Pabila aku melihat laut,
kekagumanku pada Tuhan bertambah,
dengan setinggi-tingginya.
Sungguh,
Tuhanku Maha Mencipta Segala,
dengan kesempurnaan yang tersangat.
Tuhan,
anugerah yang terlalu;
ialah damai,
yang aku lihat melalui awan,
yang aku dengar melalui ombak,
yang aku rasa melalui bayu,
yang aku bau melalui masinnya udara.
Sungguh,
Tuhanku di atas segala sempurna,
terlebih sempurna,
kerana mampu menghulur kasih sayangNya,
melalui lukisan alam,
yang sedang aku hayati ini.
17032013.
ii- 'em.
No comments:
Post a Comment