Wednesday, November 30, 2016

- - -


sebagaimana dulu aku cuba menerima sepertimana situasi yang hampir sama di dua semester lalu tentang kehidupan manis yang tak terlupakan dengan budak kembara (yang aku harap aku tidak akan hilang tapi di akhirnya tetap hilang), sebagaimana itu juga aku cuba untuk menerima keadaan yang sekarang. cuma yang ini lebih berat. terlalu berat.

tidak apalah.

aku ini manusia. semua orang manusia. semua ada rasa masing-masing. kadang-kadang ada cerita yang perlu tamat di situ, cukup dengan pengakhiran yang manis. mungkin kalau berterusan, akhirnya akan tawar? entahlah. teori kadang-kadang langsung tak boleh dipakai dalam realiti.

apa-apa yang jadi, hadapkan sahaja.

tak, ini bukan salah kita. ini cuma tentang masa dan keadaan. tuhan, aku sentiasa sayang. sentiasa. tuhan, jagakan dengan sepenuh hati. sebab ini bukan salah siapa-siapa. kita sendiri cuba bertahan hidup sedaya upaya.

semoga sahaja semua akan baik-baik.
semoga sahaja kita masih akan ada kita.


tidak apa.
ini bukan salah siapa-siapa.

tapi kalau ini salah aku, aku betul-betul minta maaf. dan kalau suatu hari nanti aku sudah berhenti mengucapkan selamat malam *bunga*, ketahuilah bahawa aku masih tetap sayang.

cuma mungkin aku berhenti kerana tahu aku bukan lagi siapa-siapa. dan aku tidak akan pernah melupakan, kerana kalian terindah. paling indah. 



#muzik latar; stay (blackpink)




Monday, November 28, 2016

- -


nasib baik lah aku ada geng jenis yang tak putus asa nak tolak aku tiap kali aku tak nak bergerak. kalau kat sekolah dulu, ada qilah cena ipa pkah yang asyik duk push aku. sebab aku ni memang kalau dah lembik, lembik di situlah. susah nak hidup.

dan ini, saat macam ni, nasib baik si tembikaii-tembikaii keding yang emon juga uncit, rumet, wawan yang tak jemu-jemu duk push aku. duk ingatkan aku submit quiz (setelah berhari-hari). duk ingatkan aku pasal assignment. duk suruh aku pergi kelas. 

ayat wanie kalau aku malas nak pergi kelas, "kita ni dah la buruk. at least otak tu biar ada." perghhh. haha terus bangkit pi kelaih tang tu jugak. 

kadang-kadang aku sedar, kalau aku hidup sendiri memang aku lost. ataupun aku ambil masa untuk kembali normal. entahlah. 

untuk manusia-manusia yang tak pernah jemu layan aku, yang tak pernah mengalah dengan aku, yang sentiasa tarik aku walaupun aku clingy serta selalu buat korang annoying, penat dan sebagainya.. semoga tuhan beri yang baik-baik sahaja untuk kalian. :')

* * * * * *

"tidak pernah putus asa,
 hidup ini sementara,
 cita-cita dan impian,
 datang bersama usaha,
 ku berjanji akan berjaya,
 berjaya,
 percayalah,
 pengorbanan hidup untuk berjuang bagi semua."

* * * * * * 




i am missing those days at court. sebab ada tuan duk motivate hari-hari. haihh, padahal masa last day haritu aku dah janji dengan tuan nak hidup elok-elok di semester lima. kalau lah tuan tahu macam mana seorang izzati tengah struggle dekat uum sekarang ni. :( bukan struggle belajar. tapi struggle nak hidup. what a life





Tuesday, November 22, 2016

-


roommate aku cakap, lately ini asyik menangis je. sensitif sangat.

sehari tu boleh menangis dua tiga kali. tengah makan dengan rommate kat cafe pun boleh tiba-tiba nak menitik air mata. tengah ko-k dengar cikmat bercakap pun nak menitik air mata. tengah tulis buku log kembara pun teresak-esak tengah-tengah malam buta.

ini, tengah menulis di kertas kajang pun basah jugak pipi. what the hell is going on with you?

demi tuhan, hati aku sakit sangat. tapi aku tak boleh buat apa-apa. aku mampu buat bodoh je. buat hati kering. hati kering apa kalau sikit-sikit menangis sikit-sikit menyembah bumi?

tak tahu la sampai bila boleh tahan macam ni. tak tahu la sampai bila boleh hadap benda bodoh macam ni.

* * * * * *

dah lama tak ada twitter instagram dan facebook. elok je setakat ni hidup. malah lebih membahagiakan. orang cakap aku tak matang. tapi definisi matang dalam hidup kita itu lain-lain kan? kita tak boleh nak cakap orang lain tak matang cuma sebab dia tak ambil jalan yang sama untuk handle situation.

aku tahu aku tak mampu nak tahan. sebab tu aku hilangkan aku sendiri. aku undurkan aku sendiri.

aku okay.

cumanya phone aku ini dari tiada game terus ada game. hahaha.

* * * * * *

esok exam equity. hailaaa. tidak tahu laa. kadang rasa nak berhenti je belajar. hahahaha.

(sebarang apa yang aku tulis sekarang adalah tidak rasional.)

siap waze jalan balik rumah sintok - besut lagi. alah, enam jam je. mama, nak balik.

* * * * * *

i was so f damaged.



Friday, November 18, 2016

mendewasa


sekarang petang-petang aku dah mula berlari balik. berlari sendiri, berlari seorang. sejenis escapism untuk aku. tapi aku pun tak tahu sebenarnya aku nak escape dari apa? realiti? tapi rasanya aku begini sebab tengah adapt dengan hidup baru.

haha. sumpahlah aku tak boleh kalau tak busy. rasa gelisah grrr. rasa macam tak berguna haha. tapi dalam macam ni pun, aku tengah dalam jangkamasa di mana diri aku sendiri sentiasa rasa mahu bersendiri.

rasa nak pergi kelas je. ah tipu, kalau boleh kelas pun aku tak nak pergi.

selama aku extrovert, aku memang extrovert. tapi lately aku introvert gila. hingga ke tahap malas nak jumpa orang. padahal kalau waktu kebiasaan, aku lah antara manusia yang suka untuk jumpa ramai-ramai, lepak ramai-ramai atau makan ramai-ramai.

ahhhh. aku sedang melawan diri aku. tapi aku tak tahu apa masalah aku. mungkin sebab aku memang nak belajar untuk lebih dewasa.

berikan masa.
berikan masa.

sedangkan aku pun boleh berubah-ubah, apatah lagi orang lain. aku rindu je semua orang. dulu kan, kalau tengok orang yang aku sayang lagi bahagia dengan orang lain (pada pandangan aku) sumpahlah aku cemburu. tapi sekarang, banyak kali je aku rasa begitu. cuma sebab aku lebih berusaha keras untuk membiarkan akal mengatasi hati, aku pujuk perlahan-lahan diri aku.

kita bahagia kalau orang yang kita sayang bahagia bukan? kita pun bukan ada dia sorang dan dia pun bukan ada kita sorang. berkongsi kasih-sayang sama-sama kita pasti lebih membahagiakan. yang kita tahu, kita masih tetap sama-sama sayang. walaupun kita tidak bisa ada macam dulu. walaupun orang lain lebih mengisi hati.

tidak apa lah.
engkau pun buat benda yang sama kan?

tidak apa lah.
orked mahu lebih dewasa kan?

doa, orked.
doa.

.
.
.
.
.
.

selamat malam sintok.


Thursday, November 17, 2016

di mana terangnya bulan


malam ini. balik dari pesta konvo, dalam perjalanan pulang aku dan juliza sama-sama memandang langit merenung pada bulan yang sama.

ya, bulan yang masih lagi terang.
cantik sangat.

dibuai angin dari tingkap yang dingin, aku tanyakan,"jue, apa kalau yang disana masihkah memandang pada bulan yang sama?"

jue bilang,"iyalah sama. kita punya langit yang sama bukan."

dan aku senyum pada bulan itu sambil berharap di dalam hati, semoga sahaja bulan ini akan menerangi malam orang-orang yang aku sayang. (juga aku harap engkau turut merenung langit di belah sana dan nampak di mana terangnya bulan)

selamat malam dunia.

ajarkan untuk lebih dewasa.
ajarkan untuk lebih mendoakan.
ajarkan untuk lebih membahagiakan.



ikhlas


ikhlas tu sebenarnya apa?

saat bumi dibasahi hujan,
apakah dia ikhlas?
tika mentari dilencuni terik,
apakah dia ikhlas?  
bila langit dipijari bintang,
apakah dia ikhlas?  
                                        
lalu, ikhlas itu masih,
sebenarnya apa?

Friday, November 4, 2016

sepenuhnya, semua dan sesungguhnya.


rasa macam lama sangat dah tak menulis di sini. sedangkan aku ada banyak sangat yang mahu aku tulis. tapi masa tak ada makanya, cerita aku banyak di memo telefon semata-mata, dan juga di buku nota kuliah.




selepas dua sem aku pegang exco hal ehwal siswi di inapan siswa eon, dengan segala pengalaman pahit manis.. aku buat keputusan untuk tidak sambung yakni berhenti. dengan rasa yang berbelah bahagi tapi nekad. well, tenure team kitorang memang patut dua sem la kan. tapi, ramai juga yang mahu sambung berbakti pada kolej. samaada beralih ke majlis tertinggi atau ambil posisi lain dan sebagainya.

dilemma aku dalam sebulan dua juga lah memikirkan benda ini. awalnya aku setuju untuk sambung. tapi bila fikir balik, kalau aku sambung, aku bukan sambung siswi. aku kena jadi setiausaha. dari zaman sekolah lagi, aduhai, memang asyik lekat s/u je. aku fikir aku boleh buat. budak-budak ni pun yakin je aku memang akan sambung tenure sebab aku lah yang macam tak banyak ragam macam depa. ye lah depa, kejap nak sambung kejap tak nak sambung.

tapi minggu lepas, aku buat keputusan drastik. aku nekad untuk tidak sambung. sebab penat yang dah tak mampu. walaupun aku sayang sangat. tapi dunia aku dah banyak sangat cerita. aku tak tahu la macam mana selama ni aku boleh bertahan dari jadi gila. walau sering juga rabak, tapi aku tak pernah sampai rabak yang betul-betul pada limit hati aku berkecai sepai terpecah belah.

ada di malam program eme itu, lepas program aku, memang aku dah koyak tahap tak boleh nak peduli apa. tapi sebab nak kena siapkan surat juga untuk next program ccn franky, aku stay juga di bilik aktiviti. menaip surat sebelah daus dengan air mata menitik-nitik turun. tapi tak mampu dah nak cakap apa-apa. sampai ke pagi la begitu. perasaaannya aduhai rabak tahap mental. tapi benda macam ni adalah perkara biasa untuk kami. jadi budak-budak ni cool je biarkan aku begitu sambil teman sambil siapkan kerja masing-masing.

entahlah. hidup dengan diorang macam hidup dengan keluarga. betul-betul susah senang sama-sama. betul-betul menangis ketawa sama-sama. betul-betul perit bahagia sama-sama. betul-betul bodoh pandai sama-sama. betul-betul maki puji sama-sama. betul-betu sakit hati pujuk sama-sama. betul-betul sedih gembira sama-sama. betul-betul gaduh sayang sama-sama.

dan masa aku jumpa pengetua nak bagitahu, pengetua cakap terima kasih untuk yang selama ini.. sumpahlah aku rasa mahu menangis.

aku sayangkan kolej ni. aku sayangkan team aku. aku sayangkan semua. tapi aku tahu, ada saatnya benda perlu dinoktahkan. banyak sangat yang aku dapat. aku dapat keluarga mini sintok, aku belajar handle program, aku belajar berurusan dengan orang atas, aku belajar segala yang bukan di dalam kuliah. kadang-kadang aku rasa macam law pulak yang jadi sampingan. aduh.

aku cuba fikir rasional. aku pertimbangkan semuanya. aku fikirkan diri aku juga. semester ini sudah semester lima. kalau aku teruskan, maknanya aku akan teruskan sampai semester tujuh. yang mana semester akhir aku di sini adalah semester lapan. dengan segala dan semua benda yang aku dah lalui, aku tak rasa aku boleh bertahan lagi untuk nanti.

walau berat, aku yakin ini keputusan terbaik yang aku boleh buat untuk masa sekarang. mungkin aku akan menyesal, siapa tahu. mungkin aku akan rindu, siapa tahu. tapi sekurang-kurangnya aku dah fikir untuk setiapnya, yang aku rasa paling baik. insyaAllah.

dan aku pun dah rindu mahu ke katil pada jam 11. (penat la juga kalau hampir tiap hari pulang ke bilik 2-3 pagi). mahu bercantik ke kelas. (uish kalau time ada program, memang sweater dengan bawal sarung je ke kelas. selekehnyaaa haha). mahu ber-weekend dengan aman. dan yang paling penting, aku betul-betul mahu fokus dengan study. semester yang lepas pun, sipi-sipi lagi. nasib baik result praktikal di court hari itu sangat membantu. kalau tidak menangis tidak berlagu namanya.

entahlah, banyak pengorbanan masa dan tenaga juga wang ringgit. (haha ke mana entah tabungan untuk travel T.T). tapi semua itu sejajar la dengan pengalaman, konflik dan drama air mata senyum tawa yang aku dapat dan belajar. the life is so damn real, man.

yang paling indah, aku tinggalkan portfolio siswi dengan kejuaraan dalam pertandingan senamrobik antara inapan siswa uum. satu medal aku gantungkan di bilik jkps, sebagai tanda kenangan yang manis. dari aku, anis dan team siswi. :)

omaigod i feel so sad. tapi aku buat keputusan untuk jangka masa panjang. kalau cuma difikir sayang, seronok dan manis.. mungkin aku akan ke arah yang sebaliknya. tapi benarlah, yang akal itu perlu mengatasi emosi. dilema ini mungkin nampak kecil tapi sebenarnya sangat besar dalam hidup aku. haha. sebagai seorang exco yang sangat sayangkan kolej, aku betul-betul dalam haru biru. sekarang tengah cuti pertengahan semester. dua hari lagi aku balik ke sana. masa itu nanti, aku bukan lagi siapa-siapa. mungkin cuma senior biasa yang sedang menikmati tahun pengajian dengan tenteram dan aman. (walau aku tak tahu aku boleh ke duduk diam haha)

sudah. keputusan sudah dibuat. (setelah bergelut dengan air mata sendiri juga kawan-kawan)  sekarang, aku cuma perlukan teruskan hidup dan buat apa yang aku perlu dan mahu buat.

oh yeah! terima kasih, ex-jkps/kb20152016.


kenangan ini terlalu besar;
semuanya seakan mengajar
untuk aku aman dalam pijar
sebetulnya dewasa dalam tegar.