu Hijau Serindit? Versus?

Di manakah kamu semua?
T___________T

Buku-buku macam 'pelangi' hidup.
Uhuuuu.
Dan, hidup aku macam 'awan berarak mendung kelabu',
kalau 'mereka' tiada.

:(


Rainbow Butter Cakes


Pagi-pagi lepas subuh bersilat di dapur bersama cik sepupu- Mirah Fifah. Mari kerahkan tenaga, haha. Buat dua adunan terus, satu untuk kek besar dan satu untuk cupcakes.

Lepas dah siap semua dalam pukul 8 lebih, terus bertolak ke sekolah. (walaupun takde lesen, haha, faham faham je la. :P)

Kek yang besar diletakkan di bilik guru, haha, alhamdulillah dapat komen yang best. :P

Hari itu dah buat dah sekali, slices je, kasi cikgu-cikgu. Tecer Salwati request lagi sebab tecer cakap tecer sukaaaaaaa sangat kek macam tu. Hoho, sebab tu bawak yang bulat besar itu je terus.


Cupcakes kasi juniors makan, alhamdulillah jugak.

Yeay yeay, ni yang Kak Iqa suka masaaaaaaaaaaak ni. Cepat je korang makan, kan? Ade la berbelas biji aku bawak.

It's a satisfaction. :)
Sekarang baru la aku faham, kenapa ada orang cakap, memasak itu boleh jadi terapi.
:)

ps- Aku nak jadi housewife je boleh? Haha. ~

ps ii- Tecer Saodah request Carrot Cake. InsyaAllah nak try buat la, sebab nampak resepi macam senang je. :) Seronok dapat bahagiakan cikgu, haha, jangan lupa... kalau nak masak, masak dengan kasih sayang! =)


Budak Kecik


ILYSMTMDT.

=D