Thursday, February 7, 2013

Ejum & The Baby Angels


Pagi - pergi sekolah mama. Ada merentas desa. Hehe. Farah dapat no 8. Sengih memanjang je budak kecik tu. Haha. Bagus. Bagus. Aku sendiri seumur hidup berbelas-belas tahun merentas desa tak pernah dapat nombor. Haha. Masa Darjah 6, siap ponteng merentas desa lagi dengan member sehati sejiwa; Amila dan Azianti. =) Ingat lagi, masa tu dah kumpul kat perhimpunan untuk lari.

Entah macam mana kitorang buat keputusan tak nak lari (konon tahun last sekolah, malas laa nak lari). Siap cakap dekat PK, tapi tak ingat kitorang buat alasan apa. Awalnya PK suruh lari jugak.. kalau tak nak lari, jalan pun boleh. Tapi, masa itu memang dah tekad gila tak nak lari. Punya la malas.

Jadi, PK pun biarkan je la budak-budak degil ini. Hehe. Kitorang boleh pulak pergi dekat pagar sekolah yang kat tepi jalan raya itu, panjat pagar itu dan duduk sambil goyang-goyang kaki. Haa, makan cokelat lagi! Kitorang bertiga je. Sambil kasi sokongan kat kawan-kawan yang dah mula nak masuk lorong ke pagar sekolah. Haiyaa, aku ingat lagi yang kitorang selamba-yayaya jerit kat pelari-pelari itu semua, "Cepat cepat!!"

=.='

Memang muka tembok laa ~

Tapi, ianya satu kenangan yang indah. Haha, nasib baik tak kena marah dengan cikgu. Ye laa, waktu orang lain merentas desa.. kitorang boleh pulak lepak atas pagar sekolah kat seberang jalan. ~ Samseng giler kot.

Eh, apasal tercerita kenangan lama pulak?
Haih. =P

Baiklah, kembali kepada topik asal.

Dalam pukul 12 tengah hari, suruh mama hantar aku ke sekolah. Yeayy. Aku kan sangat cintakan sekolah. Agaknya juniors muak kot tengok muka aku yang asyik makan angin kat sana. Haha. Lantak la. Aku tak peduli. Itu sekolah aku jugak. ~ :)

Borak-borak dengan Mida kat koop.

Dengan Cikgu Zakiah dan Teacher Ramlah yang jadi pemakan choc cupcake aku. Haha. Ayat aku kepada Cg Zakiah yang buat Cg Zimah gelak, "sebab cikgu amik doh, makanya cikgu kena perabis jugok walaupun tak sedap."

=,=' nasib baik cikgu cakap sedap ~ hahaha.

Dan, selamba-yayaya je Cg Zimah ambil plastik untuk isi cupcakes aku. Ada la dalam lima biji. Cikgu cakap, "cikgu dok kiro, cikgu nak jugok." Haha. Serius. Memang gelak la kalau lepak dengan cikgu-cikgu. Sebab itu aku sayang sangat cikgu-cikgu aku kat sekolah. :)

Buat muka tak malu dengan Sir Ibrahim dan Teacher Ramlah - mintak aiskrim free. Haha. Saja nak bermanja. Ekeke. Dapat Sundae dan Aiskrim Asam Masin. Perghhhhh. ~

Oh, menggedik dengan cikgu-cikgu kat bilik guru.. Tecer Salwati, Cg Rohaya, Cg Faridah, Tecer Hanisah. Aaaa. rindu!

Dan, banyak cakap dengan Teacher Ramlah.
Aku dan Mida, bersama tecer.. kitorang cakap pasal pendidikan, suri rumah, politik, kanak-kanak dan sebagainya. *tiba-tiba rasa macam matang, haha.

Baiklah, part gembira berakhir di situ.


* * * * * *

Pada petangnya, budak-budak kecik ada buat majlis perpisahan untuk Ejum. Join la sekali. Hmmm. Sangat sedih! Makanan ada sangat banyak. Tapi aku makan koktail je. Mulut yang bising dah mula senyap. Mata dah berair. It's hard, though.

Aku tak tahu macam mana budak-budak ini ada kekuatan untuk buat ucapan selamat tinggal, sebab aku memang tidak terkata dah. Tak mampu nak cakap apa-apa. Sebak yang terlalu. Masing-masing dah nangis. Aku pulak duduk je kat kerusi, macam patung. Air mata dah mencurah-curah. Semua dah nangis.

Hajar cakap, Dayah cakap.. kiranya mereka sangat kuat sebab masih mampu nak ucapkan kata-kata. Yang lain semua dah nangis gila-gila. Hebat sungguh kuasa kasih sayang. Dan, sesungguhnya perpisahan itu terlalu perit.

Ejum dah mula salam peluk kawan-kawan dia. Aku tengok je. Bila Ejum datang kepada aku, nak salam dengan aku... tapi, aku tak bagi. Aku tarik balik tangan aku. Dia nak peluk aku, tapi aku still macam patung. Aku tak bergerak langsung. Aku pandang je dinding macam nak tembus sambil genggam tangan aku kuat-kuat. Sangat sukar untuk aku hadapinya. Terlalu.

Ejum nangis dan peluk aku kuat-kuat sambil panggil nama aku, mintak maaf dengan aku, ucap terima kasih kat aku sebab ajar dia English masa PMR, dan lain-lain.

Aku takkan lupa her last words - "Kak Iqa, ore mitok maaf kalo ado salah gapo. time kasih sebab ajar ore BI sampai ore boleh A masa Pmr.. Kak Iqa..."

*nangis*

Tapi, aku masih keraskan badan aku. I even didn't response her. Aku tak berpaling walau sedikit. Serius, macam patung. Sebab aku tak boleh terima dan tak nak terima yang dia akan pergi. T______T Lastnya, bila lama dah dia peluk aku, dan dia nak pusing, aku tarik dia dan peluk. Dia salam aku lagi dan kitorang peluk, dengan menangisnya dengan sebaknya waaaaaaa.

Tetiba aku rasa macam drama Melayu. =,='

Tapi drama aku tak lah sesedih drama Hajar bila Hajar peluk dia. Serius, meruntun jiwa. Ye, Hajar mesti lagi sakit sebab Ejum tu kawan dia yang paling baik, mereka dah empat tahun harungi suka duka. Setakat aku yang kakak senior yang bukannya 24 jam habiskan masa dengan Ejum pun bagai nak rak menangis... apatah lagi kawan-kawan Ejum yang memang sentiasa bersama itu.

Again, aku tak tengok pun drama Hajar itu sebab aku memang dah tekup muka kat meja sambil menangis gila-gila dah. Aku dengar je diorang nangis, bertambah-tambah nangis aku. Kami.

Sebab apa? Sebab Ejum budak yang sangat baik, sangat manis, sangat comel dan sangat menyenangkan. Sebab itu kami rasa kehilangan yang amat.








Ejum, cuma baik-baik sahaja di sana ya? :)

BK;1530-1740~07022013
baby-angels-of-mine
ejum's last goodbye.



*oh, oh. sebak dah datang. arghhh. kuat la sikit Sya Izz!!


Apa-apa pun, diorang baby angels yang aku sangat sayang.
Dan aku harap, biar sampai syurga berkekalannya.
Sebab, sungguh aku terlalu menyayangi mereka.

TERIMA KASIH,
untuk segala senyum tangis
untuk semua suka duka
untuk pelangi hujan
untuk siang malam

yang terlalu indah,
yang cukup menghadiahkan damai.


T________T





-Love, Orked.-




2 comments:

Rossarina™ said...

semoga nanti Sya Izz bole jumpa lagi dengan kawan2 yang Sya Izz sayang dan rindu... bersama anak2 dan suami. hahahaha. :D

Izz said...

hahaha.

Dan juga berjumpa dengan Kak Ina one day.. bersama Kak Ina anak2 n suami :P