Monday, July 4, 2011

Sometimes I Wonder


Bismillahhirrohamanirraheem.






Nak jadi kawan yang baik, yang memahami... memang susah. Sebab, kadang-kadang aku sendiri sukar nak mengawal diri. Ye laa, bila diri di kawal emosi... sukar nak fikir pasal perasaan orang lain. Memang, manusia semuanya ada perangai yang berbeza. Perangai yang macam pelangi, :D Macam-macam warna ada.

Orang cakap... aku ni peramah, mesra. Haha, memang peramah laa sangat --' Mungkin sebab aku sangat suka bercakap. Pengalaman banyak ajar aku tentang bagaimana nak kawal emosi. Perjalanan kehidupan banyak ajar aku nak jadi orang yang cool. Makanya, aku hargai mereka yang ada dalam hidup aku. Malah, aku berterima kasih kepada mereka; wajah-wajah kesayangan hati kerana sudi memasuki ruang hidup aku dan memberi warna pada lorekan-lorekan kenangan di hati.

Sangat susah nak tersenyum di kala ada sesuatu yang tak kena di 'hati'. Dan, diam itu lebih baik. Lamanya, lamanya tak jadi orang yang diam. Bila aku diam, aku suka perhatikan wajah-wajah yang mengelilingi aku. Sambil tersenyum dalam hati. Sungguh laa, salah satu anugerah hidup yang Allah bagi adalah mereka; keluarga, guru-guru, kawan-kawan, seniors juniors, rakan alam maya dan orang yang walau hanya terserempak di jalanan lalu berbalas senyuman :) Melihat wajah-wajah mereka yang gembira dan ceria, adalah sesuatu yang mengujakan. Hebat kan Allah. Dia hubungkan hati-hati kita dengan rasa cinta, rasa sayang yang sukar ditafsirkan.

Walaupun begitu, aku manusia yang tidak sempurna. Jauh sekali. Maknanya, tak mungkin aku dapat jadi kawan yang betul-betul baik. Aku takut, aku takut kehilangan mereka yang aku sayang. Kalau berpisah, biar hanya maut memisahkan. Bukan sebab lain.

Beralah. Mengalah. Orang cakap mengalah tak semestinya kalah. Kalau aku, aku memang tabik orang yang suka mengalah demi kebahagiaan orang lain. Haha, macam dalam novel ~ Takde laa, orang cakap pada aku... persahabatan itu maknanya bertolak ansur. Kita tak okey pun takpe, asal kawan kita okey. :) Serius, apa ye orang kata. Konon-konon ibarat, kalau kita sayangkan seseorang.. lepaskan dia pergi dan biarkan dia berbuat apa sahaja. Walau kita dying inside pun takpe, asal dia bahagia. Novel yang selalu cakap macam ni haha.

Aku sangat fobia, pada pergaduhan atau perbalahan. Hidup aku akan jadi tak tenang, dan aku akan rasa diri aku ni sangat-sangat bersalah. Teringat pulak waktu aku TERgaduh dengan Cik Q kesayangan. Masing-masing ego je tak bertegur sapa sampai hampir seminggu. Tak keruan aku jadinya. Waktu tu, aku selalu rasa nak tegur dia dulu. Konon-konon nak beranikan diri, nak selesai masalah. Tapi, bila dah berdekatan... rasa berdebar. Fobia, aku takut kalau tidak dipedulikan. Aku takut kalau aku dibuat macam halimunan. Ya, aku sangat suka berfikir perkara negatif terlebih dahulu lalala. Makanya, aku berterusan diam. Iye laa, lidah kelu. Pengakhiran cerita, bila budak bertiga tu masuk campur bla bla dan bla... aku mesej je Cik Q. Empat kali aku hantar mesej, nak cakap panjangnya luahan hati aku tu. Menulis itu lebih senang daripada bersuara. Haha. Akhirnya, kitorang berbaik macam tu aje. :D

Sungguh, pengalaman guru yang terbaik! Belajarlah daripada pengalaman dan contengan kenangan dalam kehidupan :)





PS: Aku tak tahu aku sedang membebel apa ni,
random words and title.



* * * * * *

Throughout my life, I have always been afraid of losing the people I love. But then, sometimes I wonder, is there anyone out there afraid of losing me?


*serius, ada ke orang yang takut kehilangan aku? Ha. Ha. T_T