Sunday, July 31, 2011

Sepuluh Pagi



Paksa diri bangun pagi, mahu pergi ke sekolah.

Di perhimpunan, rasa macam nak mengamuk hahaha sebab lama sangat. Letih. Pening. Geram. Ceh.

Tamat perhimpunan, masuk ke kelas. Terus tido, sampai pukul sepuluh pagi. Haha, bila angkat muka dan gosok-gosok mata...


"Iqa, good morning."

Kata Faezadti sambil senyum. Erk, haha. Selamat pagi juga. Bestnya dapat tido dalam kelas tanpa cikgu kisah. Kelas aku hari ini, 14 orang aje yang datang daripada 30. Seronok wahh, terutama bila belajar Bio. Sangat menarik. Juga, Sejarah... masing-masing buat kecoh. Alahai, comelnye warga kesayangan hati aku ni... :D

* * * * * *

Di BK. F tanya, kenapa aku letih? Dia tanya aku pergi berkhemah tak?

Di 4R. S tanya, aku demam ke? Hahaha.

Keletihan dan kelesuan mengawal diri aku pada awal pagi. Muka pun dah cemberut sejak masuk ke kawasan sekolah. Macam tertelan ubat masam petala ke lapan. Tapi, semuanya berubah selepas aku dapat tido sepuasnya sehingga pukul 10 pagi.
Ah, Sya Izz memang pelajar yang bagus.. kan? =_="


* * * * * *

























pics280711_the 'selamba-yayaya' moments

No comments: