Monday, February 10, 2014

Jersey-TC


ada kelas kat palang. kami budak perempuan law paling tak suka kalau ada kelas kat palang lepas zuhur sebab kena makan cepat siap cepat bas solat cepat pepandai laa kalau tak nak kena tinggal dengan bas sebab bas gerak 1.30. fuh. kalut! nasib baik ada satu kelas sahaja di palang. yang lain semua di sekilau. alhamdulillah. sebab tu tabik gila dengan budak tesl yang kelas diorang hmm hari-hari dekat palang. bangun pagi-pagi kejar bas bagai. *kuat semangat* terbalik dengan kitorang, diorang ada kelas kat sekilau dalam sekali juga untuk seminggu.

oh rupanya madam cuti. takde kelas la sebenarnya huaaaa.

amik bas kul 2.30 pergi balik ekeke. tapi tak balik pun. aku deena farah qasha ummi syakila pergi arked. suruh pakcik bas tinggal kat tepi jalan sebab nak cari jersey untuk pertandingan futsal antara kelas. wohoaa. cari jersey kosong. letak nama. letak nombor. hahaha.

zam ke acap yang cakap, "dah dapat jersey ni, kena menang la." hahaha.

kitorang pergi arked macam bazar gitu. tapi takde. kedai tutup. fiq acap zam teman kitorang. entah kenapa rajin sangat. haihh boys kelas aku ini perangai macam abang. nak escort la konon-konon. auwwwww. famili gojes g memang macam ni. :') bila dah kedai tutup, diorang ajak pergi cari kat TC pulak. hhmmmm memang rajin la kan nak pergi pantai siang-siang buta ni. tapi alang-alang dah keluar, teruskan je lah. tak payah dah buat kerja dua kali nak pergi arked pulak nak cari baju lagi.

tapi sampai kat bazar kat tc tu, tutup lagi. dalam tiga setengah. awal lagi. pukul lima enam baru buka rupanya. lepak la dulu kat pantai. naik jambatan. pergi kat batu-batu besar. monyet nak rebut aiskrim syak haha. makan kfc kat pondok. acap belanja aku dan syak aiskrim. sebab acap selalu cakap yang aku dan syak ni la yang paling adik dalam gojes g. sebab, manja kot. hahahaha entah. kemudian, kitorang cerita itu ini. it was a good day, mates.

bila dah nak balik sekilau, fiq zam dan acap yang tolong pergi lagi kat arked bawak jersey-jersey kitorang untuk letak nama bagai. demi gojes g. gituuuuuu. hahaha. itu yang diorang paksa kitorang macam mana pun kena pergi final jugak. hailaaaa! hahahaha.

oh, tadi pilih jersey hijau ungu. sebab itu je yang ada banyak helai. sob sob sob. sebab kitorang nak pink sebenarnya tapi tak cukup. huhu. tapi okay lah. lawa jugak. XD

jadi, begitulah.
lepas isyak sampai terlelap.
penat sangat. tapi tak boleh tidur awal sebab esok ada soalan-soalan tuto psikologi untuk dibentangkan alahai kenapa kenapa kenapa haha penaaaaaat!

dah lama dah tak tulis cerita.
mungkin perlu tulis hari-hari.
sebab dua bulan lebih je kot lagi masa yang berbaki di kuantan.

:)

selamat malam.
terima kasih TC untuk cerita hari ini-
deena fiq zam acap qasha farah ummi syak.
sayang korang!



No comments: