Wednesday, December 4, 2013

Paralyzed


hari ini hidup memang tak tahu nak buat apa.
sebab takde letrik takde air takde internet.
siap ada perintah berkurung lagi.
tak boleh keluar kampus.
siap bukak bilik gerakan lagi.

tapi, hari ini hujan tak teruk sangat.
alhamdulillah.
sebelum ni memang lebat tahap gila-gila.
cuma hari ni, biasa-biasa saja.

memang kitorang duk rumah lah hari ni.
uitm kasi makan.
tengah hari kitorang dapat roti dan air.
petang tadi dapat nasi dengan sardin.
malam dapat nasi goreng dengan telur.

budak-budak jpk dan staff bergotong-royong masak.
few lecturers pun ada jugak tadi. so sweet.
serius rasa macam duduk kat asrama.
tapi letrik air takde.
dan warden tetap tak bagi balik.

haha.
kau nak balik macam mananya?
satu kuantan tenggelam kot.
uitm kuantan ni kat tengah-tengah bandar.
jadi, memang terperangkap lah.
sekeliling memang lumpuh.
kitorang pun lumpuh sama lalalala.

oh, petang tadi pun siswa datang sekilau jugak.
makan kat sini.
sebab diorang, walaupun ada air.
tapi takde makanan.
ye lah. kedai makan mana bukak.

dugaan betul.
tapi comel betul kitorang.
macam pergi kem haha perasan.
tapi serius, beratur ambik makanan.

sedih. sedih.
petang tu bila kitorang balik dari surau,
nampak bas gerak bawak siswa balik palang.
aya siap lambai-lambai lagi kat siswa.
ada la siswa main pakat lambai je.
tapi tak tahu pun siapa.

haha. acah-acah je.
sengal bebudak ni.

oh.
bila tengok gambar, baru tahu.
sangat teruk kuantan banjir.
50% tenggelam bak kata tv3.
kitorang kawasan macam tinggi sikit.
bukit sekilau.

terminal sentral kuantan.
megamall.
memang habis.

tadi pun nampak helikopter kat awan!
eksaited hahaha heli heli!
entah apa-apa.
aku dah rindu kelas.
aku rela pergi kelas yang memenatkan.
tak nak.
tak nak kuantan yang begini.
bosannya takde kelas.
tak tahu nak buat apa kat rumah ni.

alahai.
kitorang cakap sesama sendiri.
padan muka-
mintak sangat kelas batal.
nak sangat takde kelas.

nah, ambik!
T_T

nak pergi kelas.
nak belajar.

kuantan, cepat-cepat baik ya.
tolong.



rabu. 4 Disember 2013.



No comments: