Rabu, Khamis dah tak pergi sekolah. Ahad (esok) insyaAllah tak pergi jugak. Huhu. Entah kenapa, buat pertama kalinya dalam tahun ini aku rasa macam tak nak ponteng sekolah! Nak pergi sekolah, tapi keadaan tak mengizinkan rasanya. Haha, banyak laa kau. Yeahhh. Yeahhh. Sesuatu yang baik bagi aku, sebab tahun ini memang aku lah orang yang paling 'sayang' akan sekolah huhu.
Okey, kakak kesayangan aku dah bahagia hidup di universiti barunya huhu. Hari Khamis pergi hantar dia kat UoN MC haha pandai-pandai aku aje buat nama singkatan XD Secara zahirnya, aku memang malas nak pergi jalan jauh-jauh. Huhu, Terengganu ke Selangor itu jauh ye. Tapi, disebabkan kakak aku.. aku pergi laa jugak. Lalala. Dalam perjalanan yang berjam-jam itu, sempat aje aku baca buku Menemukan Makna Hidup. Hmmmm. Buku indonesia, pinjam kat maktabah sekolah. Rupa-rupanya, buku itu kali terakhir dipinjam ketika tahun 2001. Wah, bayangkan betapa lamanya :)
Isi dia best jugak. Tapi, aku terkesan sangat dengan tajuknya. Menemukan Makna Hidup. Tak henti-henti aku ulang dalam hati. Rasa macam, dalam sangat perkataan tu. Makna hidup? Apa makna hidup aku? --' Pencarian yang belum aku ketahui hujungnya...
Oh, dalam perjalanan.. Pertamanya, nampak signboard simpang ke Taman Negara Kuala Koh. Fine, lagu Sungai Lui automatik berlagu di hati sambil nampak laa imbasan-imbasan kenangan kat sana! Aduhai, menyesakkan jiwa raga betul. Jalan depan lagi, nampak pulak yang simpang ke Homestay Batu Papan. Makanya, automatik laa lagu 1Malaysia sambil terbayang wajah-wajah geng KRN! Ceh. Sedihnya. T_T
Hurmmm. Terus terang, aku rasa aku dah mula rindukan kak aku. Huhu. Tapi, tak kan lah aku nak mengaku kat dia pulak. Hilang kemachoan aku nanti. Haha. Nak jumpa dia, dia balik pun nanti raya nanti. Itu lah, waktu dia kat rumah... asyik bertekak tak tentu hala hehe. Bila dia dah takde, baru rasa kehilangan lalala. Aku nak kawan dengan siapa nanti kat rumah? Oh. Aku lah jadi kakak sulung lepas ni. Huhu. T_T
Pssst: Pertama kalinya aku menulis tajuk entry dahulu sebelum menulis entry yang berjela-jela :)
Psssssttttt: Aku tahu kakak aku tak kan baca post ni lagi! Haha, Tuhan... jangan bagi dia baca ye? --'
4 comments:
wekkk..koya2..
arghhhh, nape ko bace? wat malu ak jeee~ :P
sapo suruh g tulis..lps tu kato malu...huhu...:P
bukn ore tulis ni, hantu raye ore hahahaha. --'
Post a Comment