Tuesday, December 31, 2013

2013.

Ni hari terakhir 2013. Beberapa minit je lagi tahun baru.

Sekejapnya.
Lama, lama sebenarnya.

Ah.
Dunia.
Esok secara literalnya aku sudah 19 tahun.
Padahal baru je enam hari lepas dicukupkan umur 18.

Aku taknak minta apa-apa.
Aku cuma minta Tuhan jangan biarkan aku.

Sumpah aku takut.

.
.
.

Terima kasih ya, 2013.
Aku simpan dalam memori setiap inci engkau.

Friday, December 20, 2013

tak kisah


you know what.
aku ada banyak impian.

belajar.
kutip duit.
travels.

aku tak peduli lah kat sape-sape.
sumpah aku tak peduli.
i can move on my own.
i can even walk alone.

sebab aku tak kisah semua tu.
aku tak kisah.

aku nak belajar.
lepas tu aku nak kerja kumpul duit banyak-banyak.

lepas tu aku nak travels.
ah tak kisah la pergi mana-mana pun.
tempat yang aku boleh susuri ajaibnya dunia.
tempat yang boleh buat aku makin dekat dengan tuhan.

oh ya.
aku tak kisah hidup sorang-sorang.
lagi suka senanya.
ada tuhan, cukup.


Sunday, December 15, 2013

.


aku.
tak.
tahu.
nak.
tulis.
apa.

kesian.

Saturday, December 7, 2013

Simpan

"Tak mungkin kerana sayang.
Cuma terganggu oleh perasaan."

Tak mungkin kerana sayang. Lagu Alyah. Dulu tak faham. Sekarang faham gila. Haha.

Macam ni lah-
Kadang-kadang kau dah tak sayang dia pun.
Cuma akan ada waktu ketika,
kau akan teringat yang indah-indah.
Sebab, itu semua memori.

Menyimpan memori bukan bermakna masih sayang.
Sebab kadangkala sakit yang tergores dalam itu mengatasi segalanya.

Heh.

Aku perempuan-
Sekali tidak.
Selamanya tak akan.
Sekali pergi.
Selamanya tak mahu.

Aku bukan pendendam.
Tapi sakitnya dulu-
Tuhan yang tahu.

Dan aku taknak jadi bodoh-
Untuk dapatkan sakit yang sama.

Aku aaaa.
Aku.
Bukan korang.

*sigh*

Wednesday, December 4, 2013

Paralyzed


hari ini hidup memang tak tahu nak buat apa.
sebab takde letrik takde air takde internet.
siap ada perintah berkurung lagi.
tak boleh keluar kampus.
siap bukak bilik gerakan lagi.

tapi, hari ini hujan tak teruk sangat.
alhamdulillah.
sebelum ni memang lebat tahap gila-gila.
cuma hari ni, biasa-biasa saja.

memang kitorang duk rumah lah hari ni.
uitm kasi makan.
tengah hari kitorang dapat roti dan air.
petang tadi dapat nasi dengan sardin.
malam dapat nasi goreng dengan telur.

budak-budak jpk dan staff bergotong-royong masak.
few lecturers pun ada jugak tadi. so sweet.
serius rasa macam duduk kat asrama.
tapi letrik air takde.
dan warden tetap tak bagi balik.

haha.
kau nak balik macam mananya?
satu kuantan tenggelam kot.
uitm kuantan ni kat tengah-tengah bandar.
jadi, memang terperangkap lah.
sekeliling memang lumpuh.
kitorang pun lumpuh sama lalalala.

oh, petang tadi pun siswa datang sekilau jugak.
makan kat sini.
sebab diorang, walaupun ada air.
tapi takde makanan.
ye lah. kedai makan mana bukak.

dugaan betul.
tapi comel betul kitorang.
macam pergi kem haha perasan.
tapi serius, beratur ambik makanan.

sedih. sedih.
petang tu bila kitorang balik dari surau,
nampak bas gerak bawak siswa balik palang.
aya siap lambai-lambai lagi kat siswa.
ada la siswa main pakat lambai je.
tapi tak tahu pun siapa.

haha. acah-acah je.
sengal bebudak ni.

oh.
bila tengok gambar, baru tahu.
sangat teruk kuantan banjir.
50% tenggelam bak kata tv3.
kitorang kawasan macam tinggi sikit.
bukit sekilau.

terminal sentral kuantan.
megamall.
memang habis.

tadi pun nampak helikopter kat awan!
eksaited hahaha heli heli!
entah apa-apa.
aku dah rindu kelas.
aku rela pergi kelas yang memenatkan.
tak nak.
tak nak kuantan yang begini.
bosannya takde kelas.
tak tahu nak buat apa kat rumah ni.

alahai.
kitorang cakap sesama sendiri.
padan muka-
mintak sangat kelas batal.
nak sangat takde kelas.

nah, ambik!
T_T

nak pergi kelas.
nak belajar.

kuantan, cepat-cepat baik ya.
tolong.



rabu. 4 Disember 2013.



Terperangkap


Kelas semua cancel.
Blackout tak pulih-pulih lagi.
Dan sekarang, diorang cut off air.

Takde letrik.
Takde air.

Terperangkap kat tengah-tengah bandar ni.

Kesian kuantan.
Dugaan disember.

May Allah ease.
Allah yusahhel alaina.

Haih. Bukak buku pulak.
Sila sila.
Lepas ni phone aku pun dah takde tenet.

Selamat semuanya.
Selamat.

Kuantan, cepat baik ya.
Aku rindu gorgeous g.

Momentous

Ini mungkin momentous moments laa kan dalam hidup aku sepanjang di perantauan ini.

Hahah.

Bersejarah betul. Epik.
Satu kuantan dah banjir.
Malam ni, tadi, blackout.
Agaknya satu kuantan la kot.

Siswi kat sekilau dan siswa kat palang dah macam-
"Okay blackout."

Dah tahu dah mungkin blackout sebab banjir ni ye lah entah apa yang jadi kat tiang letrik bagai. Dah berjaga-jaga dah charge phone siap-siap.

Tengok-tengok,
pukul 11 lebih blackout.

Elok-elok je baru habis wassap dengan Iffah pasal civil law common law inquisitorial system bagai alahai yang subjek law037. Bapak ah aku memang macam blur tahap tak boleh buat apa dah jadi memang kena aaa cari bebudak gorgeous tolong la terangkan sob sob sob.

Dan aku rasa iffah ni sesuai la jadi lecturer sebab bila dia terangkan baru aku nampak cahaya jalan law037 ni ekeke -_-

Kau yang kena study lebih sebenarnya! Bukak pasal islamic law tadi tak sampai 2 page dah letak kepala atas meja dah. Bagai dibius ubat tidur melalui ayat-ayat buku. Sampaikan acube pergi kejut aku lepas tu buatkan aku nescafe sebab kesian agaknya tengok aku.

Alahai.

Masa sem 1, aida yang suka buatkan aku minuman bila tengok aku dah tak boleh nak deal. Sekarang dah tak serumah dengan aida. T_T

Baiklah. Jangan melalut.

Ramai kelas batal esok. Kelas lain aaa. Kelas aku tak lagi. Tengok esok macam mana. Haha. Bagus betul kelas aku. Yang bebudak pulak bising kat wassap suruh class rep pujuk lecturer tak nak ada kelas. Zam siap suruh mimi hembus-hembus lagi. Aie pulak suruh cakap zam demam. Macam-macam perangai la. Sengal masing-masing.

Kecoh.
Hujan tak berhenti-henti.
Lencun di mana-mana.

Hari ini 03122013. Selasa. Uitm sekilau-padanglalang. Kuantan. Banjir. Blackout.

Ini historical memory untuk aku.
:')

Tuesday, December 3, 2013

Banjir


kuantan dah banjir. lalala. berjaya megamall, ecm, jalan nak pergi uitm palang-
dah lencun dengan air dah. nasib baik budak-budak palang naik bas, boleh redah balik palang.

dan hari ini-
budak-budak tesl riuh kat rumah. sebab banyak kelas diorang batal.
-____-
mentang-mentanglah kelas kat palang. haha.
yang budak law ni, kelas kat sekilau.
memang main redah je la hujan 24 jam nak pergi kelas.

kelas pagi pakai baju lain.
kelas petang pakai baju lain.

basah oi.
lencun.
tak payah cakap menggigil berapa kali sehari.

yang budak-budak gorgeous g pulak asyik mengharap kelas batal.
hahahaha.
tapi memang tak laa kan.
kelas kat blok belakang je.
memang tak aaa nak batal kelas kan.

tapi petang tadi aku, pergi kelas introduction to law ii;
tak sampai sejam dah tertidur. mak aiiii.
syak aina fiza tak habis-habis bagi motivasi kat aku.
haha.

dem aaa. cuaca sedang membunuhku.
huarghhhhhhhhh.

tapi aku suka.
aku suka hujan.
aku suka air mata langit.
aku suka dingin.
aku suka damai.

aku suka-
hadiah bulan disember.

:))

dah laa. nak study. subjek tough kot sem 2.
sekarang dah ada kelas hari jumaat.
huwaaaaaaaaaa.
alhamdulillah. alhamdulillah. takde la lagha sangat macam sem 1 dulu.
sebab cuti 3 hari.
sekarang 2 hari je sob sob sob.

itu pun nasib baik takde kelas malam.
sepatutnya-
sir ikmal bagi kelas malam kat budak-budak kelas abjad belakang.
tapi dia cakap kat aie,
untuk gorgeous g dia skip.

hehe.
sayang sir ikmal.
mana taknya. kalau ada kelas-
7.00 malam sampai pukul 10.00 malam. fuh.
itulah, jadual penuh. sehari 4 kelas. ade je yang 2 kelas. tapi satu subjek 3 jam.
muahahaha.
apa la aku nak buat dalam bilik kuliah. -_-"

hujan. sejuk.
mudah mata lelap. cis!

*tarik selimut perlahan-lahan.*

.
.
.
.
.

*tak payah nak tarik selimut sangat laa kan.*

aku blah dulu.
bebudak rumah aku dah bising suruh makan bersila kat hall rumah ramai-ramai.
haha.
macam buka puasa kat kampung meriahnya.

alhamdulillah.
whether it's a107 or a206-
they are always the best.

mungkin orangnya berbeza.
tapi sikap mereka sama-
punya cinta.
punya kasih.
punya sayang.

tuhan, terima kasih.

:)



Monday, December 2, 2013

Tidurlah, sayangku.

Masih renyah. Masih resah. Tidak tahu apa yang hilang. Baring di balkoni, mata dibiar menghadap awan. Ah, bintang tiada walau sebutir rupanya. Patutlah. Lama. Diam. Aku masih memandang ke atas.

Dalam hati aku mohon dengan terlalu pada tuhan,"Tolonglah. Bintang. Walau sebutir. Walau."

Lama. Tetap tidak ada. Langit tetap tidak gelap. Gumpalan awan putih masih memenuhi angkasa aku. Masih. Aku masih terbaring di tengah sejuk bayu hujan. Biarkan. Aku damai begini.

Aku rindukan langit di sana.
Langit di sini, bintangnya jarang ada. Lampu sahaja yang terlebih gemerlapannya.

*usap air mata*

Aku dail nombor dia. Dia yang sedang merindukan aku. Apakah kami sama-sama sedang merindu? Lama tidak aku dengar suaranya. Lama tidak aku usik ceritanya. Lama tidak aku ketawa dengannya. Lama tidak aku bermanja dengannya.

Setelah panas cuping telinga, dek mungkin sejam lebih melepaskan rindu, dia bilang dia sudah mahu tidur. Esok dia ada exam, pagi-pagi lagi.

Merengek-rengek aku. Habis, aku mahu tidur dengan siapa?

Dipujuk-pujuknya aku.
Dikatanya pada aku tentang cintanya, sayangnya, rindunya, kasihnya pada aku.

Hampir menitis air mataku.
Lalalala.

Tidurlah, sayangku.

Sepet, gemok, bambam. Tidurlah. Aku di sini masih setengah mati merindukanmu. Setengah nyawa separuh nafas.

Selamat malam.

Beban rindu aku sudah lerai. Ajaibnya suara.
Menyembuh seperti angin lalu.

Selamat malam, Kajang.
Selamat malam, Besut.
Selamat malam, Kuantan.

*bangun daripada duduk di tangga, masuk ke dalam rumah.*