Thursday, May 2, 2013

KMPh


Kolej Matrikulasi Pahang.

Yeah, dapat matriks sana. Ohoi, berduyun-duyun kot budak sekolah aku yang dapat sama dengan aku. Tak terkira ramainya. Budak kelas aku pun ramai giler yang dapat KMPh. Yang lain, kebanyakannya dapat Perak, Kedah, Melaka dan Selangor.

Hoyeahh.

Aku ni bajet la dapat jauh-jauh. Haha. Bajet mintak Johor segala bagai dulu. Tengok-tengok dapat Pahang. Hehehe. Dekat kott. Ya, semua orang suruh aku bersyukur sebab dapat dekat. Ye la, kalau drive, 4 jam je Besut dengan Kuantan tu haa. Tapi kalau naik bas, perghhhh, lama giler. -_-




Aku sebenarnya selalu doa Tuhan campak aku jauh-jauh, kat tempat yang boleh jadikan aku orang yang baru. A new me. Orang yang biarpun berdiri sendiri, tapi masih mampu untuk bertahan, selagi ada Tuhan.

Aku selalu juga doa, biar dilontar jauh-jauh, hatta ke hujung dunia manapun, supaya hati aku dapat rasa erti rindu, erti sayang dan erti kasih yang sangat kuat terhadap keluarga atau orang-orang yang disayangi.

Haha. Sebab aku tak tahu sejak bila aku dah jadi heartless.

Sebab tu aku macam terkilan dapat dekat. Hahaha, tak boleh blah ye kau ni SyafiqaIzzati! Orang lain nak duduk dekat dengan rumah, kau nak duduk jauh pulak. *geleng-geleng kepala

Tapi, ye la, ye la, kena bersyukur Tuhan campak ke mana-mana pun. :)
Sebab Dia lebih tahu tentang masa depan, dan tentang apa yang terbaik untuk setiap orang.

.
.
.
.

.
.
.


Percuma je kena ceramah. Haha. Sentap tak sentap. -_- Ye la, ye la Awak. Tuhan yang atur. Manusia cuma jadi pengantara je. Okay! =D

Jadi, kalau ada jodoh, sampai bertemu ya KMPh! :)



matah-ary:

kita makin banyak buat silap,
bila makin jauh dari Tuhan.
;’)



PS.  Lambatnya result UPU.

       Apa pun yang bakal terjadi nanti, redhakan sahaja.
       Kerana Tuhan sudah aturkan segala.




2 comments:

amansya said...

untunglaa ada awak.. ke canne? :3

Sya Izz said...

ini kalilah.. haha