Saturday, February 13, 2016

seketika


duduk
aku hala mata
jauh ke depan sana
ombak sedang menari
di bawah langit yang biru
dengan lagu tersendiri

bangun
aku menapak hampir
selangkah demi selangkah
separa aku sudah tenggelam
pasir menyelimuti setiap inci
rimas tapi nyaman
dengan renyah yang senang

diam
air menumbuk jatuh
aku diam kejung
tarik sahaja semua sakit dan perit
bawa pergi ke hujung dunia
biar tak ada apa tinggal
dengan aku begini

dan
untuk seketika
biar aku aman
sebegini cara aku
sampai seketika
yang aku mahu

biar
biar sahaja biar
biar sahaja
biar


No comments: