Saturday, July 30, 2011

Perkhemahan Agung Unit Beruniform '11



Hai :)


Nak tahu tak, aku rasa inilah perkhemahan tahunan sekolah yang paling seronok!


Sangat-sangat mengujakan. Memang menyesal laa kalau tak pergi. Haha, nasib baik aku pergi walaupun berbelah bahagi pada mulanya. Al maklumlah, malas nak mengemas :D


KHAMIS


Pergi ke sekolah. Lepas tinggal beg kat pondok, masuk dalam kelas. Memang tak bawa buku, sebab kitorang bertolak ke Kem Sri Keluang pada pukul 11 pagi. Sementara menanti waktu itu tiba, melepak laa kitorang dalam kelas. Cakap cakap, amik gambar segala bagai. Huhu. Sempat belajar Bio kejap, :D


Dalam pukul 11, ramai dah yang berkumpul kat dataran.. pondok.. tempat bas. Kecoh je semua. Pandu Puteri naik bas dengan Pengakap. Alah, bukan jauh sangat pun. Dalam 15 minit je kot dari sekolah? Entah, sebab tempat itu dekat dengan rumah aku. Lalala. Itu yang mulanya aku rasa malas nak pergi kem tu. --"


Bila dah sampai kat kem tu, kena tunggu pula sekolah lain yang dah bertapak kat sana untuk keluar. Lama laa jugak nak tunggu diorang kosongkan tapak itu. Tapi, yang bestnya.. diorang dah tinggalkan gajet-gajet diorang. Kira kami guna terus je laa kan. Haha, untung... untung :)


Makanya, ber'silat' lah kami di tapak khemah. Oh, pukul 3 petang ada jungle trekking. Bersiap-siap, mendaki Bukit Keluang. Naik tangga... penat! Bila dalam perjalanan turun baru best. Mencabar. Turun melalui jalan biasa je, berpegang pada batang-batang pokok. Dan, kat puncak.. sangat cantik pemandangan pantai!


Malam. Berjemaah di surau... sementara tunggu Isya', ada tazkirah. Tapi, faham-faham je laa. Mata macam tak boleh nak bukak dah. Aduh, mulut menguap tak tentu hala. Serius, rasa nak tido!


Finally, part yang paling best... kembara malam! Sudah laa jauh, lama pulak itu. Ikut jalan pantai... lepas itu pusing ke MRSM Kota Putera.. lepas itu masuk pulak kawasan perumahan kat Limbongan (rasa nak balik jalan kaki ke rumah, haha).. lepas itu keluar ikut jalan Imtiaz pula sampai la ke jalan besar dekat ILIM. Dari masuk ke kawasan Limbongan sampai ke Kem Sri Keluang, aku jalan dengan junior kesayangan hati; Hajar :D Banyak borak, cakap, haha merapu pun ada kot. Biase laa, malam-malam kan. Penat tak terkira. Rasa memang nak baring atas jalan tu je. Pukul 0000, masih kat jalan raya. Haru betul. Tapi, seronok! Sebab, pengalaman berharga ni jalan pada malam-malam buta. Jalan beramai-ramai, berlari-larian. Tak boleh nak ungkap laa betapa syoknya. Hihi.


Sampai kat kem dalam pukul 1 lebih. Pukul 2 baru tido. Huhu, bangun pula pukul 430 pagi. Nampak tak betapa excited nya kitorang berkhemah? Haha, punya laa awal bangun T_T Dua jam setengah je tido. Kesian tau!
































JUMAAT


Bangun awal. 430 pagi. Nak tau kenapa? Sebab, aku.. Mira, Yana dan Asmaq kena memasak. Yang sangat mengharukan.. kami masak mihun goreng dalam gelap. Bertemankan lampu suluh aje. Lampu yang Urusetia pasang kat pokok-pokok tak hidup. Sediakan bahan-bahan masakan dalam gelap, goreng pun dalam gelap. Memang aci redah je laa buat mihun itu. Kejap tambah itu tambah ini. Macam-macam, kecoh je.


Yang terharunya, adik-adik makan mihun itu sampai licin kuali. Terpaksa buat roti telur pula. Atau, kami yang masak sikit? Haha. Diorang cakap sedap! Wahhh, bagusnya adik-adik kami. Sanggup makan mihun yang kakak-kakak masak ni. Walaupun tak sedap sangat, tapi okey laa kan? Hihi. Sayang adik-adik! Mmmuaahhh.


Aktiviti pada waktu pagi, bahagi kepada 2 kumpulan. Yang Pandu Puteri dan Kadet Polis Perempuan... sekali dengan group unit lelaki. Unit-unit perempuan yang lain satu kumpulan. Kumpulan kami, buat flying fox dan kelas kecemasan ke-ape-name. Pak cik JPA ajar ikat mangsa kat pengusung. Lepas itu, baru buat flying fox. Tapi, lelaki laa ramai yang buat. Kitorang sikit je. Huhu. Aku? Tak. Satu; sebab budak lelaki ramai sangat yang berkumpul kat bawah. Huahuahua, walaupun diorang kawan-kawan aku.. tapi, segan laa wei! Dua; Takpe, aku dah pernah main waktu perkhemahan ting 2. Takde laa kempunan sangat. Yeahh yeahhh.


Okey, bila geng lelaki pergi solat jumaat... sepi je kem tu. Makanya, sangat best melepak. Haha, tenang je rasa. Pergi lepak dekat khemah PqahManaf. Pergi dekat khemah Hajar. Yang tak tahannya, main conteng-conteng tangan kat situ. Macam-macam kaler pen. Macam-macam lukisan. Macam-macam tulisan. Haha, seronok.. lepak dengan Aja~ Pqah pun, sampai ke sini dia bawak novel english tu. Haha. Punya laa rajin kan. Di antara khemah KRS dan Pengakap, ada pokok. Boleh duduk. Aku siap panjat lagi. Melepak sambil bercerita yang pelbagai.


Lepas makan segala bagai, bergerak kembali ke tempat tadi. Tukar aktiviti pula. Kumpulan kami main orientering manakala kumpulan satu lagi flying fox. Haha, aku patut berterima kasih pada Perkhemahan Kuala Koh sebab jadikan aku mahir baca kompas. Makanya, penat berlari-larian huhu. Pusing satu kawasan pantai itu. Cumanya, masa kami 15 minit. Okey, no 2. Kadet Polis Perempuan sampai lebih awal 2 minit. Ah, takpe laa. Takde rezeki. Hehe. Sementara menunggu unit-unit lain sampai, kami duduk di jalan. Tengok-tengok gelagat diorang yang masih bermain. Meriaaaaaah. XD














Malam pula, ada Malam Kebudayaan dan Barbeque. Tapi, kami tak buat bbq.. kami buat ayam kentucky. Haha, sedap! Tapi, memang meriah laa malam itu. Dengan asapnya, dengan keriuhannya. Lepas makan, buat persembahan. Yang kelakarny, geng unit-unit lelaki. Ramai je yang buat sketsa kisah cinta laa, cinta tiga segi laa, yang jadi ibu la. Yang kekasih siap main peluk-peluk lagi. Macam, euwww. Dah laa pelukan sangat kemas. Haha, menimbulkan kegelian di hati. Cis. Yang unit perempuan, nasyid... sketsa.. pantun. Geng Pandu buat sketsa. Adik-adik yang urus, memang aku tabik laa dengan diorang. Budak-budak yang baik, kakak sayang kamu semua! <3


Orang lain tidur agak awal. Tapi, aku pergi kat pokok KRS Pengakap itu. Melepak dengan Aja dan PqahManaf. Dengan PqahManaf, macam-macam cerita. Haha, siap cakap lagi kat dia.. dah lama tak berdua-duaan, jadi inilah masanya! :D Tidur dalam pukul 1 lebih, bangun dekat pukul 6. Haha, punya laa lewat. Yang abang Urusetia tu tak habis-habis dengan bunyi siren nak kasi kitorang bangun. Aduyai.














SABTU


Lepas subuh, bersiap-siap.. berkemas untuk pulang. Kosongkan tapak khemah. Huhu, sedih T___T Dalam pukul 10 lebih, ada majlis perasmian penutup. Pandu Puteri dapat hadiah sebab menang no 2 orientering dan dapat hamper cabutan bertuah. Haha. Tapi, Pengakap memang power laa. Banyak sangat hadiah diorang menang. Tapi, kitorang boo je kat diorang. Mana taknya, pelbagai aksi buat bila menang. Tepuk laa, siap iring ketua dengan bendera. Haha, lucu. Semangat berpasukan kan, :) Dan, Pengakap juga yang menang Unit Terbaik Keseluruhan. Haha, tahniah!


Oh, wakil PPD sempat cerita pengalaman dia berkhemah tahun 70-an di tempat yang sama tapi masa itu KSK belum wujud laa. Dia cakap lagi, waktu tu ada Pengakap dan Pandu Puteri. Pengakap punya laa excited tepuk tangan. Kami diam aje. Senyum. Bila Hajah tu cakap kenapa pandu tak tepuk tangan... semua kepala berpaling ke arah kitorang. Kitorang duduk kat belakang sekali. Haha, dengar laa desas desus diorang cakap kami malu. Sebab? baju haha. Entah macam mana laa aku boleh terjebak dalam Pandu Puteri ni. Hari selasa yang menyeksakan. Haha, bajunya agak faham-faham je laa. Mungkin yang 'tercantik' antara unit-unit lain. XD













































Apa pun, aku bangga dapat jadi sebahagian ahli Pandu Puteri SMKANI. Dan, perkhemahan ni.. memang good job laa! Kami yang paling tua, yang jaga adik-adik. Adik-adik pula memang macho dan riuh. Terima kasih, sebab bagi kerjasama. Kak Iqa sayang adik-adik!

Adik-adik; Nani, Jihah, Wahi, Dira, Naha dan semua. (sorry, akak tak ingat semua. muka je ingat)

20 orang ahli Pandu Puteri.
Perkhemahan Agung Unit-unit Berunifom 2011.
Kem Sri Keluang.

PakCik Jurulatih yang garang tetapi kelakar. Haha, selamba-yaya je panggil pakcik. ^_^

Akhir sekali....

Terima kasih; untuk kenangan manis itu.
                                     cerita indah itu.
                                     memori suka duka itu.




5 comments:

tg najihah said...

coOoOl ... k.iQa ... like ur blOg ... niCe , <3 it ,, go,go ...

tg najihah said...

coOl k.iQa .. like ur bloG .. ! go,go

Sya Izz said...

haha, tq jihah busuxx~

The Princess said...

menyibuk lagi sini hek hek


benci budakkkk tuhhhh
pic yg kedua tuh


lalalalalalalala

Sya Izz said...

babak gane mu ni jar?

kite kena saling menyayangi, mencintai saudara2 kite. yeahh3. n then life will be happier ever after~