Monday, December 2, 2013

Tidurlah, sayangku.

Masih renyah. Masih resah. Tidak tahu apa yang hilang. Baring di balkoni, mata dibiar menghadap awan. Ah, bintang tiada walau sebutir rupanya. Patutlah. Lama. Diam. Aku masih memandang ke atas.

Dalam hati aku mohon dengan terlalu pada tuhan,"Tolonglah. Bintang. Walau sebutir. Walau."

Lama. Tetap tidak ada. Langit tetap tidak gelap. Gumpalan awan putih masih memenuhi angkasa aku. Masih. Aku masih terbaring di tengah sejuk bayu hujan. Biarkan. Aku damai begini.

Aku rindukan langit di sana.
Langit di sini, bintangnya jarang ada. Lampu sahaja yang terlebih gemerlapannya.

*usap air mata*

Aku dail nombor dia. Dia yang sedang merindukan aku. Apakah kami sama-sama sedang merindu? Lama tidak aku dengar suaranya. Lama tidak aku usik ceritanya. Lama tidak aku ketawa dengannya. Lama tidak aku bermanja dengannya.

Setelah panas cuping telinga, dek mungkin sejam lebih melepaskan rindu, dia bilang dia sudah mahu tidur. Esok dia ada exam, pagi-pagi lagi.

Merengek-rengek aku. Habis, aku mahu tidur dengan siapa?

Dipujuk-pujuknya aku.
Dikatanya pada aku tentang cintanya, sayangnya, rindunya, kasihnya pada aku.

Hampir menitis air mataku.
Lalalala.

Tidurlah, sayangku.

Sepet, gemok, bambam. Tidurlah. Aku di sini masih setengah mati merindukanmu. Setengah nyawa separuh nafas.

Selamat malam.

Beban rindu aku sudah lerai. Ajaibnya suara.
Menyembuh seperti angin lalu.

Selamat malam, Kajang.
Selamat malam, Besut.
Selamat malam, Kuantan.

*bangun daripada duduk di tangga, masuk ke dalam rumah.*

No comments: