Wednesday, November 27, 2013

Jaga


aku suka bergaul dengan orang. aku suka bercakap dengan orang. aku suka tegur orang. aku suka senyum pada orang. aku suka. aku suka berinteraksi.

tapi, aku ada masalah.
aku tak suka orang masuk dalam hidup aku.

yang aku rasa dah cukup,
yang aku rasa dah bahagia,
yang aku rasa dah tenang,
yang aku rasa dah sayang.

tiba-tiba ada orang menghulur diri nak masuk dalam ruang-ruang tersebut,
memang aku tak boleh.

rimas.

sebab semua yang aku expect, akan jadi negative.
halang lah macam mana, jauh daripada sudut hati-
aku memang fikir macam tu.

ingat lagi-
waktu tingkatan empat.
memang ramai budak baru masuk.
masuk kelas aku pun ada.

dan aku-
aku benci.

hahahah.

cara aku memberontak-
aku tulis kat papan putih dengan marker merah besar-besar;
boikot budak baru.

takpun, aku letak note kat kerusi diorang.
boikot.

tambah-tambah bila budak baru tu aku lihat menjengkelkan.
gila.

di akhirnya,
bila dah nak habis separuh tahun,
baru aku dapat terima.

aku memang pantang.
kalau mess up-
jaga.

jaga.
tu je aku cakap.

sebab aku pantang-
orang lain rosakkan kebahagiaan orang-orang yang aku sayang.

dah lama dah aku simpan.
dah lama tak tunjuk.

tapi ingat-
di masa hadapan,
kalau kau buat apa-apa kat G;
JAGA.

jangan buat aku hempaskan buku kat depan kau.
jangan buat aku jeling kau.
jangan buat sampai aku cakap, "kau dah kenapa?!"

jangan buat perangai yang aku tak boleh nak get rid sampai sekarang itu muncul lagi.
jangan.
sebab aku takkan teragak-agak.

jangan nampak aku baik.
sebab kalau melibatkan benda macam ni-
kau akan nampak siapa aku.

aku belum tunjuk,
sebab belum perlu.

tapi selagi kau tak buat perbezaan yang buruk pada G-
aku masih akan senyum.
aku akan cuba untuk terima.
aku akan paksa diri aku terima.

aku janji.
aku janji aku cuba.

kalau tak-
aku ulang lagi;
JAGA.

1 comment:

me said...

huishhh. seramnye bace :3