Saturday, May 4, 2013

Kunyah & Kimia


Lapar. Haha. Lapaaaarnya. --'

Teringat pulak waktu sekolah dulu, group aku yang sebaris 4-5 orang tu memang kuat makan (termasuk aku). Hahaha. pantang ada makanan, mesti mengunyah. Tak nak bagi tidur kononnya. Konon laa kan. Samgoda lah, keropok la, cokelat la, kerepek la, haih, macam-macam.

Selalunya lepas rehat laa aktiviti mengunyah dijalankan. Hehe. Sebab itu, nak tunggu waktu rehat, mesti kadang-kadang sampai kena letak kepala atas meja. Lapar oii! Hahaha. Kuat gila makan. Entah apa-apa. Kalau lapar, tak payah cakap laa, matematik pun tak terbuat. Lastnya mata asyik tengok jam. Pantang kalau cikgu lambat kasi rehat. Hahaha.

Kan Ipa, Pqoh, Cena dan Faeza? :)

Kedudukan meja kami bentuk L. 9/10 orang la. L untuk perempuan, di kiri dan kanan. Laki yang kat tengah-tengah, buat meja 3 baris je.

Kadang-kadang tu sampai laung kat orang ke-9 atau ke-10, kalau nampak dia pegang makanan. Hahaha. Agaknya budak kelas aku memang kuat makan. Nasib baik masing-masing pemurah dan jenis tak berkira, jadinya macam perkara biasa laa tu laung-laung mintak makanan segala bagai. Hahaha.

Kitorang memang bising. Kalau nak mintak atau tanya apa-apa, main laung je. Haihh. Nak cakapnya betapa malas nak berjalan. Sebab itu, awkward sangat rasa kalau bebudak ini diam. Buat gaya duduk dalam rumah berhantu. Haha. Biasanya, waktu cikgu tak ada, dan kerja sekolah tak siap lagi. Konfem tak berbunyi suara budak-budak dalam kelas. Terutama kalau kerja sekolah Kimia yang kitorang tak siap dan lepas itu, masa untuk mata pelajaran Kimia.

Hahaha.

Kalau nak tengok bebudak kelas aku jadi bisu, tunggulah waktu Kimia. Haha. Ipa dan Eeda dan mungkin Sapik je kot yang tak terlalu jadi bisu. Tabik ah! =D Haih, rindu pulak kat Teacher.. :)






Korang...
Aku rindu korang lah. T_T

Dan

.

.

.

.

.


Serius, aku memang lapar!




2 comments:

Rossarina™ said...

lol. this is funny. :D

Izz said...

kak ina! long time no c :D