Sunday, November 24, 2013

Tamak


aku tamak.
aku tak suka berkongsi sayang.
aku mahu sayang seluruhnya hanya untuk aku.

tapi, aku bahagia tamak begitu.

aku bahagia tamakkan tok, mama, papa.
walaupun menjengkelkan kadangkala perangai aku ini.

mana tidaknya, asyik berebut kasih.

dem kuantan. dem.
kenapa cepat sangat dipanggilnya aku?

aku masih belum puas menggesel-gesel pada mama.
aku masih belum puas memeluk-meluk.

masih belum cukup.

harini serba tidak kena. petang tadi sampai aku menghentak-hentakkan kaki ke tangan sofa, merengek-rengek mahu paksa mama temankan ke pasaraya cuma untuk beli ubat gigi dan biskut.

menjengkelkan?
tidak.

aku memang begini.
aku tamak.

dem. aku tak nak balik kuantan!

 

No comments: