Wednesday, February 12, 2014

Sepetang; khai acap fiq zam syak deena fiza ummi qasha


lepas habis kelas pukul empat, stay dengan zirah kat kelas jumpa sir kamarul sampailah pukul 5 setengah. tanya pasal criminal law, apa yang nak kena jawab dalam test, macam mana itu ini. sambil-sambil, sir cerita pasal kehidupan degree law kat shah alam. memang sir bagi motivasi sungguh-sungguh lah.

masa tu, aku dengan zirah macam, terus berkobar-kobar semangat nak belajar. ya tuhan, memang rasa tolonglah tolonglah tolonglah bagi peluang nak sambung degree law. nak law jugak. kalau tak dapat? sir tanya. aku jawab, nak jugak. haha tapi kalau tak dapat jugak, besar kemungkinan ke akademi pengajian bahasa lah aku. halangan yang paling utama, muet. hailaaa.

permudahkanlah. permudahkan.

okay lepas habis jumpa sir, terus balik rumah siap-siap turun pulak untuk berlatih futsal. dengan deena, syak, fiza, qasha, ummi. malam esok nak lawan dah. yang zam, fiq, acap yang beria-ia jadi coach kami. diorang memang semangat gila nak ajar kitorang. acap cakap, at least tolong masuk semi-final. haha.

dah la diorang bertiga kongsi duit supportkan nombor dan nama yang kami printkan kat jersey. ya tuhan, itulah yang paling deep. diorang bayarkan baju kami double harga kot semata-mata diorang nak letak nama dan nombor emas kat baju kitorang. kitorang nak yang biasa je, yang hitam putih tu. bagi duit secukupnya lah. lepas tu diorang yang nak tolong hantarkan kat kedai bagai. tengok-tengok, diorang buatkan emas yang harganya berlipat kali ganda dengan alasan, "kitorang cuma nak yang terbaik untuk korang."

ya tuhan. manalah nak cari mates yang baik macam ni?
gorgeous g ni memang, suka tacing tau.

tapi itu baru baju aku sorang.
kami ada tujuh orang. bayangkan berapa banyak diorang keluarkan duit untuk belanja kitorang semata-mata nak baju kitorang cantik. *nangis laju-laju*

okay sambung cerita petang tadi hahah. berlatihlah kami dengan diorang. diorang ajarkan basic sepak bola. strategi. rules. macam-macam. bila dah macam boleh sikit, kitorang lawan diorang. oh khai pun ada tolong ajarkan. bapak ahh lawan diorang. diorang main dengan selipar je kot tapi gila lah cool main futsal. main gelecek je, tengok-tengok dah gol. lol. sakit hati. tapi itupun diorang main main-main je dengan kitorang. tak sampai hati agaknya nak main betul-betul hahaha mahunya menangis kami ekeke.

so kesimpulannya, team gorgeous g ini memang bersungguh-sungguh lah. aku rasa yang guys lagi bersungguh daripada kitorang sanggup petang-petang redah ke sekilau semata-mata nak ajar kitorang. sebab itulah, kami ini keluarga kecil. :)

dah habis lawan dengan diorang semua, maghrib. berhenti. lepas azan, bukak buku criminal kejap untuk terangkan kat diorang apa yang sir ajarkan untuk criminal test esok. haaa, bersilalah kami kat atas lantai di bawah cahaya lampu neon semata-mata untuk actus reus, mens rea, unsoundness of mind, standard of proof dan burden of proof. huhu.

nampak tak betapa punya terdesak sampai bawak buku criminal sebab ada test esok petang dan malam tu ada pertandingan futsal interclass. sob sob sob. pagi jumaat ada test ekonomi pulak haaa bila nak study lah alahaiiiii lepas tu petang tu nak kena berkejaran pergi kem kat uitm jengka. ahad baru balik. isnin dah kelas. final lagi 5 minggu. hmmm.

tuhan, permudahkanlah.
terima kasih untuk cerita hari ini.
khai zam fiq acap deena syak ummi qasha fiza.
kuantan, terima kasih!

:)



ps- penaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat.



*edited-

ini aku kena tipu. bukannya banyak pun diorang tambah duit. seringgit je kot. sioooootttt. free je acap kena pijak kaki dengan aku bila diorang berterus terang masa kitorang nak belanja makan kat johny's. siooooottt. diorang tipu sebab takut kitorang tak turun berlatih. bodoh hahahaha.

sakit hati aku.

nasib baik aku ni baik.
hahahahha.
kalau tak dah patah kaki acap. huh.

and kitorang belanja diorang makan sana bukan sebab baju pun.
tapi sebab apa yang diorang dah buat untuk kitorang.

thanks coaches.

tapi siooott korang sioooottt la giler.
bodoh haha.
kena tipu hidup-hidup.
berminggu pulak tu.
bodoh hahaha.

tapi bodoh siot pun,
aku tetap sayang korang. haha.

kelakar betul lahaiii.
haha



No comments: