Friday, November 29, 2013

Sehingga


buku-buku dah beli.
dem. dah takde alasan taknak study hahah.
dekat empat ratus jugak la melayang untuk buku-buku dan notes bagai.
kau, kalau kau tak mahu jadi semakin tough, kau jaga!
T_____T

tadi kelas ekonomi. *sigh*
miss anne sumpah gempak gila tapi tapi tapi faham-faham je la ekonomi kan.
mesti ada numbers dan graphs bagai huwwaaaaaaa nak nanges nak nanges sob sob.

tapi takpe takpe.
insyaallah boleh. yang penting study.
aku pun macam malas nak amik peduli tentang apa-apa.
hmmm.
yang aku tahu aku nak belajar. tu je.

dah aaa subjek sem 2 ni makin tough.
tapi takpe. jangan kalah jangan mengalah hoyeahhhh.

dem. aku rasa nak tukar ke akademi pengajian bahasa je nanti degree.
hahaha.
tapi, aku tak nak tinggalkan law.
tak nak tinggalkan kuantan.
tak nak tinggalkan gorgeous g.
tak nak tinggalkan nyaman aku di sini.

kuantan pada malam hari indah.
seperti kota cahaya.
lampu bertebaran bergemerlapan.
aku suka kuantan yang bising, tapi damai.

tak tahu aaaa macam mana nak describe-
tapi andai ditakdirkan aku hidup untuk berpuluh tahun lagi,
kuantan yang inilah yang akan aku kenang seumur hidup.

kuantan yang begini,
yang sedang aku rasakan damai di hirupan nafas.

mari aaa kita cipta memori suka duka di sini-
sehingga april 2014.

mari.
sebelum ianya berakhir.
sebelum tiada sesaat pun yang berlalu tanpa kenangan.

semester 2,
selamat menjadi indah.


untuk kami-
para pencinta kuantan;
bumi jatuh bangun.
bumi tawa tangis.
bumi resah damai.

selamat.

No comments: