Friday, November 15, 2013

Deena


semalam kan kecoh-kecoh pasal muet march bagai hahah. aku pun dah pasrah dah sebab memang tak dapat la aku nak beli no pin kalau aku nak pun sebab bank tak bukak hari jumaat. sedang ber-huarghhhhh kat wassap group tetiba deena cakap kat aku, yang boleh je kalau nak dia tolong belikan. deena tu budak johor. aku pun rasa macam, kalau lah aku ni deena dan kawan aku adalah aku, mungkin aku takkan offer diri aku untuk tolong beli no pin. ye laa. harga beratus. menyusahkan pulak sebab diri sendiri pun tak tentu nak beli ke tak.

jadi aku macam terharu sangat. aku macam huwaaaaaa. aku macam tak tahu nak cakap terharu macam mana bila kita susah lepas tu orang lain dengan no offense nya nak tolong bagai. melibatkan duit lagi. bukannya sikit. padahal bukannya rapat tahap gila-gila pun. sekadar rapat sebagai kawan sekelas. rapat sebagai keluarga gorgeous g.

dan nak tahu apa yang deena cakap kat aku,

"alaaa, takpe la. kita kan kawan. ^_^"

dem. aku rasa nak nangis sekarang jugak!

sebagaimana tuhan pertemukan aku dengan manusia bukan pemberi cinta-
sebagaimana itu jugalah Dia pertemukan aku dengan manusia yang cintanya penuh hingga ke langit.

lepas semua dah settle, lepas semua keluarga gorgeous g tarik nafas panjang sebab mostly kitorang dah selesaikan muet march ni after pelbagai rumours and we had to take the final decision which was buying that pin number. just in case. we would take the risk.

aku cakap kat deena,

"seriyes anak kite nanti kite nak letak nama deena dotdotdotdotdot. supaya dia jadi baik macam awak. haha"

deena.

deena sakinah.

terima kasih. :))


ps. aku rasa aku perlu mula catat semuanya di sini lagi sebab, aku tak mahu semuanya hilang. memori aku dah semakin mengabur. dan aku perlu tulis, supaya suatu hari nanti aku boleh senyum sendiri apabila membacanya lagi. dan supaya, aku takkan lupa yang tuhan pernah menghadiahkan deena sakinah dalam hidup aku.



No comments: