Hai.
Hari Sabtu, pada malamnya... papa dan mama pergi ambil Ayah Sue & family kat airport. So, aku lepak laa kat rumah Ayah Chik. Main-main dengan 'Akif. Sambil-sambil tengok bola. Haha, tertekan sungguh aku dengan bola. Hui hui hui, rasa macam nak terjun bangunan je tengok diorang main. Nasib baik ada my Safee Sali, boleh laa jadi penyejuk hati hahaha.
Lepas habis bola, sama-sama berkumpul depan laptop lepas tu tengok cerita Karak. Takde la seram sangat tapi ada laa babak-babak yang membuat aku rasa erkk terpukul. Bab baca ayat Quran.. hafal tapi tak tahu makna.. tak yakin. Kira memang zapp masuk ke hati laa~
Selesai Karak, tengok KL Gangster. Sikit-sikit gaduh, sikit-sikit tumbuk. Aduhai, ganas betul. Konklusinya, bagi aku biasa je laa filem tu. Zizan je laa yang jadi penyeri suasana. Haha. Jadi, lepas habis tu.. tak tau nak buat apa.. Diorang balik pun dalam pukul 1 pagi. Erk. Layan je laa, lepak-lepak dengan sepupu kesayangan.
Konklusinya, tidur pukul 2 pagi huhu. Dah lama tak tidur lewat macam ni. Hasilnya, nah... tersengguk la engkau kat sekolah. Tapi takpe, nak dijadikan cerita... ada program multaqa tingkatan 5 kat sekolah. Kira belajar Sejarah je laa. Haha, nikmati waktu-waktu indah di sekolah.
* * * * * *
Untuk Madieyy kesayangan, tak sangka! Terharu gile. Bila aku masuk je kelas lepas waktu rehat, girls senyum dan cakap kat aku..
"tu, Sena kasi tuu.. kongsi-kongsi laa ye..."
Aku dengan blurnya tengok tersangkut beg kertas kat kerusi. Haha, bukak tu.. tengok ada kek atau biskut.. entah laa, campur gitu.. Perisa coklat. So, aku bahagikan dan makan kongsi dengan girls lain. Uhuuu, thanks sayang! I love you so much!
* * * * * *
Rasa macam tak sabar nak tunggu Ramadhan... :)
Maka, akan teringat laa hikayat ramadhan tahun lepas kat aspuri. Huahuahua, rindu sangat!
Bila petang; siap-siap pergi beli air blend kat luar pagar. Takpun, pergi Bazar Ramadhan ramai-ramai dengan bas. Beli itu ini. Haha.
Bila malam; terawih sama-sama. Dah laa, perangai jenis pilih imam. Haha, tak elok sungguh. Time kena Imam D.. memang uhuuuu macam sedih je haha. Time dengar suara Imam F, erkk terus kitorang semangat! Ish ish ish.
Bila sahur; susah nak bangun. Bangun, basuh muka.. makan biskut sambil layan novel. Huhu, boleh kira berapa kali kitorang turun pergi makan kat dewan makan :D
Teringat, kisah nakal. Kat Aspuri memang tak boleh solat dalam bilik. Kalau kena tangkap, naya! Haha. Nak dijadikan cerita... malam itu memang malas sangat nak pergi turun berbuka puasa kat asrama. So, dari rumah dah bawa segala jenis makanan. Makanya, makan dalam bilik saja. Punyalah hampar surat khabar... lepas itu makan banyak-banyak sambil bercerita. Solat lepas tu baru turun pergi surau. Haha, bagus punya perangai.
Actually, selalu je solat dalam bilik. Terutama, Asar Subuh. Nasib tak pernah kena tangkap huhu. Kekadang, bila rasa nak buat nakal... solat Maghrib pun dalam bilik. Argh, perangai jahat tahap tak ingat. Hihi. Nasib laa, dah laa duduk dengan geng satu kepala. Kira susah senang bersama laa ni :)
BILIK 13 dan seluruh isinya... 10 puteri yang menawan; terima kasih untuk kenangan pelbagai warna itu!
* * * * * *
Tahu tak? Rasa bahagia dah sekarang. Rasa macam di waktu tingkatan 3. Bahagia; dengan sekolah. Haha. Bermula 1/7/11... perasaan tu dah datang balik. Perasaan sayang yang mengumpamakan 'saya sayang sekolah guru dan kawan saya! :)' Thanks Geng 4Rock, korang... kekuatan aku XD
Allah, terima kasih.. sebab bagi aku rasa indahnya ceritera hidup dengan memaknakan setiap mereka yang hadir sebagai penyeri hati :D
Kalau dulu, memang sekolah dah jadi tempat paling akhir aku nak pergi. Haha, seksa sungguh. Betul laa, kuatkan diri.. Alah bisa tegal biasa kan... Yang penting, tidak berputus asa dan terima seadanya :)
* * * * * *
Khamis ini BOLA tapi, kena pergi PERKHEMAHAN TAHUNAN. Huwaaaaa T____________T Nak tengok my Safee Sali main. Oh, K-rol Famy pun ada yeahh yeahhh. Malaysia boleh!
Redha je laa. Terkilan hahaha. Nak tengok nak tengok!
Cikgu... sila pasang skrin besar ye kat perkhemahan tu? Boleh kita tengok ramai-ramai, haha XD
* * * * * *
PS: Junior Azhan, hai kamu.. ! (:
2 comments:
alO my senior wekekeke <3
^_^
Post a Comment