Aku rindu Ipa dan Cena.
Dua orang yang sentiasa di kanan dan kiri aku, selama setahun ini. Dua orang yang tahu hampir segalanya tentang aku. Setahun, dengan mereka di sebelah aku.
Macam mana tak rindu.
T______________T
Ipa
Yang selalu menggila dengan aku di dalam kelas. Ya, kitorang partner yang paling poyo, tak tahu malu, kuat makan, kuat bercakap, kuat tido, kuat main, kuat gaduh dan kuat study. Haha. Ye sangat la tu kuat study. =P
Waktu orang lain senyap dalam kelas, kitorang tak boleh berhenti pot pet pot pet.
Waktu orang lain jadi budak baik dalam kelas, kitorang masih boleh gaduh-gaduh gaya manja.
Kalau aku tersengguk dalam kelas, haaa, jagalah... mesti Ipa smackdown aku. Sekali kena, perghhh! terbaik. ~
Ipa suka buat tangan dia jadi mikrofon aku. Haha, aku kan suka menyanyi. Jadi kebiasaan kot, mulut tak boleh duduk diam. Kalau tengah buat kerja sendiri, atau kerja sekolah.. kalau aku ternyanyi, haruslah Ipa hulurkan tangan dia gaya ala-ala mikrofon sekolah. Yang aku pulak, bila Ipa dah buat macam itu, bukannya hendak berhenti nyanyi... malah, semakin nyanyi adalah. Haha. =.='
Banyak kerja gila yang aku buat dengan Ipa. Haha. Siapa yang sekelas dengan kitorang, tahu la macam mana.
Pernah, waktu tengah bangun nak baca doa, Ipa letak tali rafia yang panjang belit-belit pada diri aku. Huishh, aku letak kat dia balik. Main gaduh-gaduh macam budak kecik. Cikgu kat depan dah buat muka hairan dah. Kawan-kawan pun aku dengar diorang gelak je. Lalalala.
Kitorang suka main tarik-tarik tudung. Yes, the typical one bila girls gaduh. Haha.
Kitorang suka gosip.
Kitorang suka kacau orang. Terutama sesiapa yang senyap dan jarang bercakap dalam kelas. Haha. Memang akan selalu 'kena' la dengan kitorang. Alah, gurau-gurau manja je. Haha. Gangster kan. ~ Pupuk kasih sayang dalam family 5R 2012 je. Hihi.
Kitorang suka debat. terutama pasal politik. Aku tahu Ipa 'kuat' parti mana, jadi, aku saja je lah cari salah parti dia kan.. mak aii, memang semangat laa Ipa balas. Haha. Pokoknya, kalau berdebat dengan dia memang tak akan habis.
Kitorang suka makan. Ye, mengunyah memang tak berhenti dalam kelas. Kadang keropok, snek, cokelat dan aiskrim. Haha. Serius, group kitorang memang sangat kuat makan
Yang paling seronok, kitorang suka gelak.
Kenangan itu, kalau nak diceritakan.. memang tak tercerita. Semuanya dah lekat kat hati. :)
Indah. Manis.
Cena
Dari tingkatan 3 lagi dah mula rapat dengan dia. Dan, di menengah atas.. memang duduk sebelah menyebelah. :)
Banyak jugak buat kerja gila dengan Cena haha tapi lebih sopan sikit la berbanding dengan Ipa. :P Ipa brutal habisss. Cena pun sama, tapi Cena ayu sikit. Lalalala ~
Dan, aku suka bermanja dengan Cena.
Waktu aku tertidur dalam kelas, cikgu dah masuk. Dia kejutkan aku. Aku bangun dengan tudung serabainya haha lepas itu selamba-yayaya je 'hulur' muka kat Cena, suruh dia 'cantikkan' tudung aku. Haa, dia pun lipatlah itu ini tup tup, dah cantik daaah. Haha. =D
Pernah, aku masuk kelas dengan emonya (biasalah hehe) lepas itu terus 'campak' muka atas meja. Nangis kot. Haha, Cena dengan suara bosannya tapi manis (?) tanya, "bakpo pulok ni?" Sambil gosok-gosok belakang aku.
Ada satu kali, cikgu tak masuk dalam kelas. Pergi surau, sekali untuk dhuha rasanya. Lepas tu, terus tido dengan lena kat surau.. Tup tup, terdengar suara Cikgu Man (rasanya) mengamuk kat budak-budak lelaki yang tido kat bahagian lelaki. Haha, gila punyalah cepat kitorang bangun dan pakai itu ini dengan lekasnya sebelum lari ke kelas. Haihhh. ~
Dan, pernah suruh dia hantar aku balik ke rumah. Dia bawak motor kan. Kelas tambahan masa tu. Dengan lajunya, dengan gelaknya, dengan tak ada lesennya, dengan tak pakai topi keledarnya, dengan jauhnya. Haha, jauh la jugak rumah aku dengan sekolah. Perghh. Memang selamba je.
Kalau ada masalah tentang hati dan perasaan, suka cerita kat Cena. Ada masalah apa-apa, cerita kat dia. Dia seorang pendengar dan penasihat yang sangat baik. Terlalu.
Cena ini orangnya nostalgia. Dia tahu dan suka nyanyi lagu jenis lama. Haha, sentimental. :P
Kitorang bukannya budak yang ikut peraturan sangat. Kitorang bukan jenis the typical budak baik huhuhu yang tak buat perkara-perkara pelik walaupun kitorang sarung baju 'berwarna'. *geleng-geleng kepala* Kitorang budak yang huhahuha. Walaupun kitorang rapat dengan cikgu-cikgu, tapi kitorang selalu je buat perkara-perkara yang tidak mematuhi peraturan. Haha, tapi make sure cikgu tak tahu lah. =P
Tapi, itulah kenangan.
Kenangan zaman sekolah, yang gila-gila.
Itulah yang menjadi kerinduan.
Nor Nazifa, Husna Munirah (dan kanak-kanak 5Rocks) ~ ..
Terima kasih untuk kasih sayang dan ke-selamba-an korang yang sentiasa menjadi 'warna' dalam hidup aku sehari-hari.
Sungguh, warna yang sehingga kini aku simpan dalam hati.
Warna hidup.
:)
No comments:
Post a Comment