Tuesday, December 3, 2013

Banjir


kuantan dah banjir. lalala. berjaya megamall, ecm, jalan nak pergi uitm palang-
dah lencun dengan air dah. nasib baik budak-budak palang naik bas, boleh redah balik palang.

dan hari ini-
budak-budak tesl riuh kat rumah. sebab banyak kelas diorang batal.
-____-
mentang-mentanglah kelas kat palang. haha.
yang budak law ni, kelas kat sekilau.
memang main redah je la hujan 24 jam nak pergi kelas.

kelas pagi pakai baju lain.
kelas petang pakai baju lain.

basah oi.
lencun.
tak payah cakap menggigil berapa kali sehari.

yang budak-budak gorgeous g pulak asyik mengharap kelas batal.
hahahaha.
tapi memang tak laa kan.
kelas kat blok belakang je.
memang tak aaa nak batal kelas kan.

tapi petang tadi aku, pergi kelas introduction to law ii;
tak sampai sejam dah tertidur. mak aiiii.
syak aina fiza tak habis-habis bagi motivasi kat aku.
haha.

dem aaa. cuaca sedang membunuhku.
huarghhhhhhhhh.

tapi aku suka.
aku suka hujan.
aku suka air mata langit.
aku suka dingin.
aku suka damai.

aku suka-
hadiah bulan disember.

:))

dah laa. nak study. subjek tough kot sem 2.
sekarang dah ada kelas hari jumaat.
huwaaaaaaaaaa.
alhamdulillah. alhamdulillah. takde la lagha sangat macam sem 1 dulu.
sebab cuti 3 hari.
sekarang 2 hari je sob sob sob.

itu pun nasib baik takde kelas malam.
sepatutnya-
sir ikmal bagi kelas malam kat budak-budak kelas abjad belakang.
tapi dia cakap kat aie,
untuk gorgeous g dia skip.

hehe.
sayang sir ikmal.
mana taknya. kalau ada kelas-
7.00 malam sampai pukul 10.00 malam. fuh.
itulah, jadual penuh. sehari 4 kelas. ade je yang 2 kelas. tapi satu subjek 3 jam.
muahahaha.
apa la aku nak buat dalam bilik kuliah. -_-"

hujan. sejuk.
mudah mata lelap. cis!

*tarik selimut perlahan-lahan.*

.
.
.
.
.

*tak payah nak tarik selimut sangat laa kan.*

aku blah dulu.
bebudak rumah aku dah bising suruh makan bersila kat hall rumah ramai-ramai.
haha.
macam buka puasa kat kampung meriahnya.

alhamdulillah.
whether it's a107 or a206-
they are always the best.

mungkin orangnya berbeza.
tapi sikap mereka sama-
punya cinta.
punya kasih.
punya sayang.

tuhan, terima kasih.

:)



No comments: