Saturday, May 11, 2013

Kalau sayang, lepaskanlah...



Selama ini selalu baca, kalau kita sayang seseorang itu, kadang-kadang kita kena lepaskan dia supaya dia boleh dapat orang yang lebih baik daripada kita.

Orang yang lebih baik, umpama pelangi.
Bukan macam kita, yang hanya mampu jadi hujan.

Dan, sekarang, aku baru faham, sebab aku dah rasa situasi itu. Ya, rasa macam aku ini sangat useless, sampai rasa macam aku perlu pergi untuk kebaikan dia. Bilamana aku tiada, dia pasti akan jumpa orang yang lebih baik.

Sedangkan aku, doa-- adalah perkara terindah yang boleh aku kirimkan.
Moganya Tuhan menjaga orang-orang yang aku sayang dalam sebaik-baik penjagaan.

.

.

.

.

.

Tapi, ada orang cakap kat aku, "Kalau awak rasa awak mampu jadi yang terbaik untuk orang itu, just fight for it."


*geleng-geleng kepala


Sayang memang sayang, tapi kadang-kadang orang yang aku sayang itu, lebih pantas mendapatkan orang yang jauh lebih baik untuk menjadi pelangi dalam hidup dia.

Sebab, sungguh, aku tak mampu bagi apa-apa.




PS. Kepada sesiapa yang rasa kamu boleh jadi yang terbaik untuk orang yang kamu sayang sepenuh hati, just fight for it. Ada orang, sayangnya boleh membantu dengan kehadiran di sisi. Ada orang, sayangnya boleh membantu cukup daripada jauh, dengan doa.

Percayalah, seperit apa pun perasaan bila tidak mampu berada di sisi insan yang dikasihi, perit lagi rasa hati apabila tidak mampu mengukir senyum dia dengan kehadiran kita.

Pergi, bukan bermakna sayang itu turut pergi. Sebaliknya sayang itu ada, jauh di sudut hati yang paling dalam.

Ikhlaskanlah, Iqa...




4 comments:

Mutahirah said...
This comment has been removed by the author.
Mutahirah said...

Chayokk Sya-Izz! May Allah bless you :)
Sungguh,kata2 kamu selalu hadir tepat pd waktu ia diperlukan.ut sy,mungkin? :')
PS ; Me too,want to fight for it! Huhu.
Jgn sedih2! Allah ade.
psstt. hmm beberape kali bace jugak baru boleh faham ayat awak.sastera sungguh (",) hehe

Sya Izz said...

awak, terima kasih :)

hehe. awak juga, sama2 lah kita fight untuk jd pelangi dlm idup org yang kita sayang. :)

erk, sastera ke? -_- hahaha.

ps. gambr GIF tu sy amik dlm blog awk. hehe

Alien (: said...

Awak, jangan sedih, for the best is yet to come :)