Monday, June 13, 2011

Conteng-conteng



Akhirnya, dapat jugak mencoret kata di sini. (wah, bunyi macam busy lah sangat)


Malam Sabtu, sempat lagi berteleku kat depan TV. Apa lagi, semestinya tengok final Piala FA. Haha, sangat keletihan. Nampaknya, sasaran aku tersasar. Aku ingat Kelantan yang menang. Kelantan memang di ambang kemenangan lah waktu tu. Tapi, semuanya macam berubah terlalu cepat lepas Ganu dapat gol sebab sorang pemain Kelate tanpa sengaja telah masukkan gol ke gawang sendiri. Waktu masa tambahan, aku pula yang berdebar tengok, haha. Mana taknya, diorang main dengan pantas. Huhu, memang nampak laa semangat Ganu nak menang. 


Selepas tamat permainan, tetiba terdetik di hati aku... siapa sangka kan? Ye laa, siapa sangka saat-saat terakhir boleh mengubah sesuatu. Maknanya, berjuang. Berjuang hingga titisan darah yang terakhir. Wah, bunyi macam patriotik sangat :) Betul laa kan orang kata, biasanya anak kunci terakhir yang dapat membuka pintu. Makanya, berputus asa tidak dibenarkan sama sekali. Yeah yeah.


Lupakan soal bola. Oh, Ganu dah menang bola dan SUKMA.. ehem, bila nak kasi cuti ni? =.="
(persoalan yang sentiasa meniti di bibir kawan-kawan sekarang adalah 'bila nak cuti?' haha, kitorang desperate sangat nakkan cuti XD)

* * * * * *



Hari Ahadnya pergi ke sekolah macam biasa. Dengan terbangun lewatnya, jadual tak kemas lagi, baju tak bergosok lagi, dengan keletihan baru balik daripada perkhemahan... memang rasa tak nak pergi sekolah! Tapi, disebabkan aku budak skema haha.. budak baik kena la pergi sekolah kan. Makanya, ke sekolah dengan berbekalkan buku teks Khemiyya yang satu itu. Ceh, memang nasib laa cikgu tak nak guna buku. Al maklum lah, sibuk kasi markah peperiksaan. Lalala. 


Yang tak syoknya, waktu Khemiyya... aku asyik tersengguk-sengguk. Memang rasa tak boleh nak bukak mata dah! Haihhh.


Oh, satu perkara yang buat aku sangat terharu juga.


Waktu itu, masa senggang... sebab perhimpunan mingguan tiada. Makanya, ber potpetpotpet laa kami. Tetibe, Wani lambai aku kat pintu depan kelas. Aku panggil dia masuk. Yeahh yeahhh. Tetibe dia menghilang kejap. Lepas tu, tetibe lagi dia dah ada kat belakang aku. Terus di hulurkan plastik kecik. Hmm, dengan penuh tanda tanya aku pun tengok apa yang ada. Haha, hairan laa kan. Tetibe aje.


Omaigod. It's shawl. Dah laa warnanya hitamputihkelabu. Serius, rasa terharu sangat. Okey, selama ini aku selalu aje main-main dengan dia pasal shawl segala bagai. Selalu usik-usik dia. Selalu cakap, aku pun nak shawl macam dia punya.


aku tanya, "Kenape tetibe, kak long?"


dia senyum aje. "Awak kan dah lama nak, saya beli laa.."


Rasa macam nak peluk-peluk Wanny. Maka, waktu rehat... nampak kek kecik berbentuk love. Cantik. Pergi kat kelas dia... hulur sekali dengan plastik yang dah bertulis I <3 U. Hihi. Romantik kekonon. :)


Aku memang tak pakai shawl. Aku just suka dengan mende tu. Dan, pemberian Wanny tu adalah shawl yang paling aku sayang! Corak-coraknya, buat mende tu menarik. Oh, perempuan. Haha. 


* * * * * *


Hari ini, oh... sangat mengantuk ketika waktu BA. Warghh, tak suka lah jadi orang yang suka mengantuk dalam kelas ni. Fokus fokus. Letih masih tak hilang, lalala. Makanya, tersengguk-sengguk lah aku. Antara dengar tak dengar aje apa yang ustazah cakap. Huhuhu.

Pagi. ada ceramah motivasi. Dengan penceramah Encik Shamsi. Dia kelakar, dan suka gunakan musik untuk menarik minat kitorang. Hehe. Mula-mula tu memang laa ketawa gembira.. bila dah akhir-akhir masuk lah mood sedih. Pasal ayah, ibu dan cikgu. Pergi salam dengan cikgu-cikgu yang ada kat belakang. Cg Zimah, Cg Aini, Ustzh Hanifah, Ustazh Junaidah. Apa lagi, budak-budak perempuan ni memang nangis la. Tapi, aku tak tahu lah budak lelaki nangis ke tak. Cool laa kekonon. Tapi, memang sedih. Huhu.



Sikap dan Fokus.


Kejayaan bukan pilihan.
Kejayaan satu kemestian.


Amni juga titipkan sesuatu untuk aku. Tak sempat nak jumpa dia, waktu cuti sekolah. Huhu. Hadiahnya disertakan dengan dua pucuk surat. Satu surat rindu, dan satu lagi surat 'tazkirah sayang'. Hehe.


Amany sayang, persekitaran betul-betul mengubah diri awak kan? Saya sangat suka dengan isi surat 'tazkirah sayang' itu. Awak, semacam faham dengan perasaan saya kan? Haha. Saya sekarang pun, dah tak fikirkan sangat pasal mende tu semua. Hakikatnya, semua itu hanya menyesakkan dada. Saya mahu jadi orang yang bahagia, bahagia saya bila ada sahabat macam awak. Yang sentiasa mengingatkan saya. Saya tahu, awak tak mahu saya hanyut kan? Jangan risau. Saya sentiasa mencuba di sini ^^. Terima kasih, kerana cepat-cepat mahu 'menarik' saya daripada semua itu. :D


* * * * * *


Masih mencari masa, nak menconteng hikayat tentang Kuala Koh's Memoirs. Gambar-gambar sangat banyak, haha. Rindu dengan tempat tu. Rindu nak dengar Abang Daus, Abang Yo, Kak Aini cakap-cakap. Rindu nya, dengan suasana hutan. Sayang hijau. Sayang bumi. 


"bolehhhhhh... :)
(masih ingat lagi kata-kata itu, jadi penguat semangat)


rindu, kenangan indah!


* * * * * *




regards,
syaizz

2 comments:

mierah. said...

sy nanges pagi tu bagai nak rak . mlm tu tringat kata-2 penceramah tuuu . lagiii buat air mata kua tak henti-2 . ALLAH saja y tahuu mcm mna prasaan kupu-2 kamu niyy :')

Sya Izz said...

haha, sy nampak. btw, good. jom jom jom menuju kejayaan :D