hmmm.
aku benci jadi manusia yang berjaga malam. aku benci jadi manusia burung hantu. tapi, tetap tak terubahkan. tetap mata tidak mahu pejam selagi belum 2-3 pagi.
kau dah kenapa.
petang tadi sudah berkemas-kemas sedikit bagasi untuk dibawa ke Kuantan nanti. padahal, masih berbaki 2 minggu lebih sahaja lagi cuti. arghh, aku rindu Kuantan. aku rindu Sekilau. aku rindu Gorgeous G. aku rindu A107. aku rindu UiTM. aku rindu bandar yang tidak pernah tidur itu.
sudah habis idea nak buat apa. asyik televisyen televisyen televisyen oh pehlissss. aku benci aku. culas. malas. huarghhhhhhh.
dan sebenarnya, aku rasa kosong. rasa macam dada ini lompong. tapi dalam masa yang sama, tersesak-sesak dengan keserabutan. entah la, mahu dibilang seperti apa lagi. sedangkan aku sendiri tidak mengerti. tidak reti untuk memujuk dan menenangkan hati sendiri.
aku rindu nyaman.
aku rindu damai.
aku rindu perasaannya berdiri dibawah hujan merintik turun ke bumi.
aku rindu depangan tangan yang menangkap angin sepoi-sepoi sehingga membuai-buai wajah aku.
aku rindu segala yang sudah lama aku tidak rasa.
aku rindu segala yang sudah tidak ada.
hidup ini, terlalu pantas.
sampaikan aku tidak sedar bahawa aku sudah berbelas tahun menghirup nafas.
sampaikan aku tidak sedar bilakah aku menjadi besar.
sampaikan aku tidak sedar masa itu berdetik rakus tak menunggu.
kerana hingga kini, aku masih pura-pura tidak sedar.
aku masih larut dalam khayalan indahnya bermain lompat getah.
sukanya berkejar-kejaran dalam air banjir separas pinggang bila tiba musim tengkujuh.
seronoknya melihat bintang malam daripada atas motor papa tika pulang daripada kelas.
dan aku tahu, aku sudah hilang semua itu.
kerana itu, aku panggil ianya kenangan.
sampai satu saat, air mata kau masih akan meluruh jatuh,
kerana rindu.
ya, cuma kerana rindu.
untuk sesuatu yang tidak lagi kau punya.
*senyum*
agaknya manusia memang begini, seringkali sahaja mahu mencari yang pasti tidak ada. yang pasti tidak akan bertemu.
dan aku rasa,
aku sedang merindukan manusia,
yang tidak merindui aku.
:))
tidak apa. aku sudah biasa begini.
No comments:
Post a Comment