Friday, February 28, 2014

nasi lemak HPV


pagi.

hari ini ada suntikan hpv free untuk bebudak uitm. siswi je la. aku tak pergi. lepas kelas psikologi, bebudak ni pakat pergi. dapat nasi lemak kuih bagai uollss. tapi aku anis iekyn zee najue tak pergi. lepak dengan boys dalam makmal komputer sambil tunggu miss anne untuk kelas ekonomi.

anis iekyn zee memang berbelah bahagi la nak pergi ke tak. sebab diorang pun dah buat research. cuma aku dan najue memang tak ambil pusing la sebab dah tetapkan jiwa memang tak nak pergi. aku sebenarnya takut jarum hahahaha tapi aku research dulu, patut ke tak ambil vaksin ni. research k research dan aku ada hak pada diri aku samaada aku nak ambil atau tak.

aku nak cari jugak alasan untuk tak buat suntikan tu dan berdasarkan research aku, aku tak nak.

yang zam pulak dah risau sebab kitorang tak nak pergi cucuk hahaha. beria-ia apasal la dia pulak yang risau. yang ada dalam kelas tu gelak kat zam sebab risau melebihi kitorang the girls ni.

yang boys pun tahu aku tak nak pergi sebab takut jarum sebenarnya.
tapi diorang pujuk-pujuk jugak aku pergi sebab nak nasi lemak. lol.
kebulur.

yang diorang, tiap kali gegirls habis cucuk masuk kelas bawa makanan-
riuh mintak.

kuih.
nasi lemak.

padahal kitorang yang cucuk.
tak guna.
hahahahaha.

hailaaa.
hari yang manis.
macam-macam.

iluvyugais gorgeous g.
:)

* * * * * *

rasanya perlu kemaskan katil dan meja belajar yang tak terurus-
dah macam apaaaaaaaa.
final dah berapa minggu lagi dah.
gila gila gila.

study laaa hoiiiiiiiiiiii.

duit dah takde kat tangan.
malasnya pergi ecm ambil duit huwaaaa kenapa uitm takde mesin atm.
ni pun lunch ni,
cakap kat fiza takde duit.

tetiba fiza tolakkan kerusi dia bawapergi kat acap,
then bawak balik rm 5.

hahahahaha.
kan. tak pasal-pasal dah pinjam duit acap.
tapi atas nama fiza la.

* * * * * *

aku tak pasti samaada degree law adalah untuk aku atau tak.

yang aku tahu,
aku buat sehabis molek untuk final dan muet nanti.

masa depan-
biar tuhan tentukan jalan.

sebab memang aku tak tahu-
samaada apa yang aku hendak itu baik untuk aku atau tak.
samaada apa yang aku tak hendak itu sebenarnya lagi baik.

sebab aku tak tahu masa depan aku bagaimana.
mungkin rezeki aku,
pada jalan yang aku masih belum nampak.

yang aku kena-
yakin pada tuhan.

yakin.
seyakin-yakinnya.


* * * * * *


Thursday, February 27, 2014

Escape

I can't escape this now.
Unless you show me how.

Maybe because I miss too hard .
Lol izz. Lol.
Don't be stupid.

Haih.
I want to go back home.
Right now.
Now.

*cry*

Tuesday, February 25, 2014

cerita


aku tak suka bercerita tentang apa-apa yang aku malas nak cerita-
sebab aku tahu orang takkan faham.

they will act like they know about the matter better.

dan di akhirnya,
aku cuma akan diam.

sebab malas.
kalau dah rasa lebih tahu,
biarlah. suka hatilah.

walaupun yang hidup dalam keadaan itu-
adalah aku.

aku tak emo bila menulis-
yang aku luah cuma rasa
yang aku simpan
bila aku tak mahu cari manusia.

i dont even mind-
tak kisah.

sumpah.

kalau aku rasa orang itu anggap dia lebih baik daripada aku-
then aku pun sama bila aku rasa tak puas hati.
aku rasa aku lebih baik sebab aku tak tunjuk yang aku rasa aku lebih baik.
jadi, akhirnya sama kan?

sama-sama rasa lagi baik.

demmit it. takde yang lebih baik daripada siapa-siapa.
semua sama izz semua sama.

kalau kau judge orang,
then kau pun sama dengan orang lain.

faham?
jangan judge.
biar je. biar je.
tak rugi hidup kau pun.

kan.



Monday, February 24, 2014

Beach Day Out #BeDO


Beach Day Out. 22022014. Teluk Cempedak, Kuantan.

jadi, hari minggu hari sabtu, ada program #BeDO. main ikut team. dari pagi sampai ke petang haha amik sorang-sorang kena sunburn.

team kami team 11. khai, fiq, acap, aiqal, ramzul, acube, nisa, ecah, fatin dan aku. banyak la games and you know what, team kami johan! hahahaha. sumpah. walaupun johan ada tiga group sebab kongsi mata yang sama haha tapi tak kisah lah yang penting nombor satu okay nombor satu di antara lebih kurang 20 team kot. tapi ramai la jugak. asasi aku ini ada 304 orang, jadi boleh bayang tak betapa penuhnya pantai tu dengan kitorang? haha tapi ada je yang tak pergi sebab balik kampung.

by the way, pagi tu biasalah senam aerobik poco-poco bagai huuuu. lepas tu start game.

game first, sumpah seronok!
lari atas kotak berganti-ganti hahaha.

dengan acap yang hampar kotak macam sejadah, aiqal yang hampar tetapi asyik berlipat, fiq yang piggy ride ramzul, aku dengan acube yang diikatkan kaki kat tengah-tengah. memang sumpah riuh rendah nak tamatkan perlumbaan tu haha. lepas tu baling selipar. susah tapi dapat nombor tiga hihihi mostly sebab khai. walaupun asyik tersasar ke kiri je pada mula-mula. bayangkan baling selipar guna kaki. dah la jauh gila.

lepas tu, main tutup mata. haaa, nombor satu. sebab khai perghh hebat. lepastu main baling selipar berperingkat dengan kangkang paling panjang la macam-macam. lepas tu tanam aiqal dalam pasir. masyaallah terbakar kot aku rasa aiqal tapi dia rela je kami men-duyung-kan dia. hahaha comel gila. lepas tu main cari-cari kad. bayangkan dapat kad ular. kena suruh ramzul yang ditutup mata cari suara ular kitorang. lol. lepas tu cari kad dalam pasir lagi. memang patut la dapat nombor lima.

jadinya, overall-
johan! yeayyyyy.

hari yang indah. hari yang manis.
kenangan kita- team 11.

lalala. lululu. menyenangkan! *cheers kami hahaha!*










khairi. fiqri. asyraf. aiqal. ramzul. aliah. khairunnisa. aisyah. fatin.
lalala. lululu. menyenangkan! *buat bulatan lepas tu cheers*

TERIMA KASIH,
UNTUK SETIAPNYA. :)

Friday, February 21, 2014

Futsal Gorgeous G



jadi kisahnya semalam-
kalah.

:)

quarter final. seri. 1-1. bawak pergi masa tambahan. seri lagi. bawak penalti. 1-0. kalah. penalti first syak, tak masuk. aku second, melencong tepi tiang. ketiga fiza, pun tak masuk.

tuhan je la yang tahu betapa kecewa.

tambah-tambah, bila lepas sepak tu, pandang fiq yang jadi referree kat sebelah, muka dia- senyum. tapi jelas gila kecewa. bila dah habis, dah kalah, keluar daripada jaring padang tu, acube tunggu kat luar. tak boleh tahan air mata, menangis. hahahaha.

lepas tu, acah-acah nak pergi dari satu, classmates aku pergi kat aku. najue tarik aku, lepas tu peluk. dia cakap jangan nangis. jangan nangis. jangan nangis. dengan nada yang sumpah cool tough gila. lagi la aku menangis kat tengah-tengah alam tu. lepas tu zee, anis ikin aina sara qasha dan team aku yang lain semua mengerumuni cakap jangan nangis bla bla bla. auwww. lepas tu sara belanja air. sebab aku tak bawak duit pun haha. sweeeet semua.

dah kesat-kesat air mata, dah relaks semua, sambung tengok game orang lain. tapi ya lah, takde mood la kan. tapi okay lah. coaches pun okay je. acap lagi laa, dia cakap kalah menang adat main. takpe lah.

yang kitorang sedih sebab-
entah. banyak la faktor. yang paling sedih, sebab rasa bersalah tak dapat bawak harapan fiq zam acap.
dan sebab classmates aku beria-ia datang bagi sokongan. siap ada pom pom girl lagi hahaha.

bila dah sampai uitm, satu team pergi berkumpul kat belakang bangunan tempat selalu training. heart-to-heart conversation. cakap je apa-apa. sampai pukul 1230 pagi. itupun poban yang iring balik sebab dah lewat gila dah.

hari ini dah okay.
yang paling penting-
kenangan dengan diorang memang best.

team futsal gorgeous g.
acap fiq zam deena fiza syak ummi farah qasha.
yang paling terasa sayang, deena fiza syak ummi la sebab kitorang main players so bila setiap petang turun berlatih main dengan coaches alahai kenangan tu kenangan.

terima kasih,
kalian.

walaupun kalah.
maaf sebab menangis bila keluar padang. team lain pun tengok macam, alahai kenapa menangis.
takpe kitorang je paham.
sebab kitorang yang rasa.
sakit rabak kena bola bagai setiap petang. sampai maghrib.
masa yang the boys curahkan untuk kitorang.
ilmu semua.
jersey semua.

ya tuhan.
when you try your best but you dont succeed.

tapi takpe,
everything happens for reason.

i'm glad to have you guys at the moment.

dan,
kita memang tak ada selamanya.
selagi sempat-
biar tercurahkan semua air mata bahagia kecewa;
inilah hidup.

:)

Tuesday, February 18, 2014

brotherhood


kerja aku ni memang menangis kat zam acap fiq mimi ke apa?

hari itu-
petang itu masa orang lain dah keluar daripada BK 3 bila dah habis debat, aku zam dan acap stay lama kat situ. kena brainwash dengan diorang. nangis-nangis macam budak kecik. macam budak pompuan yang hilang lolipop lepas tu mengadu kat abang-abang haha.

tapi, brainwash diorang sentiasa menjadi.
alahai.

hari ini-
dengan muka ketatnya pergi palang. ada kelas kat sana. dah la naik bas 12.30. selalunya lepas zuhur baru naik bas. dah kena tegur dengan mimi fiq zam sebab muka cemberut. tak boleh nak senyum. bila dah sampai kat palang, fiq tanya okay tak? qasha ada kat sebelah.

elok-elok tika itu, kol fiza lepas tu lari daripada diorang sampai ke bangunan belakang menangis dekat dinding sebab tak bagi diorang tengok. qasha kejar lepas tu sambil cakap kat aku be strong, izz. cewah. aku ni memang drama bab-bab perasaan ni. mungkin patut makan kaki je. tapi benda tak boleh nak dikawal. macam manaaaaaa.

lepas dah nangis-nangis kol fiza suruh datang palang cepat-cepat, kesat-kesat air mata pergi kat depan. mimi dan acap teman aku dan qasha lunch. haha. escort la ni. escort. hahaha. siap mintak acap pura-pura payungkan sebab panas sangat hahaha lepas tu suruh mimi acah-acah kipas. kitorang bertekak je sepanjang jalan tu. oh mimi itu lelaki. tapi nama manja dia untuk gorgeous g, mimi. sebab dia cute kot. ahahahaha. padahal sebab bebudak laki lain yang bahan dia dulu. sampai sekarang lekat nama tu.

lepas dah makan-makan, dah okay. dah senyum gelak bagai. masuk dalam kelas fiq tanya okay ke tak. lepas tu zam pulak beria suruh aku cerita kenapa kenapa kenapa.

kitorang ni, satu kelas macam family. semua orang concern pada satu sama lain. mungkin sebab overall kitorang cuma 300 orang dan satu kelas tu sangat attach antara satu sama lain. so, we always have each other.

acap mimi fiq zam-
semua dah macam abang-abang aku dah. brotherhood. brotherhood abah kau. tapi itulah. memang brotherhood. hahahaha.

acap dengan zam-
cakap aku ni dah macam adik diorang je. paling adik dalam gorgeous g.
mungkin sebab aku ni yang paling kuat drama kot dalam kelas.
atau yang paling dimanjakan.
atau yang paling kuat merajuk.

mana taknya-
aku je yang dipujuk dengan aiskrim kalau merajuk ke apa ke.
haha. manja betul. tapi bal aie azeem tak pernah lah.
mungkin sebab tak berapa manja dengan diorang hahahaha.

kalau jadi pape, tak pernah tak kena pujuk.
tak pernah tak kena concerned.
aina bagi ferrero rocher la. syak bagi aiskrim la.

benda kecik, tapi manis.
sebab dimanjakan.

atau hakikatnya gorgeous g dah spoiled kan aku?
hmmmmm.
tapi yang paling rasa dimanjakan-
bila sedih-
peluk je siapa yang ada.
diorang peluk balik, sambil senyum.
macam family.

ah,
keluarga kecil aku-
gorgeous g.

pernah hinggakan housemate aku keluarkan statement-
"awak tak payah ada pakwe dah sebab ada classmates yang macam ni."

yep, betul.
tak payah pakwe tak payah nak ada relationship dengan siapa-siapa bagai.
sebab dah ada diorang.
nak siapa lagi?
berapa banyak abang yang aku ada dalam gorgeous g tu? hahaha.

god.
tuhan je la yang mampu balas jasa diorang.
dan semoga orang-orang yang dah jaga aku dengan baik di sini-
tuhan bagikan mereka jodoh rezeki yang sempurna sebaiknya untuk setiap mereka.

brotherhood. sisterhood. haha.
apa-apa je la.

tuhan je yang tahu.
:)






gambar lama. serabai selebet masa ni sakit tak pergi kelas tengok-tengok dapat belated birthday suprise diorang semua satu kelas macam rombongan meminang cik kiah nyanyi daripada bawah lagu happy birthday untuk aku yang berada di balkoni tingkat dua. lepas tu dipaksa turun makan kek. auwwwww.

baju hitam tu acap. baju biru tie hitam tu zam. baju biru tie biru tu mimi. baju putih tu fiq.
my heroes.





ps- nanti kalau nak cari laki, nak cari laki yang campuran perangai diorang. haha. siyes. kat shah alam nanti la hik hik hik XD gedik la gile. gedik choiiii haha tapi betul.



Monday, February 17, 2014

Fiza, Zam



Wuwa




Acap, Syak




Wuwa, Lin, Ayaa





Acube




Dayah




tak reti


 dari zaman sekolah rendah, sampai sekarang- bila tiba bab kawan.

aku tak reti pujuk kalau kawan terasa hati.
aku tak tahu nak cakap.
aku tak reti.

sebab tu-
aku suka elak.

kalau dengan yang aku rasa segan
atau aku tak tahu dia bagaimana
atau perkenalan masih belum lama-

aku tak berani.

tapi, entahlah.
susah.

kalau fikir bab terasa-terasa hati ni, kenapa nak dipanjangkan? aku, selagi boleh diam dan simpan- tak payah cakap apa-apa. kalau salah langkah, jauh. baik pura-pura tak ada apa dan masa yang akan sembuhkan.

tapi,
aku tak tahu macam mana nak handle orang yang kalau terasa hati- terus cakap.
aku diam.
kelu.
sebab aku jenis simpan sendiri.
dan bila orang cakap,
aku tak tahu nak bagi respons apa.

sebab ini bukan aku.
dan aku bukan jenis begitu.
aku tak reti.

god.
demmit.

Friday, February 14, 2014

Futsal Gorgeous G


hai.

malam tadi lawan futsal, yeayy alhamdulillah kitorang dapat ke quarter final minggu depan. fuh. semalam lawan dengan law E dan H. kami team b. alhamdulillah dua perlawanan tu dapat menang dan seri. rasa macam hilang nafas masa tengah main.

tapi, bebudak ni bersorak dari luar jaring, terutamanya aie haha memang power gila suara. acap zam fiq jadi coaches daripada luar. sebab aku main defence, memang menggelungsur habis la atas karpet padang tu. mak aiii tak terbilang berapa kali. rabak kulit. tapi demi gojes g.

acap pun cakap aku defence okay hahaha so macam semangat makin berkobar-kobar lah. lawan punya lawan, at the end zam acap cakap kitorang main bagus semalam. yeay tak sia-sia. masuk dalam gelanggang tu memang tawakkal habis lah. kalau menang, menang. kalau tak, takpe. asal main je.

kami main sungguh-sungguh pun sebab acap zam dan fiq. rasa terhutang budi sangat kat diorang. memang tak nak kecewakan diorang setelah apa yang diorang bagikan untuk kitorang. so, minggu depan ada lagi. memang hari selasa acap dah cakap petang-petang dah kena turun berlatih. haha, interclass je pun tapi tak tahu lah. semangat betul. semua sebab diorang. boosters.

kami nak gorgeous g menang. debat dapat runner up. debate dapat quarter final. futsal kena gorgeous jugak.

famier najue iffah datang sokong kami yeayy yang lain iring dengan doa sebab hari ni kitorang ada test ekonomi. haha. balik ke uitm pun dah pukul 12 pagi. dah solat mandi semua, haaaa, konon bukak buku. paksa lin buat asaimen dia sama-sama.

berkumpul lepak kat hall rumah. aku lin qasha ummi. hasilnya, nah, tertidur atas lantai dengan buku terbukak depan mata sampai ke subuh. ingat tak nak pergi dah kelas psikologi pagi tadi tapi macam hahaha kesian pulak maka pergi laa jugak walaupun lambat sikit. masa lecture, bebudak futsal ni atas meja bukak buku ekonomi depan mata pandang depan tengok slides psiko. alahai alahai alahai.

pukul 10 lebih tadi test eko. jawab je lah. aku memang surrender bab-bab mengira ni. muka terus takde senyum-senyum dah. emo. hahahaha. demmit. nasib baik ada ika dan fiza.

itulah.
dah jadi macam robot dah. sakit sungguh-sungguh badan sebab main sungguh-sungguh. acap pun macam haihh apasal korang mostly sakit pinggang ni? nak buat macam ni. robot. tapi at least, it worth it. demi gorgeous g. :)

oh, aku tak pergi jengka pun. tak larat. dengan badan macam ni memang cari nahas kalau pergi khemah kat uitm jengka tu. entah lah. biar lah. sumpah tak larat. haha. tak payah nak jadi perempuan sangat la izz. lembik. tapi itulah. lalalala.

maka baiklah duduk di rumah siapkan assignments melambak tahap tak terkira, get ready untuk forum, dan speaking muet minggu depan. sambil tengok movies di hujung minggu. itu je lah sumber hiburan. tengok movies. amie acube la ni yang ajar haih haihhhh.

okay lah.
selamat petang!






Thursday, February 13, 2014

Kalau nak cakap

Kalau nak cakap kecewa, ada.
Kalau nak kata sakit, perit.

Tapi nak buat macam mana lagi?
Hidup memang kisahnya untuk diangan-angankan tapi yang tulis jalan ceritanya; tuhan.

Samaada terima atau tak.
Kena terima.

Sakit manapun.
Perit manapun.

Sampai termimpi-mimpi.
Sampai kau bangun dengan rasa sedih.
Sampai kau buka mata dan mahu menangis.

Tapi, terima.
Ada hikmah tuhan hilangkan.
Ada baik tuhan jauhkan.

Wednesday, February 12, 2014

Sepetang; khai acap fiq zam syak deena fiza ummi qasha


lepas habis kelas pukul empat, stay dengan zirah kat kelas jumpa sir kamarul sampailah pukul 5 setengah. tanya pasal criminal law, apa yang nak kena jawab dalam test, macam mana itu ini. sambil-sambil, sir cerita pasal kehidupan degree law kat shah alam. memang sir bagi motivasi sungguh-sungguh lah.

masa tu, aku dengan zirah macam, terus berkobar-kobar semangat nak belajar. ya tuhan, memang rasa tolonglah tolonglah tolonglah bagi peluang nak sambung degree law. nak law jugak. kalau tak dapat? sir tanya. aku jawab, nak jugak. haha tapi kalau tak dapat jugak, besar kemungkinan ke akademi pengajian bahasa lah aku. halangan yang paling utama, muet. hailaaa.

permudahkanlah. permudahkan.

okay lepas habis jumpa sir, terus balik rumah siap-siap turun pulak untuk berlatih futsal. dengan deena, syak, fiza, qasha, ummi. malam esok nak lawan dah. yang zam, fiq, acap yang beria-ia jadi coach kami. diorang memang semangat gila nak ajar kitorang. acap cakap, at least tolong masuk semi-final. haha.

dah la diorang bertiga kongsi duit supportkan nombor dan nama yang kami printkan kat jersey. ya tuhan, itulah yang paling deep. diorang bayarkan baju kami double harga kot semata-mata diorang nak letak nama dan nombor emas kat baju kitorang. kitorang nak yang biasa je, yang hitam putih tu. bagi duit secukupnya lah. lepas tu diorang yang nak tolong hantarkan kat kedai bagai. tengok-tengok, diorang buatkan emas yang harganya berlipat kali ganda dengan alasan, "kitorang cuma nak yang terbaik untuk korang."

ya tuhan. manalah nak cari mates yang baik macam ni?
gorgeous g ni memang, suka tacing tau.

tapi itu baru baju aku sorang.
kami ada tujuh orang. bayangkan berapa banyak diorang keluarkan duit untuk belanja kitorang semata-mata nak baju kitorang cantik. *nangis laju-laju*

okay sambung cerita petang tadi hahah. berlatihlah kami dengan diorang. diorang ajarkan basic sepak bola. strategi. rules. macam-macam. bila dah macam boleh sikit, kitorang lawan diorang. oh khai pun ada tolong ajarkan. bapak ahh lawan diorang. diorang main dengan selipar je kot tapi gila lah cool main futsal. main gelecek je, tengok-tengok dah gol. lol. sakit hati. tapi itupun diorang main main-main je dengan kitorang. tak sampai hati agaknya nak main betul-betul hahaha mahunya menangis kami ekeke.

so kesimpulannya, team gorgeous g ini memang bersungguh-sungguh lah. aku rasa yang guys lagi bersungguh daripada kitorang sanggup petang-petang redah ke sekilau semata-mata nak ajar kitorang. sebab itulah, kami ini keluarga kecil. :)

dah habis lawan dengan diorang semua, maghrib. berhenti. lepas azan, bukak buku criminal kejap untuk terangkan kat diorang apa yang sir ajarkan untuk criminal test esok. haaa, bersilalah kami kat atas lantai di bawah cahaya lampu neon semata-mata untuk actus reus, mens rea, unsoundness of mind, standard of proof dan burden of proof. huhu.

nampak tak betapa punya terdesak sampai bawak buku criminal sebab ada test esok petang dan malam tu ada pertandingan futsal interclass. sob sob sob. pagi jumaat ada test ekonomi pulak haaa bila nak study lah alahaiiiii lepas tu petang tu nak kena berkejaran pergi kem kat uitm jengka. ahad baru balik. isnin dah kelas. final lagi 5 minggu. hmmm.

tuhan, permudahkanlah.
terima kasih untuk cerita hari ini.
khai zam fiq acap deena syak ummi qasha fiza.
kuantan, terima kasih!

:)



ps- penaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat.



*edited-

ini aku kena tipu. bukannya banyak pun diorang tambah duit. seringgit je kot. sioooootttt. free je acap kena pijak kaki dengan aku bila diorang berterus terang masa kitorang nak belanja makan kat johny's. siooooottt. diorang tipu sebab takut kitorang tak turun berlatih. bodoh hahahaha.

sakit hati aku.

nasib baik aku ni baik.
hahahahha.
kalau tak dah patah kaki acap. huh.

and kitorang belanja diorang makan sana bukan sebab baju pun.
tapi sebab apa yang diorang dah buat untuk kitorang.

thanks coaches.

tapi siooott korang sioooottt la giler.
bodoh haha.
kena tipu hidup-hidup.
berminggu pulak tu.
bodoh hahaha.

tapi bodoh siot pun,
aku tetap sayang korang. haha.

kelakar betul lahaiii.
haha



Monday, February 10, 2014

Jersey-TC


ada kelas kat palang. kami budak perempuan law paling tak suka kalau ada kelas kat palang lepas zuhur sebab kena makan cepat siap cepat bas solat cepat pepandai laa kalau tak nak kena tinggal dengan bas sebab bas gerak 1.30. fuh. kalut! nasib baik ada satu kelas sahaja di palang. yang lain semua di sekilau. alhamdulillah. sebab tu tabik gila dengan budak tesl yang kelas diorang hmm hari-hari dekat palang. bangun pagi-pagi kejar bas bagai. *kuat semangat* terbalik dengan kitorang, diorang ada kelas kat sekilau dalam sekali juga untuk seminggu.

oh rupanya madam cuti. takde kelas la sebenarnya huaaaa.

amik bas kul 2.30 pergi balik ekeke. tapi tak balik pun. aku deena farah qasha ummi syakila pergi arked. suruh pakcik bas tinggal kat tepi jalan sebab nak cari jersey untuk pertandingan futsal antara kelas. wohoaa. cari jersey kosong. letak nama. letak nombor. hahaha.

zam ke acap yang cakap, "dah dapat jersey ni, kena menang la." hahaha.

kitorang pergi arked macam bazar gitu. tapi takde. kedai tutup. fiq acap zam teman kitorang. entah kenapa rajin sangat. haihh boys kelas aku ini perangai macam abang. nak escort la konon-konon. auwwwww. famili gojes g memang macam ni. :') bila dah kedai tutup, diorang ajak pergi cari kat TC pulak. hhmmmm memang rajin la kan nak pergi pantai siang-siang buta ni. tapi alang-alang dah keluar, teruskan je lah. tak payah dah buat kerja dua kali nak pergi arked pulak nak cari baju lagi.

tapi sampai kat bazar kat tc tu, tutup lagi. dalam tiga setengah. awal lagi. pukul lima enam baru buka rupanya. lepak la dulu kat pantai. naik jambatan. pergi kat batu-batu besar. monyet nak rebut aiskrim syak haha. makan kfc kat pondok. acap belanja aku dan syak aiskrim. sebab acap selalu cakap yang aku dan syak ni la yang paling adik dalam gojes g. sebab, manja kot. hahahaha entah. kemudian, kitorang cerita itu ini. it was a good day, mates.

bila dah nak balik sekilau, fiq zam dan acap yang tolong pergi lagi kat arked bawak jersey-jersey kitorang untuk letak nama bagai. demi gojes g. gituuuuuu. hahaha. itu yang diorang paksa kitorang macam mana pun kena pergi final jugak. hailaaaa! hahahaha.

oh, tadi pilih jersey hijau ungu. sebab itu je yang ada banyak helai. sob sob sob. sebab kitorang nak pink sebenarnya tapi tak cukup. huhu. tapi okay lah. lawa jugak. XD

jadi, begitulah.
lepas isyak sampai terlelap.
penat sangat. tapi tak boleh tidur awal sebab esok ada soalan-soalan tuto psikologi untuk dibentangkan alahai kenapa kenapa kenapa haha penaaaaaat!

dah lama dah tak tulis cerita.
mungkin perlu tulis hari-hari.
sebab dua bulan lebih je kot lagi masa yang berbaki di kuantan.

:)

selamat malam.
terima kasih TC untuk cerita hari ini-
deena fiq zam acap qasha farah ummi syak.
sayang korang!