Sunday, February 3, 2013

Untuk Waktu Yang Persis Pelangi



Sangat suka untuk pergi ke sekolah, dan menghabiskan masa dengan mereka. Budak-budak kecik yang selalu menceriakan hidup aku. Budak-budak kecik yang banyak hulur memori indah sewaktu 'berkongsi bilik' di A206. Budak-budak kecik yang perangai ceria, yang gila-gila, yang ntah apa-apa haha, dan walaupun begitu... aku tidak pernah rasa awkward untuk sama-sama menggila dengan mereka. =,='

Budak-budak kecik yang sentiasa hormat aku.
Budak-budak kecik yang manis.
Budak-budak kecik yang sering ketawa comel.
Budak-budak kecik yang membahagiakan.

Oh, Kak Iqa rindu!
























Rahmat Allah, yang beri peluang untuk manusia menyayangi dan disayangi.
we ought to be grateful, for Allah gives the best thing to discover; love.
:)

Okey, makanya hari itu menghabiskan masa dengan mereka.
Ajar English.
Borak-borak.
Lepak-lepak.

Dan, budak-budak kecik kesayangan itu memang kuat makan. Haha, pergi beli keropok RM3, habis macam gitu je. =D takpe la, seronok dapat tengok mereka makan. dengan tawanya, dengan riangnya.

tengah hari, bebudak kecik itu belanja makan sup ~ aku, macam biasa.. mihun sup tanpa sayur. keh keh keh. siap pinjam mangkuk lagi sebab bebudak kecik yang kebanyakannya stay kat asrama itu, tak boleh keluar pagar. Jadi, makan kat pondok je. Yeayy, dan dapat oreo ice-blend free jugak. haha, terima kasih budak-budak kecik! :)

Tsssk. Ejum nak pindah, pergi IQ. InsyaAllah, tempat yang sangat baik untuk dia. Tapi, waaaaaaaaaaaa T____T akan rindu ejum. Semalam, dah berjuraian air mata sebab ejum. Haha. Aku tak nak la nanti aku pergi jalan-jalan kat sekolah... ejum tak ada. :(

Aku sayang budak-budak kecik itu.
Sayang sangat.

Tapi tak apalah, tidak kekal di dunia... di Jannah insyaAllah. Makanya, tak payah sedih-sedih. Cuma berterima kasih kepada Tuhan kerana mengirimkan kasih sayangNya melalui mereka; yang sentiasa memberi cinta.

Ejum, baik-baik di sana. =)


untuk waktu yang persis pelangi,
kerana keberadaannya yang indah itu sebentar cuma,
terima kasih untuk segala suka
                                      duka

kenangan itu pastinya kekal,
di ruang hati yang paling dalam.

bersama rakaman senyum dan tangis
sebagai tanda,
kita pernah berkongsi rasa.


                                                               syaizz.030213-0925


                                                                                                                                        
                                                                                                                                          -Love, Orked.-