Tuesday, May 14, 2013

of Interview [IPG Sultan Mizan] 2O13


Selamat pagi, :)


lindanotshealthylife:

Always try even when you feel hopeless!


Kelmarin, 13 Mei, ada temuduga maktab. Hari itu apply saja-saja je, haha, tengok-tengok dapat. Jadi, aku dapat kos Bahasa Inggeris. Hehe. Tempat temuduga, di IPG Sultan Mizan. Haha, 2 minit je kot dari rumah aku. Mama suruh drive sendiri, alone okay alone. Aku protes, cakap, "Atin dulu tak pergi sendiri pun? Papa hantar."

Mama cakap, "Iqa takpe, Iqa kan orangnya berdikari."

-______________-"

Honestly, aku memang tak ada rasa nak pergi pun temuduga tu. Hahaha, tapi semua orang suruh pergi. Okey, jadi malam sebelumnya, memang aku tak buat apa-apa persediaan pun, kebetulan elektrik tak ada, haaa, tidurlah memanjang. Serius, langsung tak buat apa-apa untuk maktab nanti.

Pagi esoknya, nak nangis. T_______T Taknak pergi, hahaha. Malas. Malas. Malas. Pukul 8 tu, dengan IC tak fotostat lagi itu ini, perghhhhh. Kacau. 8.30 dah kena ada kat sana, ujian INSAK. Lepas tu kena laa brainwash itu ini suruh pergi jugak. "Gi je laa, dekat je kan. Dea lagi nih. Bla bla bla." ~

Okey, gerak. Kejap kejap. Dah laa lapar. =(

On the way, pasang lagu Brave- Sara Bareillis. Haha, apa kejadahnya. Show me how BIG your BRAVE is!

Buat muka biasa je, masuk, parking, haha, parking kat parking pelajar pulak tu. Haha, suka hati laaa. ~ Jadi, jalan-jalan, Pak Guard suruh pergi bangunan Pusat Sumber. Dengan muka cemberutnya, jalan je la. Muka kena paksa, hahahaha. Pergi bangunan sana, tak ada orang pun? Apakah? Nak tanya pakcik kat luar, malas. Tak lama tu, ada budak sebaya aku, tengok gaya macam budak yang nak ditemuduga jugak laa, tanya pakcik tu kat mana nak buat INSAK. Hahaha, kat dewan hujung sana rupanya. Cis, membazir masa aku je. Makanya, malu bertanya sesat jalan. Aku bukan malu, tapi malas mahu buka mulut. Haa, kan dah kena... ~

Jalan la pulak ke hujung dunia cari dewan ujian INSAK. Tepat-tepat 8.3o pagi, orang lain dah start jawab dah. Aku masuk je la, duduk, jawab. 135 soalan dalam masa 3o minit. Jawab je semua, jangan tinggal dan tak perlu kot nak fikir banyak-banyak kali. Sebab memang tak sempat punya. Aku siap, seminit sebelum pukul 9. Haha, lantaklah. Soalan senang je, jangan risau. Macam jawab soalan sivik je. Tapi, dia ada dua pilihan jawapan je la. Lagi senang.

Lepas kertas kena kutip... Ipa!

Hehe. Jumpa Ipa dan Qidah. Tak sangka, atau, aku tak teringat pulak Ipa kena sekali dengan aku. Ekeke, dah hilang dah muka cemberut, terus tukar dengan muka senyum. -_- Pergi kedai runcit dengan Ipa, fotostat itu ini. Pergi breakfast kat Kg Raja lagi. Amboiiii. Letih aku nak gelak bila duduk dengan budak itu. Setahun aku duduk di tepi dia dulu, haaa, sama je la, tak habis habis nak gelak. Poyo betul. =P

Temuduga aku, pukul 10.45 pagi, Bilik D.

Aku sampai kat bangunan Pusat Sumber itu dalam pukul 10.30 pagi, sempat jugak laa kena bebel dengan petugas yang bawa aku ke tempat menunggu di depan Bilik D. Dah aku dengar 15 minit sebelum, pakcik itu asyik cakap jugak dengan aku, "Kan saya kata dah, setengah jam sebelum."

Aku bertekak jugak dengan dia, "15 minit la."

Setengah jam.

Lima belas minit.


Huh, okay fine. Malas aku nak bertekak, aku diam je laa. Warghhhhhh.

Lama jugak aku tunggu kat kerusi menunggu. Pukul 11baru masuk kot. Hmmm. Masa tengah menunggu, terngiang-ngiang lagu Brave dalam kepala.


these-times-will-pass:

Love quotes? you will love this blog!


Show me how BiG your BRAVE is!

Say, what you wanna say, and let the words fall out.

Dont run. Stop holding your tongue.

*senyum*

Kumpulan aku ada 7 orang. Semuanya perempuan. 2 orang penemuduga. Diorang bagi kitorang tengok video. Kumpulan aku dapat video pasal budak-budak di pedalaman. Perghhhh. Mantap.

Mula-mula, dia suruh kita perkenalkan diri. Sorang-sorang. Lepas itu, baru dia suruh kita sama-sama bincang dengan ahli kumpulan tentang video yang kita tengok tadi. Hehe. Diorang perhatikan je la. Sebab kitorang budak English, mesti laa kena 1oo% speaking. Rileks je, cakap je, merapu meraban. Macam dalam kelas.

Interviewers cakap, dia nak tengok kefasihan kita, tahap keyakinan kita, suara kita, perangai kita-- sama ada kita dominate kumpulan atau tak. Haa, please la jangan selfish. Jangan tamak nak cakap sorang-sorang. Kena tolerate dengan kawan- kawan. You know, discussion kan. Hehe. Yang penting, bila kita cakap tu, kena konfiden. Tak kisah laa lari grammars ke apa. Wajib yakin. Kalau tergagap ke apa, just teruskan. Tunjuk pada mereka kebolehan kita untuk jadi seorang cikgu. ^_^

Ada sorang budak ini, aku tabik gila kat dia. Perghh, nampak gaya macam budak debate. Selalu budak debate yang cakap cenggitu. Confident gila arh. Cenggini haa.. *tanda bagus

Tapi, aku tak kisah lah. Masing-masing bagus. Kitorang cakap, cakap dan cakap. Aku pulak, cakap je apa yang keluar ikut mulut. Kadang-kadang kita kena buat jugak statement pada apa yang kawan kita cakap. "Oh, yes. I agree with her. Bla bla bla."

Kalau kawan ada tersekat tak boleh nak sambung ayat, kita boleh je tolong sambung.

"To.. to... err.."

"To motivate them?"

"Oh yes, to motivate them bla bla bla."


Nampak la di situ kita bekerjasama. ^^

Trust me, bila kita dah berada dalam situasi itu, automatik words akan keluar daripada mulut kita. Tak payah risau-risau. Sungguh.

Bila dah lama, interviewers suruh sorang sorang bagi final words. Hmmm, kitorang pun bla bla bla je la. Hahaha. Tahun ini tak ada interview individu. Lepas habis yang kumpulan, dah boleh balik. Dalam pukul 12 tengah hari jugak laa aku pulang, dengan senyuman.

Sebab, temuduga kat maktab sangat seronok!
Betul laa, sangat-sangat seronok. Tak pressure pun. Sikit itu adalah. Tapi, kalau nak dibandingkan masa aku pergi interview TESL UiTM hari itu, memang jauh la perbezaannnya. Haha, atau aku yang terlebih nervous kot di UiTM dulu. ^^

Sungguh, tak rugi pun kalau pergi interview maktab ini.
At least, kita akan have fun! =D

PLEASE, TRUST ME.
=D





Oh, itu pelekat nama yang aku guna sewaktu temuduga. Semua orang wajib pakai. Dia bagi kertas pelekat dan kita tulis nama. Senang dia nak cam.

Aku, sekarang, suka guna Izzati.
UiTM hari itu pun aku prefer interviewers panggil aku Izzati.

Sebab?
It means, my strength.
Kekuatanku

Izz = Kuat.

=D



PS. I managed to get rid of my fear factor. Haha. Driving alone to that IPG, and being a normal stranger was a great success for myself. =D Hoyeahhh, alhamdulillah. 





4 comments:

Mutahirah said...

Fuhh. Serious,berani sungguh tu. Dah la takde preparation.grrr. THUMBS UP Izz!! :D

Sya Izz said...

hahaha. ambil syarat je awak =D

Nazifa Sakinun said...

ambik syarat..nga bju x gosok,tudung hitam :3
hahaha..protes~~

Sya Izz said...

haha. bju x gosok x pe, sbb x nmpk kedut =P

jibab itam - black out!

hahhahaha