Tiga tahun dahulu... seorang cikgu pernah cakap pada aku, yang aku ni kuat cemburu. Hehe, yang tu tak tahu nak kata sikap bagus ke tak. Iye la, kalau cemburu dengan orang lain bab kejayaan... sekurang-kurangnya dapat jadi penguat semangat nak 'melawan' biar sama tinggi.
Cikgu juga cakap lagi yang cikgu nampak, bahawa aku ni jenis yang tutup masalah dengan perangai happy go lucky. Kalau aku ada masalah, aku buat bodoh aje. Senyum aje, bergelak ketawa macam takde pape depan orang. Selalunya aku ni jenis yang simpan dalam hati. Selalunya, kalau dah malam-malam... baru aku menangis sorang-sorang. Dan.. begitulah selalunya. Jarang aku bercerita tentang masalah. Yang aku tahu, aku selalu cerita hal-hal yang menggembirakan.
Sebenarnya aku suka jadi macam itu. Iye laa, hanya tahu lemparkan senyuman.
Tapi, sedikit demi sedikit, aku dah pandai beremosi. Wah. Aku tahu, orang kata... people change.
Kalau waktu tahun lepas, emo sebab nak exam. Perit wuu menunggu hari nak habiskan exam. Semakin dekat exam, semakin dekat dengan kecelaruan mental, emosi, rohani. Tambah-tambah, dua bulan sebelum exam lepak kat aspuri. Wah, nasib baik kawan-kawan jenis yang sangat memahami, penyayang, gile-gile. Kalau kawan yang ini emo, kawan yang itu pujuk. Kalau kawan yang itu emo, makanya kawan yang ini pula pujuk. Indahnya. Bangga, bangga sebab jadi sebahagian watak dalam hidup mereka. :)
Tahap ke'emo'an aku mencanak-canak naik, pada tahun ini.
Yeahh, awal-awal tahun... tahap menunjukkan ke'emo'an rasanya lebih tinggi daripada tahap memperlihatkan kegembiraan. Aku rasa sangat teruk. Sekarang, dah tak pandai nak tunjuk senyuman semata-mata. Dah pandai susahkan orang dengan menunjukkan ke'emo'an. Mereka pula yang susah, merisaukan aku yang jadi aneh. Memikirkan cara untuk memujuk, memberi nasihat. Sungguh, aku sangat menyusahkan.
Mungkin, sebab tekanan yang bertimpa-timpa. Dan, masalah aku yang gagal untuk membentuk diri mengharungi hidup yang aku rasa sangat tak best.
Haha. Teruk? Memang. Kalau korang jadi aku, korang akan tahu sebagaimana aku rasa 'aneh' jadi pelajar menengah atas. Wah, bunyi macam best. :)
Dalam dua-tiga bulan aku amik masa untuk stabilkan diri. Nak sedarkan diri, bentuk diri kembali bukan sesuatu yang mudah rasanya dalam keadaan aku yang larut dengan kenangan betapa bestnya jadi budak menengah rendah. Ceh.
Aku ingat lagi, pada hari 1 April.. aku cakap kat seorang cikgu...
"Cikgu, April bulan yang baru. Semangat yang baru."
Senyum.
Mulai bulan itu, aku dah mula terima keadaan dan persekitaran. Yeahh yeahhh. Masih lagi kadang-kadang gagal mengawal emosi --' tapi aku cuba untuk menguruskannya sebaik mungkin. Kawan-kawan aku pun cakap yang diorang tak suka tengok aku jadi macam ni. Haha, aku lagi lah tak suka.
Makanya, aku akan usaha. Cari balik perangai happy go lucky, yang tak suka jadi budak emo dan yang tak pandai jadi budak emo. Well, juniors aku cuma nampak perangai aku yang dulu... ceria-ceria manja kalau terserempak dengan diorang... hakikatnya, kawan-kawan seform dengan aku yang tahu bagaimana berubahnya aku. XD
Budak kuat,
no more emo
no more tears
no more sadness
biar berpada-pada sahaja, cukuplah. :)
2 comments:
quak deki?..he3..Lcu lh awk..hux6
ha3, kuat cemburu :D
Post a Comment