Thursday, July 14, 2011

Cerita Seminggu

* * * * * *


Melepak di rumah Tok Ayoh. Sangat meriah, maklumlah... orang Riyadh dah balik. Mama Long, Che Ma, Che Su semua ada. Dah la banyak makanan, memang best laa melantak~ Haha. Main dengan kesayangan hati yang dah lama dirindui; Amir Dini Dina Ayish Amiy. Wohoaa, sayang mereka. Dari petang sampai ke 12 pagi kat sana, makanya... faham-faham je laa, tak sentuh pun homework. Erk, :)

Malamnya, melepak dengan Ayah Sue. Bermanja dengan pak sedare laa konon-konon. Tetibe, Ayish nak minum susu. So, Ayah Sue pun ajak aku keluar. Maka, pergi laa kami berdua ke EconJaya. Haha, Pasir Puteh je pun... mana ada pasaraya lain. Lalala. Tetibe rasa macam best
jalan berdua sambil berborak~

"
Nak kerja kat supermarket?"
"
Tak nak!"
"So, study laa sungguh.
"

Dari dalam kereta nampak gerai burger.

"Belajar susah..."

"
Tak belajar pun susah. Tengok orang jual burger tu, susah jugak."

I love you, Ayah Sue!



* * * * * *


Minggu ini sibuk dengan roket. Uhuuu, entah macam mana boleh terjebak. Haha, roket kami akan dilancarkan di Pesta Minda lusa. Aku geng dengan Pqah Jusoh. Alah, ramai je yang masuk. Tapi, memang menguji kesabaran sungguh :) Kenapa? Sebab, dah tiga kali aku buat roket!

Roket pertama, sebab kon dia tu aku guna plastik makanya bila dilancarkan payung terjun tak terbukak. Terus menjunam dengan tajam ke bawah dan bommmm. Rosak laa kon itu d percubaan kedua kami. Haha. Padahal, percubaan pertama tu menjadi aje. Haihh, nasib nasib.

Roket kedua, Imran dan Imi yang lancarkan. Tup tup, tersangkut kat tiang elektrik. Erk. Aduh! Aku siap ambil tangga lagi.. panjat. Sambil pegang batang penyapu. Haha, tapi tetap tak sampai. Dah laa tali payung terjun tu dah berbelit-belit. Huaaaa, nak nangis! Tapi, nasib baik ada Pak Cik dan Mak Cik tukang kebun dan tukang sapu kat sekolah tu tolong. Pak Cik tu panjat tangga dan cuba jugak nak kasi roket tu turun. Huhu, tapi, botol roket je yang dapat diselamatkan. Sampai sekarang payung terjun tu masih terlekat di situ. Haha, biarlah. Apa pun, terima kasih Pak Cik. Sayang Pak Cik dan Mak Cik, sebab tolong kitorang! Yeahh yeahhh. Apa pun, botol pun dah lembik... makanya, kami buat yang baru aje laa~

Roket ketiga, dilancarkan petang tadi. Nyaris-nyaris tersangkut kat tiang elektrik lagi. Tapi, kami pandang dengan penuh pengharapan... mintak-mintak payung tu bergerak. Akhirnya, dengan bantuan angin yang kuat... roket tu terus meluncur sepanjang tali kabel itu... dah macam flying fox dah! Akhirnya, roket tu mendarat macam biasa. It's a miracle, thanks God :D

Konklusinya, hampir setiap petang berkelah di dataran belakang. Kecoh. Riuh. Dan, best! Letih tapi sangat enjoy~ Haha. Pqah J dan roket, saya sayang awak berdua. Memang pengalaman paling mengujakan laa.



* * * * * *


Sebab sibuk seminggu ini, jarang dapat beramah mesra dengan kawan-kawan. Macam-macam yang jadi. Huhu. Tapi, kita tak boleh judge orang sekiranya kita tidak berada dalam situasi itu. Pengalaman banyak ajar aku. Banyak sangat. Ajar aku untuk bersabar tentunya :)


Iya, aku ni pun banyak khilaf. Al maklumlah, manusia biasa. Sebagaimana aku terima seseorang seadanya... aku harap begitulah orang akan terima diri aku. Boleh? --'


* * * * * *


Hari ini jugak, cikgu-cikgu mesyuarat. Haha, tak dapat dinafikan... hari ini hari yang bahagia :D Hihihi. Nampak kemalasan di situ ye lalala. Sebelum rehat, melepak kat BK. Oh, kami memang sayang bilik itu. Ada Nick, Sapik, Danny Al, Pqah J, Cg Zman dan aku. Well, kami borak-borak remaja je laa kan. Part yang teruja, bila Danny Al cerita pasal pengalaman dia pergi Makkah waktu tunaikan umrah dua tahun lepas rasanya. Dia cerita macam-macam pengalaman. Yang buat kami rasa, kami nak pergi Makkah suatu hari nanti! Untungnya orang yang dah sampai sana :) 


Then, kami borak itu ini. Kongsi-kongsi masalah, pendapat, cerita. Nak tahu tak? Aku sangat sayangkan korang. Terima kasih, sudi muncul sebagai bintang-bintang dalam hidup aku. Bintang-bintang yang mampu melukiskan senyuman pada wajah aku dengan cahaya yang bersinar XD

[bk;140711nms.ms.ad.ns.si | the memoirs of friendship]



* * * * * *


Diam. Dah lama aku tak jadi orang emo. Perasaan itu dah menular sekarang. Merebak. Aku tak suka. Tolong  pergi! Aku dah tak nak jadi budak emo --'


* * * * * *


Aku rindu Kak Arina. Kakak, ke mana kakak menghilang? :'(

Dan, kepada Kakak aku yang betul... sila update belog panjang-panjang tau! Apa kelas pendek, tak macho langsung. XD



* * * * * *


Banyak. Banyak yang buka mata aku. Dan, sungguh. Pengalaman adalah harta yang paling berharga. Kemanisan tidak akan dihargai sekiranya kepahitan tidak di tempuhi. :)


Sekian.






No comments: