Sunday, May 12, 2013

09052013; K.A.M.I.


Assalamualaikum, selamat pagi!


A friend is one that knows you as you are, understands where you have been, accepts what you have become, and still, gently allows you to grow (:


Khamis lepas, kitorang, Rushdians' Fiver 2012, buat jamuan terakhir sebelum masing-masing terbang melata ke seluruh pelusuk dunia mencari ilmu. Yeah, kita akan berpisah. Sebab, masa itu akan terus bergerak ke hadapan. Yang tinggal, cuma sedikit kenangan manis dan pahit yang akan dibawa hingga ke hujung usia. Hehe. Betul lah kan.

Mula-mula, kitorang rancang nak buat kat pantai je. Bajet main-main air segala bagai, untuk have fun laa kan, tapi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, kitorang kembali lagi ke sekolah. Yeah, buat kat sekolah je. Tapi, menu tetap simple. Simple je. Ayam ikan BBQ bersama mihun. Kek, macaroni dan koktail. Oh, dan minuman sunquick. Hehe. Kan, sangat laa simple tapi, alhamdulillah majlis berjalan lancar.

Nak dijadikan cerita, ada la beberapa kali kitorang berkumpul kat Pustaka Kg Raja untuk bincang usul kami ini. Hoyeahh. Tapi, biasalah, banyak kali tak fokus kalau berbincang dengan diorang. Haha, bebudak itu semua otak macam masuk air je. Asyik gelak je. Hahaha. Teringat zaman sekolah dulu. Korang tak berubah ek. Lagi tak boleh dikawal pula. Haha. Okay, bukan korang. Tapi, kita. Kami.

Aku dan Khaleeda yang kena beli ayam dan ikan. Sepatutnya laa kan. Tapi, tengah hari sebelumnya, Eeda tak dapat join. Ohoi, takkanlah aku nak beli sorang-sorang. Urghh, memang tak laa. Baiklah, call Che Aziz. Bos besar program. Haha. penat jugak la aku bertekak dengan dia suruh dia je yang pergi beli ayam dan ikan. Fuh. Nasib baik tak sia-sia. Aziz kan bapak aku, mesti la tolong anak dia. Hahahaha.

Petang itu, Ba dan Aina datang rumah aku. Bawa ayam yang dibeli oleh Aziz. Bla bla bla. Aziz dan Ijo pulak datang rumah aku minutes after that. Ayah aku ada kat halaman masa itu. Aku keluar je, nampak Aziz tengah cakap-cakap dengan ayah aku. Musykil di situ. Haha, rupa-rupanya Aziz itu anak murid ayah aku masa sekolah rendah dulu. Haha, it has been years. Tapi ayah aku, anak murid dia yang dah umur 2o++ pun dia masih kenal. Kuikuikui.

Diorang datang sambil-sambil hantar keropok ke Ba. Kitorang bincang sekejap, tentang ikan. Bertekak punya bertekak, akhirnya Aziz cakap lepas Subuh esok dia pergi cari ikan. What the fish. Haha. Senang cerita, aku suruh dia hantar rumah Aina je. Samai ke malam aku dera Ena dan Ba basuh ayam kat rumah aku. Warghh, diorang memang boleh jadi menantu! Hehe. Lepas Ena balik, Eeda pulak datang. Yeayyy~

Jadi, keesokkannya pukul 7 pagi, aku dah blah pergi rumah Aina. Haha. Jiran belakang rumah kan. Pergi siang ikan. Uhukss, ada laa sebesen jugak ikan Lolong dan Selayang tu.

Habis tangan kena cucuk dengan tulang. =(

Hahaha, okay tak payah nak menggedik. Siang ikan je kott. Bertungkus lumus aku dan Mekna bekerja di dapur sambil menggila. Haha, gila tak gila, mulut tak berhenti berbunyi, sampai kitorang kena sound dengan mak Aina. "Siang ikan ke buat ikan oii.." Lebih kurang laa. Hehe. Telefon pulak asyik berbunyi. Aziz lah, Nazifa lah, Maisarah lah, Bilah lah. Haha. Macam-macam hal. =D

Balik rumah, tukar baju kelas *wajib dan angkut ayam yang dah diperam segala bagi. Tadaaaa. penuh bonet Citra. Sebijik macam nak buat kenduri. Dengan ayamnya, ikannya, keropoknya, besennya, tupperwarenye.. alahai. Dalam perjalanan, macam biasa, Maher Zain. Boleh pulak budak dua orang itu jadi backup singer untuk lagu Alhamdulillah. Serius, kawan-kawan aku memang gila-gila tahap tak ingat. Huh. Sampai aku terpaksa bagi amaran kat diorang, "Woi aku nak bawak kereta nih!" Haha.

Bila dah sampai, macam biasa... the party was on! Hoyeahhh.

Sang jejaka idaman, bersiap-siaga di tempat nak BBQ ayam ikan.
Sang gadis ayu, bersiap-sedia di meja hidangan.

Maka, begitulah farewall party kami bermula.

Dengan penuh keringat dan lelah,
gelak dan tawa,
suka dan duka,
tangis dan sendu,
bahagia dan senyum.

Sungguh lah, apa yang terlihat, hanyalah senyuman yang pernah ditatap selama setahun, yang lalu. Ya, senyuman yang tidak pernah berubah. Mekarnya tetap sama, menghadirkan damai.

Kitorang memang enjoy, gelak tahap tak ingat, bergambar macam lupa dunia, bergurau dengan cikgu macam entah hape hape tapi sungguh, jauh di sudut hati yang paling dalam, kerinduan sudah mula bercambah. Ya, kenangan bersama itu, tidak mudah untuk dilupakan.

Kegilaan bersama--
lepak dalam kelas sama-sama,
bertekak dalam kelas sama-sama,
tido ramai-ramai dalam kelas sama-sama waktu cikgu tak ada,
buat a.k.a tiru kerja sekolah sama-sama,
kena denda sama-sama,
kena marah sama-sama,
kena puji sama-sama,
kena dera dengan kertas-kertas soalan sewaktu SPM menghampiri sama-sama,

Alahai, semua sama-sama kan?

Main tak puas hati, main cemberut muka, main nangis-nangis, main menyampah, main sound orang, itu semua kerja kita jugak kan Haha. Nakal sungguh. Biasalah, kalau tiada hujan, masakan pelangi muncul. Kalau tiada pahit, masakan manis mampu dirasa.

Jadi, budak-budak kesayangan yang sentiasa punya tempat dalam hati kecil aku-
TERIMA KASIH. =D





Setahun itu berlalu dengan tidak mudah,
namun terima kasih Tuhan, kerana segalanya memang cukup indah.


2 comments:

Anis Nabilah said...

meriah nyo sep mu haahha

Sya Izz said...

sep 5R kea. R=Rock :P