Wednesday, November 6, 2013

Pada yang jiwanya ada


Kalau boleh diulang putarkan masa, satu je yang hendak aku ubah-

Aku sepatutnya cari sekolah yang ada aliran sastera tika tingkatan empat.

Serius.
Itu je.

Sebab aku sangat menentang bila adik nak ambil sains tulen dulu. Sedangkan sekolahnya ada sastera. Mungkin kerana aku cemburu tiada terhidang peluang sepertinya. Atau mungkin kerana aku tidak mahu dia merasa sakitnya silap pilih. Atau mungkin juga kerana aku tidak mahu dia terpaksa belajar sesuatu pada yang jiwanya tiada. Atau lagi sekali mungkin aku yang salah tafsir, sastera itu bukan hentian jiwanya tapi jiwa aku.

Seperti aku.
Belajar pada yang jiwanya tiada.

Bahasa itu jiwa aku.
Dan, aku tersadung barangkali. Lari jauh daripada jalan yang aku cinta.

Hikmahnya ada. Aku tahu. Maka- kalian yang bingung membuat pilihan untuk apa sahaja;

Pilihlah pada yang jiwanya ada.
Pada yang kalian merasa cinta di setiapnya.

No comments: