Saturday, February 23, 2013

~ sin-repent; (iv)


"Kalau buat dosa, pastu repent, then dosa balik, then repent, then dosa, then repent, dosa-repent, dosa-repent.. mcm mna Tuhan nak maafkan."

"Ada hadis nabi. Allah lebih suka pendosa yg bertaubat drpd org biasa yg bertaubat."

"Tak paham."

"Pendosa yang bertaubat itu lebih disukai Allah daripada orang biasa yang bertaubat."

"Dah kalau taubat, lepas tu buat dosa smula, taubat-dosa(100x), agaknya Tuhan pun fed up."

"Awak. Allah itu Allah. Mustahil ada sifat fed up mcm dunia."

"Ye la, bukannya fed up mcm kita ni tapi aaaaaaaa, mcm mana nk ckp eh. mesti Tuhan tak sayang."

"Bsimillahhirrahmanirrahim. Slalu guna kan? Apa maksudnye?"

"In The Name of Allah, All-Compassionate and All-Merciful..."

"Yup. Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Takde had. Infiniti."

"Walaupun kita org yg paling jahat atas muka bumi."

"Yup. Yg penting bertaubat."

"Ye la, masa bertaubat, haa bertaubat. dengan penuh penyesalan sgala bagai. konon laa kan tak nak buat lg, and so on. then. buat balik. then repent. then do. repent-do. repent-do. Allah sayang lagi ke kalau mcm tu??"

"Yup. Allah sentiasa sayang."

"Sgguh?"

" :) "

"Sungguh?"

"Ya awk."


anginawan:

Lantaran dunia, manusia leka. Beruntunglah manusia yang sibuk pada akhirat.Ia benar dan pasti


the one and only,
Awak  :)



~ sin-repent; (iii)


"Kalau buat dosa, pastu repent, then dosa balik, then repent, then dosa, then repent, dosa-repent, dosa-repent.. mcm mna Tuhan nak maafkan."

"Macam mana? Ragu-ragu dengan keampunan Allah ke? Sesungguhnya kasih sayang Allah itu mengatasi kemurkaanNya."





the pious cousin,
Yah  :)



~ sin-repent; (ii)


"Kalau buat dosa, pastu repent, then dosa balik, then repent, then dosa, then repent, dosa-repent, dosa-repent.. mcm mna Tuhan nak maafkan."

"Bg tau ke tanya tu"

"Tanya."

"Erm. obviously org tu tak istiqamah, mcm main-main kot. Maknanya dia tak taubat nasuha lg la tu.. And tekad dia utk tak ulang lg dosa tu tak bertahan lama.. Kalah dengan nafsu, dan ajakan syaitan. *aku rasala... Kalau nk taubat kena la taubat betul-betul, dan yakin Allah akan ampunkan kita, jusnuzhon dgn Allah.. *ke aku tak jwb soalan?ha3"


"*tak jwb."

"Pastu kita doakanlah dekat Allah biar kita istiqamah dan tetap dengan jalan yang lurus sbb yg membolak-balikkan hati tu kan Allah, takde gerenti kita dapat beribadat macam kita buat hari ni pd masa depan. Allah boleh je buat kita malas tahap gaban and the worst, kafir and so on. Nauzubillahiminzalik!!"

"Wargh2.. Ntah2.. Tak tauuuu"



matahary:

Jika, cinta  kekal di antara penduduk dunia terhadap si PenciptaNya,
aku yakin, semua pasti bahagia.



my beautiful lady,
SM  :)




~ sin-repent; (i)



"Kalau buat dosa, pastu repent, then dosa balik, then repent, then dosa, then repent, dosa-repent, dosa-repent.. mcm mna Tuhan nak maafkan."

"Bergantung pada kasih sayang Allah."

"Kenapa iman, tak boleh nak stabil. Bila naik, semuanya mudah. Bila bawah, rasa macam tengah perang."

"Iman itu hidup dalam diri manusia. Mcm emosi, ada kala stabil, ada kala tidak. Emosi bergantung pada hormon seseorang. manakalan iman bergantung pada kerohanian kita dengan Allah."

"Sbb iman lemah, sbb masa tu kimia dengan Allah tak kuat?"

"Ya. Nak iman kuat, tahap kimia dan kebergantungan terhadap Allah perlu pada level cemerlang."

"Susah."

"Nak menghampiri cinta Allah perlu keteguhan hati. Kalau ada izin Allah, dah hampir putus asa pun, pasti Allah tunjuk jalan."

"T_________T"

"Kenapa ni?"

"Rase brdosa. Rase tak tahu knpa pyh sgt nk struggle againts setan."

"Boleh punya. Syaitan itu pun makhluk Allah. Takda kuasa pun melainkan niatnya yang jitu untuk menyesatkan anak Adam. Insya Allah. ;)"




A Sign..></div></a>

















<div id=


my perempuan cantik,
Nudra  :)





Wednesday, February 20, 2013

Untuk Mereka; Nor Nazifa & Husna Munirah


Aku rindu Ipa dan Cena.

Dua orang yang sentiasa di kanan dan kiri aku, selama setahun ini. Dua orang yang tahu hampir segalanya tentang aku. Setahun, dengan mereka di sebelah aku.

Macam mana tak rindu.

T______________T


Ipa






Yang selalu menggila dengan aku di dalam kelas. Ya, kitorang partner yang paling poyo, tak tahu malu, kuat makan, kuat bercakap, kuat tido, kuat main, kuat gaduh dan kuat study. Haha. Ye sangat la tu kuat study. =P

Waktu orang lain senyap dalam kelas, kitorang tak boleh berhenti pot pet pot pet.
Waktu orang lain jadi budak baik dalam kelas, kitorang masih boleh gaduh-gaduh gaya manja.

Kalau aku tersengguk dalam kelas, haaa, jagalah... mesti Ipa smackdown aku. Sekali kena, perghhh! terbaik. ~

Ipa suka buat tangan dia jadi mikrofon aku. Haha, aku kan suka menyanyi. Jadi kebiasaan kot, mulut tak boleh duduk diam. Kalau tengah buat kerja sendiri, atau kerja sekolah.. kalau aku ternyanyi, haruslah Ipa hulurkan tangan dia gaya ala-ala mikrofon sekolah. Yang aku pulak, bila Ipa dah buat macam itu, bukannya hendak berhenti nyanyi... malah, semakin nyanyi adalah. Haha. =.='

Banyak kerja gila yang aku buat dengan Ipa. Haha. Siapa yang sekelas dengan kitorang, tahu la macam mana.

Pernah, waktu tengah bangun nak baca doa, Ipa letak tali rafia yang panjang belit-belit pada diri aku. Huishh, aku letak kat dia balik. Main gaduh-gaduh macam budak kecik. Cikgu kat depan dah buat muka hairan dah. Kawan-kawan pun aku dengar diorang gelak je. Lalalala.

Kitorang suka main tarik-tarik tudung. Yes, the typical one bila girls gaduh. Haha.

Kitorang suka gosip.

Kitorang suka kacau orang. Terutama sesiapa yang senyap dan jarang bercakap dalam kelas. Haha. Memang akan selalu 'kena' la dengan kitorang. Alah, gurau-gurau manja je. Haha. Gangster kan. ~ Pupuk kasih sayang dalam family 5R 2012 je. Hihi.

Kitorang suka debat. terutama pasal politik. Aku tahu Ipa 'kuat' parti mana, jadi, aku saja je lah cari salah parti dia kan.. mak aii, memang semangat laa Ipa balas. Haha. Pokoknya, kalau berdebat dengan dia memang tak akan habis.

Kitorang suka makan. Ye, mengunyah memang tak berhenti dalam kelas. Kadang keropok, snek, cokelat dan aiskrim. Haha. Serius, group kitorang memang sangat kuat makan

Yang paling seronok, kitorang suka gelak.

Kenangan itu, kalau nak diceritakan.. memang tak tercerita. Semuanya dah lekat kat hati. :)
Indah. Manis.



Cena




Dari tingkatan 3 lagi dah mula rapat dengan dia. Dan, di menengah atas.. memang duduk sebelah menyebelah. :)

Banyak jugak buat kerja gila dengan Cena haha tapi lebih sopan sikit la berbanding dengan Ipa. :P Ipa brutal habisss. Cena pun sama, tapi Cena ayu sikit. Lalalala ~

Dan, aku suka bermanja dengan Cena.

Waktu aku tertidur dalam kelas, cikgu dah masuk. Dia kejutkan aku. Aku bangun dengan tudung serabainya haha lepas itu selamba-yayaya je 'hulur' muka kat Cena, suruh dia 'cantikkan' tudung aku. Haa, dia pun lipatlah itu ini tup tup, dah cantik daaah. Haha. =D

Pernah, aku masuk kelas dengan emonya (biasalah hehe) lepas itu terus 'campak' muka atas meja. Nangis kot. Haha, Cena dengan suara bosannya tapi manis (?) tanya, "bakpo pulok ni?" Sambil gosok-gosok belakang aku.

Ada satu kali, cikgu tak masuk dalam kelas. Pergi surau, sekali untuk dhuha rasanya. Lepas tu, terus tido dengan lena kat surau.. Tup tup, terdengar suara Cikgu Man (rasanya) mengamuk kat budak-budak lelaki yang tido kat bahagian lelaki. Haha, gila punyalah cepat kitorang bangun dan  pakai itu ini dengan lekasnya sebelum lari ke kelas. Haihhh. ~

Dan, pernah suruh dia hantar aku balik ke rumah. Dia bawak motor kan. Kelas tambahan masa tu. Dengan lajunya, dengan gelaknya, dengan tak ada lesennya, dengan tak pakai topi keledarnya, dengan jauhnya. Haha, jauh la jugak rumah aku dengan sekolah. Perghh. Memang selamba je.

Kalau ada masalah tentang hati dan perasaan, suka cerita kat Cena. Ada masalah apa-apa, cerita kat dia. Dia seorang pendengar dan penasihat yang sangat baik. Terlalu.

Cena ini orangnya nostalgia. Dia tahu dan suka nyanyi lagu jenis lama. Haha, sentimental. :P

Kitorang bukannya budak yang ikut peraturan sangat. Kitorang bukan jenis the typical budak baik huhuhu yang tak buat perkara-perkara pelik walaupun kitorang sarung baju 'berwarna'. *geleng-geleng kepala* Kitorang budak yang huhahuha. Walaupun kitorang rapat dengan cikgu-cikgu, tapi kitorang selalu je buat perkara-perkara yang tidak mematuhi peraturan. Haha, tapi make sure cikgu tak tahu lah. =P

Tapi, itulah kenangan.
Kenangan zaman sekolah, yang gila-gila.
Itulah yang menjadi kerinduan.


Nor Nazifa, Husna Munirah (dan kanak-kanak 5Rocks) ~ ..

         Terima kasih untuk kasih sayang dan ke-selamba-an korang yang sentiasa menjadi 'warna' dalam hidup aku sehari-hari.

        Sungguh, warna yang sehingga kini aku simpan dalam hati.

        Warna hidup. 


:)




Monday, February 18, 2013

Mesti



"Awak, Allah sayang saya tak?"

"Mesti."

"Bakpe."

"Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang."

"oh."






20130218-0714
the-one-who-always-stay-when-i'm-in-need
I owe you a big thanks. Much.



Thursday, February 7, 2013

Ejum & The Baby Angels


Pagi - pergi sekolah mama. Ada merentas desa. Hehe. Farah dapat no 8. Sengih memanjang je budak kecik tu. Haha. Bagus. Bagus. Aku sendiri seumur hidup berbelas-belas tahun merentas desa tak pernah dapat nombor. Haha. Masa Darjah 6, siap ponteng merentas desa lagi dengan member sehati sejiwa; Amila dan Azianti. =) Ingat lagi, masa tu dah kumpul kat perhimpunan untuk lari.

Entah macam mana kitorang buat keputusan tak nak lari (konon tahun last sekolah, malas laa nak lari). Siap cakap dekat PK, tapi tak ingat kitorang buat alasan apa. Awalnya PK suruh lari jugak.. kalau tak nak lari, jalan pun boleh. Tapi, masa itu memang dah tekad gila tak nak lari. Punya la malas.

Jadi, PK pun biarkan je la budak-budak degil ini. Hehe. Kitorang boleh pulak pergi dekat pagar sekolah yang kat tepi jalan raya itu, panjat pagar itu dan duduk sambil goyang-goyang kaki. Haa, makan cokelat lagi! Kitorang bertiga je. Sambil kasi sokongan kat kawan-kawan yang dah mula nak masuk lorong ke pagar sekolah. Haiyaa, aku ingat lagi yang kitorang selamba-yayaya jerit kat pelari-pelari itu semua, "Cepat cepat!!"

=.='

Memang muka tembok laa ~

Tapi, ianya satu kenangan yang indah. Haha, nasib baik tak kena marah dengan cikgu. Ye laa, waktu orang lain merentas desa.. kitorang boleh pulak lepak atas pagar sekolah kat seberang jalan. ~ Samseng giler kot.

Eh, apasal tercerita kenangan lama pulak?
Haih. =P

Baiklah, kembali kepada topik asal.

Dalam pukul 12 tengah hari, suruh mama hantar aku ke sekolah. Yeayy. Aku kan sangat cintakan sekolah. Agaknya juniors muak kot tengok muka aku yang asyik makan angin kat sana. Haha. Lantak la. Aku tak peduli. Itu sekolah aku jugak. ~ :)

Borak-borak dengan Mida kat koop.

Dengan Cikgu Zakiah dan Teacher Ramlah yang jadi pemakan choc cupcake aku. Haha. Ayat aku kepada Cg Zakiah yang buat Cg Zimah gelak, "sebab cikgu amik doh, makanya cikgu kena perabis jugok walaupun tak sedap."

=,=' nasib baik cikgu cakap sedap ~ hahaha.

Dan, selamba-yayaya je Cg Zimah ambil plastik untuk isi cupcakes aku. Ada la dalam lima biji. Cikgu cakap, "cikgu dok kiro, cikgu nak jugok." Haha. Serius. Memang gelak la kalau lepak dengan cikgu-cikgu. Sebab itu aku sayang sangat cikgu-cikgu aku kat sekolah. :)

Buat muka tak malu dengan Sir Ibrahim dan Teacher Ramlah - mintak aiskrim free. Haha. Saja nak bermanja. Ekeke. Dapat Sundae dan Aiskrim Asam Masin. Perghhhhh. ~

Oh, menggedik dengan cikgu-cikgu kat bilik guru.. Tecer Salwati, Cg Rohaya, Cg Faridah, Tecer Hanisah. Aaaa. rindu!

Dan, banyak cakap dengan Teacher Ramlah.
Aku dan Mida, bersama tecer.. kitorang cakap pasal pendidikan, suri rumah, politik, kanak-kanak dan sebagainya. *tiba-tiba rasa macam matang, haha.

Baiklah, part gembira berakhir di situ.


* * * * * *

Pada petangnya, budak-budak kecik ada buat majlis perpisahan untuk Ejum. Join la sekali. Hmmm. Sangat sedih! Makanan ada sangat banyak. Tapi aku makan koktail je. Mulut yang bising dah mula senyap. Mata dah berair. It's hard, though.

Aku tak tahu macam mana budak-budak ini ada kekuatan untuk buat ucapan selamat tinggal, sebab aku memang tidak terkata dah. Tak mampu nak cakap apa-apa. Sebak yang terlalu. Masing-masing dah nangis. Aku pulak duduk je kat kerusi, macam patung. Air mata dah mencurah-curah. Semua dah nangis.

Hajar cakap, Dayah cakap.. kiranya mereka sangat kuat sebab masih mampu nak ucapkan kata-kata. Yang lain semua dah nangis gila-gila. Hebat sungguh kuasa kasih sayang. Dan, sesungguhnya perpisahan itu terlalu perit.

Ejum dah mula salam peluk kawan-kawan dia. Aku tengok je. Bila Ejum datang kepada aku, nak salam dengan aku... tapi, aku tak bagi. Aku tarik balik tangan aku. Dia nak peluk aku, tapi aku still macam patung. Aku tak bergerak langsung. Aku pandang je dinding macam nak tembus sambil genggam tangan aku kuat-kuat. Sangat sukar untuk aku hadapinya. Terlalu.

Ejum nangis dan peluk aku kuat-kuat sambil panggil nama aku, mintak maaf dengan aku, ucap terima kasih kat aku sebab ajar dia English masa PMR, dan lain-lain.

Aku takkan lupa her last words - "Kak Iqa, ore mitok maaf kalo ado salah gapo. time kasih sebab ajar ore BI sampai ore boleh A masa Pmr.. Kak Iqa..."

*nangis*

Tapi, aku masih keraskan badan aku. I even didn't response her. Aku tak berpaling walau sedikit. Serius, macam patung. Sebab aku tak boleh terima dan tak nak terima yang dia akan pergi. T______T Lastnya, bila lama dah dia peluk aku, dan dia nak pusing, aku tarik dia dan peluk. Dia salam aku lagi dan kitorang peluk, dengan menangisnya dengan sebaknya waaaaaaa.

Tetiba aku rasa macam drama Melayu. =,='

Tapi drama aku tak lah sesedih drama Hajar bila Hajar peluk dia. Serius, meruntun jiwa. Ye, Hajar mesti lagi sakit sebab Ejum tu kawan dia yang paling baik, mereka dah empat tahun harungi suka duka. Setakat aku yang kakak senior yang bukannya 24 jam habiskan masa dengan Ejum pun bagai nak rak menangis... apatah lagi kawan-kawan Ejum yang memang sentiasa bersama itu.

Again, aku tak tengok pun drama Hajar itu sebab aku memang dah tekup muka kat meja sambil menangis gila-gila dah. Aku dengar je diorang nangis, bertambah-tambah nangis aku. Kami.

Sebab apa? Sebab Ejum budak yang sangat baik, sangat manis, sangat comel dan sangat menyenangkan. Sebab itu kami rasa kehilangan yang amat.








Ejum, cuma baik-baik sahaja di sana ya? :)

BK;1530-1740~07022013
baby-angels-of-mine
ejum's last goodbye.



*oh, oh. sebak dah datang. arghhh. kuat la sikit Sya Izz!!


Apa-apa pun, diorang baby angels yang aku sangat sayang.
Dan aku harap, biar sampai syurga berkekalannya.
Sebab, sungguh aku terlalu menyayangi mereka.

TERIMA KASIH,
untuk segala senyum tangis
untuk semua suka duka
untuk pelangi hujan
untuk siang malam

yang terlalu indah,
yang cukup menghadiahkan damai.


T________T





-Love, Orked.-




Wednesday, February 6, 2013

I Met Her!


I met her! :)

My Syahirah Ruslan a.k.a. One Know (Wan Nur). Dia budak TMS, dan aku pun tak tahu macam mana aku boleh kenal dengan dia. Haha, One Know.. awak tahu sejarahnya, bukan? Hihihi. Lama dah kenal dia, dan rasanya kali pertama kitorang bertentang mata adalah sewaktu tingkatan 3. Kot. Kat perpustakaan. Yeah, aku rajin pergi pustaka daerah waktu muda-muda. Haha, konon rajin.

So, that was first time I met her. Face to face.

Dan ternyata, dia orangnya yang sangat manis dan baik. Senang masuk geng laa.

Sejak itu, kitorang teruskan perhubungan ini melalui facebook dan blog. Ekeke. =)

Nak dijadikan cerita, semalam chat dengan dia. Chat punya chat, entah macam mana terbuat temujanji. Haha. Drastic date. ~ Jadi, setelah sekian lama.. jumpa dia hari ini! Yeayy yeayyy. Walaupun One Know dah kasi 'amaran' yang keadaan mungkin akan jadi awkward since kitorang dah lama gila tak jumpa. Haha. Ambil risiko. =D

Alhamdulillah, semuanya baik-baik sahaja.

Masuk ke lib dengan Cik SM, nampak daripada jauh budak berbaju pink itu duduk di salah sebuah meja yang ada di sana. Hehe. Senyum. Salam + berlaga pipi, taraaaaaaaa, finally we made it! Hehe. Long time no see, Syahirah. ~

Di masjid. Cik SM solat. Duduk berdua dengan dia.

"Awok, saya dok tahu nok cakap gapo nga awok ni.. haha"

Ketawa.

Kitorang bercakap, bercakap dan terus bercakap, sampai tak terasa masa berlalu. Tengok-tengok Cik SM dah habis solat. Aik, cepatnya! ^_^

So, selamat tinggal Encik Awkward.

Cik Wan Nur, terima kasih untuk hari yang indah, bersama. Tak sabar untuk menunggu temujanji yang seterusnya! Serius. Awak memang kawan yang super duper best. Walaupun saya jumpa awak hanya jarang-jarang sekali. :)

Saya harap, kita kawan sampai bila-bila.
Kita kan nak apply TESL berdua? Hehe. =P

Till we meet again.
Thanks for the memories. =)


-my beautiful lady-



-Love, Orked.-




Tuesday, February 5, 2013

Suddenly





아무런 말도 떠오르지 않았어
너의 얼굴 다시 정말 몰랐어
마음속 깊은 어딘가에 묻어둔
여지껏 그리워하며 아파했었지

돌아보면 미소 얼굴로
바라보며 항상 뒤에 있는 같아
어지러운 기분에 홀로 밤을 새며
아직 남은 그대 흔적에 울곤 했지

이제 말해줘 내가 잘못했는지
이제 말해줘 내가 부족했던 건지

정말 그대를 미치도록 원했어
그댈 다시 있기를 항상 기도해왔어
이렇게 내가 죽을 것만 같은데
이젠 그대가 내게 없나요 제발

혼자서도 잘해낼 있다고
없이도 잘해낼 있을 거라고
다짐하며 오지않는 잠을 청해봐도
말투 표정만 또렷이 떠올라

이제 말해줘 내가 잘못했는지
이제 말해줘 내가 부족했던 건지

정말 그대를 미치도록 원했어
그댈 다시 있기를 항상 기도해왔어
이렇게 내가 죽을 것만 같은데
이젠 그대가 내게 없나요 제발

정말 그대를 미치도록 원했어
그댈 다시 있기를 항상 기도해왔어
이렇게 내가 죽을 것만 같은데
이젠 그대가 내게 없나요
제발 제발



 http://www.allkpop.com/wp-content/uploads/2011/06/20110615_suddenly_kim_bokyung_cityhunter.jpg 


Tak. Aku tak minat korea; lagu atau cerita. Aku tak fanatik. Haha. Malah, aku sedikit pun tidak kenal artis perempuan korea. Artis lelaki; setakat Lee Min Ho, Lee Dong Wok dan Choi Si Won je aku kenal. Haha. Itu pun sebab aku tengok cerita City Hunter dan Scent of A Woman.

Dan, aku pun hairan macam mana kawan-kawan aku boleh hafal lagu korea ~ siap nyanyi dalam bahasa itu lagi. Boleh ingat satu-satu nama artis korea + wajah-wajah mereka. =,='

Takpe la, lain orang lain kesukaan.. kan? :)

Kesimpulannya, aku cuma nak cakap yang aku suka gila lagu itu.
Suddenly. OST City Hunter.

Kenapa?
Entah. Aku cuma, suka.
Suka sangat.

Walaupun sepatah pun aku tak faham lagu itu, tapi aku suka melodinya.
Bagi aku, indah.

Dan, pertengahan tahun lepas, lagu itu yang sering menemani aku.
Sewaktu aku keluar asrama; pabila merindukan besties and juniors di sana.
Rindu yang terlalu.

T_________T

Aku susah nak suka lagu. Tapi, bila aku kata,"Aku suka lagu ini!"... Maknanya aku boleh suka untuk satu jangka masa yang lama. Dan, boleh mendengarnya tanpa rasa jemu. Seperti lagu Bunga-bunga Cinta yang Misha Omar nyanyi itu. Haha, aku suka lagu itu dari kecik lagi. Sampai sekarang, aku masih suka dengar.

Dan, selalunya aku suka lagu bukan sebab liriknya.
Tapi, melodinya.

Pabila aku mengiakan melodi itu indah,
makanya hati aku tanpa segan terpanah. ~



-Love, Orked.-





Sunday, February 3, 2013

Untuk Waktu Yang Persis Pelangi



Sangat suka untuk pergi ke sekolah, dan menghabiskan masa dengan mereka. Budak-budak kecik yang selalu menceriakan hidup aku. Budak-budak kecik yang banyak hulur memori indah sewaktu 'berkongsi bilik' di A206. Budak-budak kecik yang perangai ceria, yang gila-gila, yang ntah apa-apa haha, dan walaupun begitu... aku tidak pernah rasa awkward untuk sama-sama menggila dengan mereka. =,='

Budak-budak kecik yang sentiasa hormat aku.
Budak-budak kecik yang manis.
Budak-budak kecik yang sering ketawa comel.
Budak-budak kecik yang membahagiakan.

Oh, Kak Iqa rindu!
























Rahmat Allah, yang beri peluang untuk manusia menyayangi dan disayangi.
we ought to be grateful, for Allah gives the best thing to discover; love.
:)

Okey, makanya hari itu menghabiskan masa dengan mereka.
Ajar English.
Borak-borak.
Lepak-lepak.

Dan, budak-budak kecik kesayangan itu memang kuat makan. Haha, pergi beli keropok RM3, habis macam gitu je. =D takpe la, seronok dapat tengok mereka makan. dengan tawanya, dengan riangnya.

tengah hari, bebudak kecik itu belanja makan sup ~ aku, macam biasa.. mihun sup tanpa sayur. keh keh keh. siap pinjam mangkuk lagi sebab bebudak kecik yang kebanyakannya stay kat asrama itu, tak boleh keluar pagar. Jadi, makan kat pondok je. Yeayy, dan dapat oreo ice-blend free jugak. haha, terima kasih budak-budak kecik! :)

Tsssk. Ejum nak pindah, pergi IQ. InsyaAllah, tempat yang sangat baik untuk dia. Tapi, waaaaaaaaaaaa T____T akan rindu ejum. Semalam, dah berjuraian air mata sebab ejum. Haha. Aku tak nak la nanti aku pergi jalan-jalan kat sekolah... ejum tak ada. :(

Aku sayang budak-budak kecik itu.
Sayang sangat.

Tapi tak apalah, tidak kekal di dunia... di Jannah insyaAllah. Makanya, tak payah sedih-sedih. Cuma berterima kasih kepada Tuhan kerana mengirimkan kasih sayangNya melalui mereka; yang sentiasa memberi cinta.

Ejum, baik-baik di sana. =)


untuk waktu yang persis pelangi,
kerana keberadaannya yang indah itu sebentar cuma,
terima kasih untuk segala suka
                                      duka

kenangan itu pastinya kekal,
di ruang hati yang paling dalam.

bersama rakaman senyum dan tangis
sebagai tanda,
kita pernah berkongsi rasa.


                                                               syaizz.030213-0925


                                                                                                                                        
                                                                                                                                          -Love, Orked.-





Saturday, February 2, 2013

My angels of A206-'12




My angels of A206-'12
:)

with love, joy and happiness;
hajar afiah, karimal hilal,
adieya atyrrah, nur haizum, naha husna
( 0840-1600|020213;BK)

it's important to know nothing lasts forever, so we will not get entangled by the temporary matters in our life. learn to appreciate every single thing, every breath we have taken; for it is not eternal. miracle is one thing that bestowed from our Lord, yet a gift to this beautiful life.

for sure, they are one of my miracles.
and, deep down my heart.. there's no time I forget to pray for 'em.

times go on.
memories may fade.
but, the loves will always remain the same; increase to the fullest.

my guardian angels, forever will stay.
here; in one of my heart's chamber

:)



                                                                                                                                        -Love, Orked.-






Friday, February 1, 2013

Kena Tinggal


Selamat petang. :)

Kesimpulannya (cewah, awal-awal dah buat kesimpulan), aku memang tak tahu nak buat apa kat rumah sekarang. Selain daripada complete license, cooking and baking, dwell in books hoho... aku tak tahu nak buat apa lagi. Hmmm..

waaaaaaaaaaaaaa.

betul la, masa yang kosong memang membunuh! *kejam betul.

nak manfaatkan masa memang susah.
haih, sekarang sudah bulan februari.
erk.
cepatnya masa.
tak tunggu-tunggu manusia dah, kalau lambat memang kena tinggal.
sebab masa itu, berjalan.
tiada henti.

uhuuuu.

februari, be nice to me.
:)

insyaAllah.

#ktengsbai,
assalamu'alaikum. ^_^




-Love, Orked.-