Kadang-kadang aku rasa macam bodoh, oh dan sedih.
Macam manalah dulu, aku boleh terlalu beri sayang pada yang bukan sepatutnya.
Macam manalah dulu, aku boleh percaya sehabisnya pada yang bukan sepatutnya.
Macam manalah dulu, aku boleh menangis untuk pada yang bukan sepatutnya.
Macam manalah dulu, aku boleh pentingkan hidup yang bukan sepatutnya;
bukan hidup aku sendiri.
Gila.
Bila dilihat kembali coret-coret lama-
Aku rasa mahu sumpah diri sendiri.
Gedik.
Bodoh.
Haha.
Yang dulu di waktunya-
ada hikmah,
ada hikmah,
ada hikmah.
Pada yang sekarang-
nah sekurang-kurangnya kau tahu untuk bilang pada sendiri,
"Jangan jadi bodoh lagi! Cukuplah sekali."
Kan.
Kalau tiada yang dulu-
kayu.
Mungkin tiada yang sekarang-
besi.
Nampak tidak Tuhan sedang ajarkan kau,
tentang sesuatu?
Maka, bila sudah tahu bila sudah diajarkan tentangnya-
berhenti berpura tidak tahu,
berhenti mahu melakukan yang sama,
jangan lagi perit itu diseru-seru,
takut nanti jatuh terhempas dalam jaga.
Sakit.
:))
Aku ni memang bodoh, ke?
No comments:
Post a Comment