Friday, June 17, 2011

Kuala Koh's Memoirs II


Bismillahhirrohmanirrahim,
:)


Mahu bercerita panjang, tentang hikayat terindah. Akhirnya, lepas seminggu baru dapat tulis kat sini. Haha. Terpaksa tunggu hujung minggu, al maklum lah... nak main curi-curi masa pun terpaksa fikir dua tiga kali. Ceh, busy laa kekonon. Hihi.

Tajuk hikayat kali ini adalah
Hikayat Perkhemahan Taman Negara Kuala Koh, Kelantan. Perkhemahan yang diuruskan oleh Aaaa-K, Qilah dan aku. Dalam dua-tiga bulan juga laa berhempas pulas dengan masalah-masalah. Ceh, tapi.. seronok aje. :D Kami yang pilih baju rasmi untuk perkhemahan ini, buat kertas kerja, cari orang, kutip duit, buat perjumpaan. Yeahh yeahhh. Pengalaman yang indah sebenarnya. Okay okay.

Perkhemahan anjuran Kelab Geografi ini, diadakan pada
9-11 Jun 2011. Minggu kedua akhir cuti sekolah. Lokasinya, Taman Negara Kelantan. Jom, mahu bukak kembali cerita ceria XD



9 JUN 2011

Paginya, berkumpul di pekarangan sekolah dalam pukul 10 lebih. Jadi, bertolak ke sana lebih kurang pukul 11 pagi. Erm, bab nak kemas-kemas barang ini memang aku malas. Jadi, malam sebelumnya laa baru terhegeh-hegeh nak mengemas apa-apa yang patut. Pagi itu, check surat kebenaran.. nama-nama.. apa-apa yang patut. Oh, kami pergi dengan bas sekolah dan Dugong.
Dugong; van sekolah. Memang satu sekolah panggil Van itu Dugong. Dugong itu guna buat angkut barang-barang, makanan-makanan... yang penting, memang penuh laa muatan dalam Dugong.

Dalam bas, macam biasa.. aku duduk dengan Qilah. Waktu dalam bas, memang
super riuh laa kanak-kanak ini. Haihh, meriah aje. Lama laa jugak nak sampai ke destinasi. Bab yang paling buat aku serik, apabila bas sudah mula guna jalan bukit nak pergi TNK. Namanya pun TNK, mesti lah kat kawasan bukit. Tak silap aku,  kat Felda Aring 8 rasanya. A'ahh, nampak bukit dan kelapa sawit aje. Dah laa jalan punya berpusing-pusing, pening aku. Terpaksa letak kepala dekat riba Qilah, pejam mata kuat-kuat. Lamanya, penantian satu penyeksaan. :)












Bila dah sampai, memang wow laa. Jalan memang berliku tapi tempat cantik! Teruja gila kami. Hihi. Semua dah ada, tapi kami guna yang tapak perkhemahan. Waktu itu, ada satu sekolah juga kat sana tapi diorang menetap kat hostel. Tapak khemah kami asing laa kan. Yang depan ini, dekat dengan tempat urusetia (tempat masak bla bla bla) dan dekat dengan jambatan gantung... tapak khemah perempuan. Yang lelaki, jauh nun di belakang sana. Dekat dengan tandas. Memang mencabar je nampak tempat lelaki, hihi. 

Petang itu, buat apa-apa yang patut laa kan. Pasang khemah segala bagai. Oh, di sana juga ada buaian yang tergantung kat pokok besar. Automatiknya, aku dengan Qilah memang dah jadi hantu buaian itu. Mana taknya, dua puluh empat jam kalau ada kelapangan... mesti kami je yang tengah
berayun kat situ. Haha.

Oh, aku satu khemah dengan
Qilah, Timah, Bilah, K Aida. Khemah girls ada tiga. Khemah boys pun ada tiga. :D










Sekitar pukul 5 petang, baru lah program bermula. Aktiviti ice-breaking. Haha, sungguh meninggalkan kesan mendalam laa bagi aku. Okey, kami pecah ikut kumpulan khemah. Takde masalah pun, maklum lah masing-masing dah kenal. Nama pun satu sekolah XD
Kami ada Abang Fasi dan Kakak Fasi. Ada
Abang Daus (penolong penguasa TNK), Abang Yo, Abang Di, Kak Aini dan Kak-tak-ingat-nama-sorry :D Yang paling dekat dengan kitorang, Abang Daus laa kan. Suka sangat dengar dia bercakap... lucu dan bersahaja. Haha.

Untuk game pertama,
main bunyi-bunyi. Satu kumpulan buat satu punya. Abang Daus dah kasi. Yang aku ingat, bunyi srounndddd...srounnndddd dan kumpulan aku harus berbunyi gedekk.. gedekkk. Oh, itu semua suara pelbagai jenis katak. Huhu. Kiranya, memang dah lekat jadi nama kumpulan la. Kumpulan apa? Kumpulan Gedek-gedek. Hihi.






Game kedua; ice-breaking. Kami buat satu bulatan besar. Lepas itu, kalau kami berpaling ke arah kanan... perlu sebut buaya. Kalau kami berpaling ke arah kiri... kami kena sebut biawak. Memang sangat pening. Abang Daus dah siap cakap... siapa yang first kalah kena jadi pengerusi majlis untuk majlis penutup nanti. Wah. Bebudak ini main dengan gembira laa kan. Asyik gelak aje. Mana taknya, asyik buaya biawak biawak buaya kat orang sebelah. Yang tidak bernasib baik, adalah aku! Kenapa? Sebab aku lah orang yang pertama kalah. Tersebut biawak, padahal buaya. Makanya, pergi ke tengah bulatan.. kasi tau nama manja auww auwww dan tingkatan. Percuma sahaja aku menempah tiket jadi mc untuk nanti. Punya lah gelak bebudak ini, haihhh.










Si kecil comel itu namanya 'Alima Sumayyah. Panggil aje dia DekSu. Anak Cg Aya. Oh, bebudak ini cakap kami kembar. Sebab pakai baju sama (tak dirancang), haha. Ingat lagi dialog itu, "tudung hitam... baju biru.. seluar hitam... macam kembar dah!"

Malam itu, sepatutnya ada night walk. Tapi, hujan laa sayang. Nak kata lebat tak lah lebat sangat. Makanya, berkampung di dewan.. dengar taklimat pasal TNK ini. Abang Daus selalu buat kami gelak.
:D Adalah dekat sejam tengok slide. Lepas itu, Abang Daus bawak kitorang pergi bilik pameran. Ada nama khas untuk bilik itu tapi aku tak ingat. Ceh. Dalam itu adalah info-info pasal TNK, peta, haiwan, tumbuhan. Bosan je mula-mula. Dalam pukul 10 setengah malam, ramai dah blah. Sebenarnya, bukan ramai tapi memang semua dah beransur ke khemah laa.

Yang tinggal, aku Qilah Aaaa-K Ijak Asra Harith Aqil. Entah macam mana tersangkut dekat situ, sambil dengar cerita Abang Daus.
Abang Daus cerita banyak sangat. Pasal pengalaman dia laa, pasal haiwan, tumbuhan bla bla bla tapi yang best semestinya cerita tentang pengalaman. Khusyuk kami dengar. Lastnya, aku letih. Selamba-yayaya duduk bersila di atas lantai. Lepas tu kan, Qilah ikut. Akhirnya, semua dah duduk kat atas lantai. Hahaha. Cerita punya cerita, tak sedar pun dah pukul 12 pagi. Eh? Haha. Sangat seronok. Yang aku ingat Abang Daus cakap yang dulu-dulu waktu dia masuk PERHILITAN... menyampah jugak. Tetibe, suatu hari.. waktu dia nak keluar rumah.. kira macam dapat hidayah laa kan.... terus dia terfikir sampai bila nak jadi macam ni kan? Sampai bila nak tak minat kan? Jadi, dia terus tanamkan minat... kiranya, baru empat tahun lebih kerja tapi dah dapat jawatan penolong penguasa. Kira tinggi laa tu kan. Tersentap jugak laa kan hati aku ini. Kat mana-mana pun, yang penting minat. :)

Bila dah nak balik, bukannya dekat. Bilik itu kat tempat utama, tapak khemah nun jauh di belakang. Makanya, ber'body guard' laa balik malam itu. Haha.
Night walk versi sendiri. Asra Aqil Harith jalan depan sekali. Aku dengan Qilah kat tengah. Aaaa-K dengan Ijak kat belakang. Pagi-pagi buta jalan balik ke tapak khemah, sambil borak-borak... diiringi suara burung-burung. Memang rasa laa keindahan alam semula jadi. Rasa, dikelilingi oleh pokok-pokok hijau... adalah sesuatu yang sangat menenangkan dan best!

Jalan punya jalan, tengok-tengok.. tempat memasak itu masih cerah. Oh, bebudak laki tengah supper rupanya. Cg Aya pun tak tidur lagi. Borak-borak. Usik Azizan (aku tak ingat Azizan atau Helmi.. aku tak dapat cam muka budak berdua itu haha) yang tengah nak belah tembikai. Reti ke tidak? Haha.
XD Dia sengih  aje. Okay, tetiba rasa macam satu family satu tingkatan. Agaknya, perangai guys f5 yang kuat bergurau dan mengusik tu... buat kami rasa macam tiada perbezaan umur. Semua otak gila-gila, selamba-yayaya je masing-masing.

Makanya, tidur agak lewat malam itu. Dalam pukul 2 pagi rasanya. Biasalah, hari pertama. :)



10 JUN 2011

Hari kedua, hari yang lasak dan mencabar konon-konon. Pagi itu memang bangun awal laa kan. Pukul 5 pagi rasanya. Dah laa guna air sungai, memang sejuk tahap gaban la. Menggigil-gigil wahh. Pagi itu, ada canopy walk, jungle trekking dan tubing.

Oh, itu buaian yang jadi kegilaan kami.
:)
































Canopy Walk. Perlu lalui jambatan gantung dahulu baru boleh ke seberang hutan. Yeahh, bawah tu ada Sungai Lebir! Sungai yang kami cinta, ekekeke. Nak kata gayat, takde laa gayat sangat kan. Biasa laa. Tak rasa apa-apa pun. Cuma, kami berwaspada dengan Encik Pacat laa. Ouh, tolong lah! Trauma, alergik euwwww. Sebelum melangkah, siap buat double triple protection ni. Letak minyak TYT yang gelek, yang sembur. Pakai losyen khas. Letak garam la. Hailaa, macam-macam. Serius, perempuan memang macam ni ey? Haha. Yang menyampahnya, budak lelaki aci selamba je lipat seluar mereka paras betis. Okay, diorang tak fobia dengan pacat... kot. XD








Inilah canopy walk. Panjang 400 meter rasanya. Setiap perhentian kat pokok besar. Tinggi dalam 2+.++ meter. Tinggi laa tapi tak gayat sangat. Yang bestnya, waktu ini laa aku.. Qilah.. Ijak main gelak-gelak dekat K-rol. Haha, dia gayat. Memang jalan tengok depan aje. Kami pula pergi kacau-kacau. Ceh. Sampai Abang Daus paling ingat dia... budak baju biru. Haha.






















Lepas Canopy Walk, semestinya berjungle trekking. Adalah dalam sejam. Kat sini lah paling bahaya, berapa kali nak tergelungsur.. tanah licin baru lepas hujan... mencabar laa siket-siket. Pacat-pacat juga menggatal, waaaaa. Sambil-sambil itu, borak dengan Abang Yo. Qilah yang kat depan sekali, aku yang kedua. Jadi, memang best laa tanya itu ini. Abang Yo pun baik aje jawab.








Dah sampai kat Jeram Sinar. Buang pacat, main-main air dulu sementara tunggu bot hantar tube-tube untuk kami lakukan aktiviti tubing. Hmmm. Dari Jeram Sinar Sungai Lebir, rasanya dalam 30-45 minit kami bertubing untuk tiba ke destinasi. Kat TNK. Memang best laa bertubing. Kayuh pakai tangan aje. Haha. Sejuk. Sungai takde laa dalam sangat. Kira okay laa. Yang penting, best gile-gile. XD












Dah basah segala bagai, mandi-manda kejap kat sungai itu. Bila dah naik, tukar baju bla bla bla. Yang lucunya, Si Zuqa... bila dah kat tapak khemah.. dia laung kat cikgu.. "Cikgu, nasi!" Haha. Tak menyempat, lapar sungguh. Memang laaa. Berehat laa kan dulu. Aku dan Qilah sempat main kat taman permainan. Hayun buai laju-laju lepas tu pasang lagu Sungai Lui kuat-kuat. Sungai Lui itu konon-konon kami dedikasikan untuk Sungai Lebir laa. Waaaa, sungai yang penuh dengan kenangan. :)

Petangnya, dah berehat kan.. Ada pula aktiviti
Jejak Si Buta. Alah, yang ikat mata lepas itu ikut tali bla bla bla. Syok sungguh. Terutama, bila masuk dalam lumpur. Siap terjerumus dalam lumpur, sekali terhantuk tepat muka kat pokok buluh. Alahai! Bila dah tiba, kami duduk laa kan. Tunggu orang habis dulu. Yang penting, bising gila budak-budak ini. Laung situ laung sini, panggil situ panggil sini. Haha, riuh sangat. Padahal masing-masing kat depan mata je sebenarnya. Lucu :D Bila dah boleh bukak mata... memang gelak laa kan. Tempat dah laa kat situ je, tengok sorang-sorang comot sangat dengan lumpur.. alahai. Terus pergi berendam sekali lagi kat Sungai Lebir. Waahaha.

Abang Daus siap tunjuk skill terjun lagi. Berputar-putar. Gempak! Boys yang lain pun sama. Kitorang ni setakat bertanding menyelam je laa kan. Semestinya, aku adalah juara wuuu wuuuu. Malam, ada barbeque aje. Buat aktiviti sendiri. Apa lagi, aku dengan Qilah melepak kat buaian laa. Selalu aje gaduh dengan budak kecik Iqbal dan Azwan. Diorang berebut buaian dengan kami. Haha. Dengan budak kecik pun nak perang, haihhh.

Tengah syok berayun, Abang Daus datang. Dia kasi atur cara majlis untuk esok. Erk, dia suruh buat sendiri teks. Waahaha. Yang aku ingat perkataan dia.. "
bolehhhhh :)" Konon-konon kata-lata semangat laa kan. Dah beres itu, masa tu jugak aku heret si Sapik tolong buat teks. Well, debater sekolah kan. Haa, debat.. syarahan.. pidato.. forum semua dia amik. Apa gunanya ada kawan macam ni kalau tak boleh amik kesempatan laa kan? Hahaha. Duduk kat tempat urus setia tu.. Sapik, Ijak, Zahir, Aku dan Qilah. Ramai-ramai, keadaan pun riuh sangat waktu tu. Mana taknya, sebelah sana sibuk membakar.. sebelah situ sibuk makan.. sebelah sini riuh bercakap.. haiyooo. Macam tengah merewang pun ada. Best! Tengah bincang-bincang, tetibe si Qilah menempik. Oh, Encik Pacat menggatal. Biasa la. :D

Malam makin tua. Keadaan pun dah mula sepi sunyi. Laa, baru perasan aku tak makan pun lagi. Makanya, makan laa jagung bakar. Okay, walaupun dah dekat pukul 1 pagi tapi bebudak itu masih gile membakar jagung lagi. Kami buat
ikan bakar, ayam bakar dan jagung bakar. Haha. Borak-borak. Entah, sedih jugak. Macam tak percaya je esok dah nak balik. Serius, akan rindukan udara nyaman hutan.. suara burung-burung berkicau. Indahnya. SubhanAllah.


























11 JUN 2011


Paginya bangun dengan menggigil. Nak mandi menggigil gila laa. Tak sanggup wuuu. Nak dijadikan cerita, ada satu part yang buat kami gelak. Sejarah laa konon-konon. Pagi-pagi buta lagi dah ada orang menjerit dalam tandas. Kuat sangat. Si Qilah tu tersalah amik baju aku. Bila dia nak letak, tup tup Encik Pacat merayap kat jari dia. Waahaha. Yang ada, aku Timah dan dia aje waktu tu. Wah, aku nak buang.. tak berani! Geli euwww. Lastnya, dua-dua menjerit sekuat hati. Nasib baik ada Timah jadi penyelamat. Ha'aa. Memang Auni dan Timah je Super Tak-Takut-Pacat. Haha.






Dalam pukul 10 pagi, lepas makan kemas-kemas segala bagai dan main buaian untuk kali terakhir... selamba-yayaya je main buai dengan Iqbal dan Azuan. Alahai, bebudak comel. Pergi kat pekarangan utama, depan dewan. Main kompas. Ahaaa, baru ingat cara nak guna. Oh, yang menyebalkan jiwa... kami dapat yang kumpulan Srounndd sroundddd. Dah laa bearing sangat terpesong, diorang salahkan kompas kitorang pula yang salah. Aduhai, dah laa kertas tu diorang siap sorokkan dalam timbunan daun-daun. Tapi, dalam sakit hati itu gelak je laa. Macam -macam kerenah. Hahaha. Kenangan.
















Dalam dewan. Majlis penutup. Huhu. Jadi Pengerus Majlis. Hmmm, takde laa berdebar. Biasa je haha. Sebelum pergi kat depan itu, lalu kat tepi Abang Daus. Buat muka gelisah. Mana taknya, dah empat tahun aku tinggal pekerjaan ini. Haha, dulu waktu sekolah rendah.. aku suka jadi mc. Glemer je rase, haha XD Lepas tu, Abang Daus pun cakap, "bolehhh..bolehhh..yeahh". Kata-kata semangat gitu. Haha.


























Untuk kenangan terakhir kalinya, sesi bergambar ramai-ramai! Yeahhh. Memang indah laa, kenangan yang tak boleh dilupakan :) Banyak sangat perkara terjadi di sini. Banyak sangat cerita yang dilagukan oleh Sungai Lebir. Banyak, banyak yang aku sayang. T_T








Gambar yang paling aku sayang laa kan. Haha. Waktu ini semua dah menunggu dalam bas. Kitorang je yang masih ber'posing' segala bagai. Aaaa-K, Abang Daus, Aku, Qilah. Okay, kami tiga orang yang urus perkhemahan ini, dengan diselia oleh Cg Aya. So, kira gambar satu team ni laa. Pengerusi kelab, Setiausaha/Bendahari Projek, Pengurus Projek. Yeahh yeahhhh. Alhamdulillah, apa yang dirancang menjadi. Malah, meninggalkan kenangan yang sungguh indah...






Singgah kat sini. Ada Adik Suria (gajah). Umur dia baru 11 tahun tau. Akhirnya, dalam pukul 5 petang juga laa sampai ke sekolah. Serius, memang rasa tak percaya. Gembira, sedih. Yang aku tahu, aku rindu bebudak perkhemahan.. yang semuanya kepala maha gile-gile, aci redah, selamba-yayaya. Oh, rindu sangat mereka! (macam lah tak jumpa kat sekolah XD) Aku tahu, rasanya aku tak mungkin dapat pergi TNK lagi dah. Nak pergi pun memang jalan berliku-liku, waahaha banyak cobaan. Kiranya, memang sungguh-sungguh jadi memori laa ni. Sayang Abang Daus, Abang Yo, Kak Aini. =D 












Maka, selesai sudah aku menconteng hikayat di sini. 
Hikayat terindah. Hikayat yang paling aku sayang! 
|Perkhemahan Kelab Geografi di Taman Negara Kuala Koh, Kelantan|090611:110611|


Regards,
Bendahari/Setiausaha Projek
Cik Sya Izz
:)

10 comments:

Anonymous said...

hebat ler adik bendahari/setiausaha nih. tahniah sebab program berjaya. :D

1. pacat? takoooooot! :-S
2. kalau akak dah nanges meraung kot kene jadi mc huhuhu. :-S
3. gajah comel. <3
4. gambar cantek. :D

Sya Izz said...

hahaha, panjanaaaaaaaangnya komen! XD

Syafi[Q]ah_Aqi[L]ah said...

hahahaha......
crite jgk sejarah 5 pagi tu yer..
haha.. bile lg mg nk dgr ak tepik??
taun dpn xkn same dah dgn thon niey op...
no more magnesium..
no more aquoues solution..
huhuhu

Sya Izz said...

qilah : kalu bukan sbb pacat bju ak.. mu x kn nempik. so, give big thanks to my baju. hahaha.

betol2. xde dh magnesium, aqeoueus n kump srounddd srounnnd yg menyakitkan hati. haha.

sedih T_____________________T

Syafi[Q]ah_Aqi[L]ah said...

tu la pasal.... huhuhu..
ak ad pic aqeoueus yg mmg macho gler... ak dowload from album mahfuz dlm fb..
bukak rr n hav a look...
hahaha...
jgn trpikat sudah.. sian kat zinc..
heheXD

Sya Izz said...

haha. since mu nk jgk magnesium aku... ak dh tawar hati kat sesape. haha, trmasuk zinc. amik laa semua. ak tanak sorang pun..

nk abg daus ley? HAHA

ak baek. ak nk cintakan encik physixk, encik bhiyyo n encik khemiyya dulu :)

Syafi[Q]ah_Aqi[L]ah said...

ek elleh... ucapan dri bibir,, bukan dri hati... hahaha
btw,, ble nk study dgn ak... dah ade org book ak tau..
nnti jgn ckp ak yg xnk ajar mg plak..

Sya Izz said...

dr bibir menusuk ke hati nnti camne? haha.

btw, sjak dulu smpai skang mu jgn lupa ak yg book mu. mu, hak milik ak je. cis.

XD

Ct Hajar ♫ said...

wahhh sodap nie


TT_____TT

Sya Izz said...

meme hihi