Friday, September 30, 2011
300911290911280911
J 30092011
- 7 jam. 0930-1630. Penat, di sebalik gelak dan tawa. Waaa waa waaa. Harap semuanya berbaloi nanti. Aminn. Terima kasih terima kasih, perempuan manis.
K 29092011
- Perang saudara. SIAA & ADK. Watak pembantu; NMS & HM. Penonton setia; Warga 4Rocks. Euwwww. Haha, memang hari mengamuk habis-habisan -_-'
Nanti dah tamat perang, baru cerita completely. Sekarang, partially je laa. XD
R 28092011
- Pembentangan BA. Aku, Husna, Anis. Huuuu. SIAA & HMR & NANO. Kenangan manis; pembentangan ketawa namanya itu. Biasalah, Anis yang paras adrenalin-nya cepat naik... memang suka menggeletek hati kami. Hailaa Anis, comel comel. :D
Main gantung-gantung kad. Beautiful memoirs with NMS, IHH, NS, NN. Wuuuu wuuuu. Sayang classmates saya banyak-banyak ^^
Monday, September 26, 2011
Saturday, September 24, 2011
Semarak Merdeka 2011
Hari ini ada acara Semarak Merdeka. Hmmm, peringkat daerah. Yeahh, Daerah Besut. Memang meriah laa kot. Kitorang ni, peserta larian je. Uhuuu. Lari laa sangat. Kitorang melenggang je. Hihi. Mana taknya, jauuuuh. Huhu, dari Sekolah Seri Nering sampai laa ke Jerteh Souq. Wuuuu. Tapi yang seronoknya, rasa macam jalan itu kami yang punya. Haha, ye laa. Selalunya sibuk dengan kereta kan, tapi kali ini seronok je main lari-lari kat situ XD
Aku main lari-lari dengan Husna, Hani dan Nadia. Ouh. Kenangan dengan kawan-kawan tu laa yang seronoknya. Kalau ikutkan, aku tak laa suka sangat acara macam gini hihi ni pun kali pertama pergi sambutan macam gini. Tapi, bila pergi dengan satu pasukan cewaahhh pasukan sekolah bersama sang-sang kesayangan hati.. tetiba jadi macam waww, sukanya dapat cipta kenangan dengan mereka :)
Yang kesiannya, geng lelaki. Bas hantar kami dulu; tapi bas tak dapat pusing balik untuk ambil geng lelaki pulak. Huuuu. Dan, masa lepak-lepak dengan dataran tu dengan Cg Azli sambil menghitung masa untuk pulang... tup tup dapat hadiah cabutan bertuah! Haha, punya laa teruja kitorang ni sebab Cg Azli kasi kitorang pegang nombor-nombor cabutan untuk geng lelaki. Ada laa tebal dekat seinci. Wuuu.
Najihah laa paling teruja. Kalut ni Hani, Nadia, Husna, Najihah cari nombor yang disebut disebalik timbunan kertas yang ada kat tangan. Haha, buat malu kat orang je -_-' Tapi, memori terindah tuuu! Haha, tak tau laa kipas tu nak letak kat mana nanti. Haha, hak milik bersama :P
Kami pusing-pusing Jerteh dengan suka rianya. Konklusinya; terima kasih untuk kenangan yang cukup indah. Teringat KRN laa :( Okay okay, September 24 2011;nottobeforgotten ~
* * * * * *
Hari ini 'Eid Milad' sahabat kesayangan hati aku.
Aku kenal dia dari Darjah Satu lagi, dan kitorang memang kawan baik ketika di sekolah rendah. Di mana ada dia si situ ada aku hehe. Sekarang, kitorang masih lagi satu sekolah dan masih lagi kawan baik :D
Aku sayang Mila. Sanah helwah, 'Amila Wajihah Mohd :D
Darjah 1 ---------> Selamanya.
Detik persahabatan kita tidak akan pernah terhenti, kerana saya sayang Mila sampai bila-bila.
2002 -----> 2011
Dah hampir 10 tahun kita kenal kan? Wah, lamaaaa tu. Tapi, sayang saya pada Mila tak pernah pudar. Malah, bertambah-tambah XD
* * * * * *
Ada orang hadiahkan aku lagu SkyScraper. Wah, terima kasih wahai perempuan kesayangan hati.
Alahai, penatnya belajar. Tapi, itulah... harap semuanya berbaloi-baloi. Yeah yeah. Usaha! Usaha! Semangat! Semangat! Orang tuu siap pesan agar percaya kat diri sendiri. Haha, percaya laa ni! :D
Friday, September 23, 2011
Kartun
Ahaaa, cantik tak Ipa menterjemahkan aku menjadi kartun? Huuuuu. Okay, okay. Terima kasih, sayang! XD
Terima kasih daun keladi, lain kali buatlah lagi :)
Cakap pasal kartun, tak pasal-pasal Cikgu Admet kat tuisyen cakap aku ni macam kartun. Waaa waaaa T_T Biasalah, bila masuk bab-bab belajar nombor-nombor ni... memang aku jadi kartun. Jihah kata muka aku terus takde perasaan bila belajar matematik. Haha, memang. I can't deal with numbers ~ Tapi, sampai bila la kan? Oleh itu, tidak boleh berputus asa. Usaha. Usaha. Usaha. =_=' Aku akan cuba untuk menyayangi nombor sebagaimana aku mencintai huruf. Warghhhhhh. Menyeksakan betul. ^^
Aku cakap pada dia, sudi tak buat permulaan baru dengan aku? Aku tahu, krisis kami banyak sangat tahun ini. Haha, memang tahun penyeksaan dugaan cabaran laa untuk persahabatan kami. Tapi, aku betul-betul rindu dia :'( Apa pun, pengalaman mematangkan kitorang dan harapnya... kitorang tetap akan jadi kawan sahabat teman baik untuk selamanya :D Dah taknak main gaduh-gaduh, dah taknak main tak puas hati, dah taknak main daaaah. Cuma nak, segalanya dapat diperbetulkan semula. Itulah, yang penting... saya sayang kawan-kawan saya ^_^
Ahaaa, dah dah. Masa untuk bercerita dah tamat. :)
Wednesday, September 21, 2011
Their Birthday; Sept 21
Hai, hari ini ada birthday girl dan birthday boy dalam hidup aku. Cewah. 21 September.
Untuk birthday girl;
Selamat bertambah cantik
Selamat bertambah comel
Selamat bertambah cute
Selamat bertambah manis
Selamat bertambah baik
Selamat bertambah ayu
dan, selamat menjadi muslimah yang baik :D
Iqa sayang Kakak. Kita kira dah macam kembar dah kan? Kat rumah laa. Haha, kat sekolah punya lah konon-konon bukan sepupu. Profesional gitu, haha. Gedik betul, kan? Haha, Kakak... Iqa sayang Kakak. Kakak, semoga sentiasa bahagia dalam hidup. Semoga bahagia dunia dan akhirat. Huuu, Iqa sayang Kakak sangat-sangat walaupun kat sekolah orang tengok kita ni macam biasa-biasa je. Ingat lagi tak pakatan kita waktu tingkatan 1? Kat sekolah, kita kawan! Haha. Kat rumah baru jadi sepupu. Alahai, apa laa --'
Kakak simpan tau surat cinta yang Iqa kasi tu! Hahaha, comel kan? Wah, tak dapat disangkal lagi. Okey, okey. Cuma, nak cakap... terima kasih sebab sudi jadi sepupu yang baik, kawan yang memahami, dan kembar yang comel! ~
Selamat bertambah tua, ohh sila kasi Iqa hadiah nanti birthday Iqa. Terima kasih XD
Mak Cik! Ahaaa, dah boleh panggil Kakak... Mak Cik! Hahaha.
Untuk birthday boy;
Selamat bertambah hensem
Selamat bertambah macho
Selamat bertambah tampan
Selamat bertambah manis
Selamat bertambah baik
Selamat bertambah maskulin
dan, selamat menjadi muslim yang baik :D
Okay, tak tahu nak ucap apa sebab dah tulis berjela-jela dalam warkah untuk mu. Hehe, cuma aku nak cakap je laa. Selamat bertambah tua. Haihh, dah cukup umur ye kawan-kawan aku. Itulah, birthday awal sangat. Naa, aku lambat lagi. Sebab itu lah aku ni awet muda huhu.
Apa pun, sila simpan 'Encik Smiley' baik-baik! Senyum itu sedekah ~
* * * * * *
Misi 20Hari bermula! Bismillah~ In the Name of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful.
- Sila jangan tido dalam kelas. Waaaa, fokus fokus fokus -_-
- Sila pegang buku tanpa rasa jemu. XD
- Sila buat apa-apa yang patut dibuat :D
* * * * * *
Tuesday, September 20, 2011
Semarak Merdeka
Hari ini, macam erm agak bahagia jugaklah :D
Awal-awal lagi dah kena perhimpunan unit. Hailaa. Bila nak habis Ko-Ku ni? --'
Alhamdulillah, dah okay. Hmm, buang yang keruh ambil yang jernih. Tak nak dah fikir benda yang lepas-lepas. Ye laa, semua manusia tak sempurna kan? Tulislah keburukan seseorang itu pada pasir agar senang dibawa angin lalu dan pahatkanlah kebaikan seseorang itu pada batu agar tidak hilang untuk dikenang. Okay, okay. :)
Lepas waktu belajar, terus menghias kelas. Okay, program hari ini adalah menghias kelas sempena semarak merdeka. Wah, entah apa la yang kitorang nak hias. Kitorang ni pun, kagum jugak dengan budak tingkatan satu... punyalah bersungguh diorang buat semarak merdeka ni. Bendera besar kecik situ sini, alahai sampai kitorang pun kadang-kadang tergelak sambil cakap diorang skema. Wuuu wuuuu, maaf lah ye. Akak-akak kamu ni memang kurang semangat sikit bab-bab kena main hias-hias ni. -_-' Kelas aku pun cuma ada satu Jalur Gemilang besar je. Heee, tengok laa siapa yang lekatkan... ^^
T_T Peperiksaan akhir tahun, tinggal 22 hari lagi. Huuuuu, haru haru. Dah takde semangat dah nak buat semarak merdeka. Aci tak kalau buat semarak fizik, khemiyya, bio, addmath ke? Huhu.
Punyalah bising satu blok tadi. Haihhh. Sempat main-main dengan MSA waktu cakap-cakap dengan PMH. Haha, menggedik je lebih --' Tapi, takpe. Terima kasih sebab sudi jadi kawan yang membahagiakan waaahahaha.
Ehemm, sekarang dah had masa untuk melayari internet ini. Cewahh, rasa berdebar dah ni! Peperiksaan akhir tahun ni macam, erk penentuan hidup atau mati haha. Serius.
rasa rindu laa
PS. Wah, Zahir memang kawan yang concern dan baik ^^PS II. Hai, lama tak dengar khabar orang di sana. Rindu laa rindu laa. Kalau rasa awak tu kaya, sila sila la share ringgit malaysia ke nombor gua ye? XD
Monday, September 19, 2011
Alhamdulillah
Alhamdulillah, 'ala kulli hal.
:)
* * * * * *
Kena sindir dengan Cena sayang, konon-konon dah berusrah sangat lama dengan PMH. Haha. Usrah laa sangat. Lama, lama bercakap. Macam selesaikan masalah dunia kot. Lalalala, MSA pun masuk campur gitu-gitu. Tapi, faham-faham je laa bila MSA bukak mulut.. alahai, asyik nak gelak saja. Walau apa pun, terima kasih banyak-banyak.
* * * * * *
Dah, dah. Jom, hidup dengan bahagia :D
Saturday, September 17, 2011
4 Ibn Rushd
Ilman, Zakwan, Nik, Syafiq, Aidil, Ajwad, Zulhilmi, Aziz, Danial
Fatin, Faezadti, Narhana, Hajar, Ainina, Farahim, Azlina, Athirah, Zarifah, Husna, Syafiqa
Anis, Liana, Nazifa, Eisyatun, Syafiqah, Aina, Maisarah, Aishah, Nabilah
Nah, itu gambar kelas untuk tahun 2011. Macam senget je kan? Haha, tapi tak kisah lah. Tetap nampak cantik bagi aku sebab kesayangan hati aku semuanya ada. Yeah yeah. Susunan pun macam tak stabil kan? Haha, entah macam mana la aku boleh berdiri tepi Pqoh. Kan jelas kelihatan kependekan di situ, hua hua hua. Sekali lagi, tak kisah lah. :)
Sayangnya aku pada mereka yang ada dalam gambar itu. Alahai.
Ingat lagi, awal-awal tahun dahulu... huuuuu. Memang haru la. Kami macam kekok sesama sendiri. Ye laa, dulu ada geng masing-masing. Sekarang tiba-tiba kami kena sekelas dan Tuhan je laa yang tahu perasaan kami waktu tu. Haha. Dulu, geng aku kelas 3R. Geng diorang kelas 3K. Kami macam, yeah kawan tapi tak rapat sangat laa. Mungkin sebab faktor kedudukan kelas ketika di tingkatan 2 di mana kelas K sahaja yang duduk sederet dengan kelas tingkatan 5. Manakala, R dan S berjiran bersama tingkatan 6. Itu yang kami macam rapat dengan kelas S. Bila di tingkatan 3, baru laa bunga-bunga kasih sayang bercambah sebab semua budak tingkatan 3 duduk sederet. Yeah. :)
Tapi, faham-faham je laa bila kena duduk sekelas dengan orang yang kita tak biasa... kelas pun jadi macam pelik je kan? Haha, aku lagi laa. Awal-awal tahun dahulu, memang bangun pagi rasa malas sangat nak pergi sekolah :( Memang gila petala ke sepuluh laa waktu tu. Rasa sakit jiwa sangat, sebab aku rindukan kawan-kawan aku yang dulu. Pertama kalinya dalam hidup, sampai terpaksa bersesi kaunseling. Huhu. Jangan cakap laa macam mana, sampai pada satu tahap aku cakap... tingkatan 4 tahun yang paling menyakitkan! Memang tema hidup aku waktu tu struggle to survive la.
Segalanya berubah, bila aku mula mengenali Nazifa (wah, Ipa.. mesti mu bangga aku letak nama mu dalam blog kan? Waahaha) Sebab dia, aku dah mula kenal dengan kawan-kawan lain. Kenal tu, memang dah lama kenal... tapi, kenal secara mendalam tu belum.
Ipa kembalikan aku yang dulu :) Sampai satu tahap, aku fikir sampai bila nak jadi macam ni kan? Setahun, setahun aku akan bersama mereka.. kenangan hanya untuk dikenang bukan untuk diingati. Cikgu laa yang cakap. Huhu. Okey, lepas tu aku mula berlagak macam biasa. Macam aku yang dulu. Yang banyak cakap, yang selalu pot pet pot pet -_-'
Perlahan-lahan, hati aku dah mula terima mereka. Okay, dah mula sayangkan mereka. Dah pandai menggedik dengan mereka, bergurau senda. Tambah-tambah, mereka pula macam guardian angels aku. Penyeri hidup aku. Aku ingat lagi, ketika bulan April... aku cakap kat cikgu yang bulan baru semangat baru. Sejak itu, aku dah kurang moody. Well, hidup kena lah berbahagia kan? Hihi. Dan, tika masuk bulan 7... aku dah jadi sangat-sangat rapat dengan mereka. Setiap kali bangun pagi, mesti aku terfikirkan mereka dan aku senyum. Nak pergi sekolah, nak jumpa mereka sebab rindu mereka. Nak belajar dengan mereka :D
Tuhan je laa yang tahu, bagaimana sayangnya aku pada mereka. Kalau awal tahun dahulu, aku tak terfikir pun yang aku akan menyayangi mereka sebegini rupa. Yeaahhh, setelah berbulan-bulan kami duduk sekelas.. tak kan lah masih tak tumbuh rasa sayang tu kan. Makanya, tak kenal maka tak cinta. Betul laa tu! ^^ Sekarang, rasa sayang sangat nak biarkan masa berlalu. Tak tak. Rasa tak nak pun masa berlalu sebab tak sanggup nak hilang mereka lagi. :(
Tapi, apa yang aku belajar ialah.... kasih sayang memang ada dimana-mana. Untuk sesiapa yang mahu dan untuk sesiapa yang mencarinya.
Untuk;
Ime, Zack, Nick, Sapik, I-dil, J-wad, Ijo, Aziz, Nyaa
Fatin, Faeza, Hana, Hajar, Nina, Farah, Lina, Thirah, Za, Cena, Pqoh
Anis, Yana, Ipa, Syatun, Pqah, Aina, Mai, Shah, Bilah
Terima kasih, sebab sudi menceriakan hari-hari dalam hidup Sya Izz.
Terima kasih, sebab sudi jadi orang-orang terindah dalam hidup Sya Izz.
Terima kasih, sebab sudi menghadirkan diri dalam hidup Sya Izz.
Aku sayang korang, sangat-sangat.
Lagipun, mereka suka memanjakan aku. Haha.
Ipa, yang sentiasa berkasih sayang dengan aku. Haha, sehari tak sah kalau tak cakap.. aku sayang mu. Mu sayang aku tak? XD
Anis, yang sangat penyabar dengan aku. Selalu, selalu je bila aku tak jumpa cari kertas-kertas yang bertimbun dalam fail... mesti dia tolong. Mana taknya, bila aku tak jumpa cari.. terus aku masam atau istilah yang kami panggil ialah 'mecok' haha lepas tu mula la Anis ambil fail aku dan belek-belek kertas dalam tu. Memang, memang selalunya dia akan jumpa. Hailaaa.
Farah, yang sentiasa memanjakan aku kat surau. Sementara tunggu iqamat kan, mesti aku pergi dekat dia. Lepas tu, selamba yayaya tidur atas riba dia sambil cakap nak tido nak tido. Haha, dia pun gosok-gosok belakang aku. Pqoh pun sama, suka manja-manja dengan dia :) Diorang layan aku macam budak kecik, haha dan korang haruslah mengaku yang korang memang sayangkan adik bongsu korang ni kan? Hihi.
Pqah, haaa kak long nama gelarannya. Penolong yang sangat manis haha. Sayang dia. Cena pun, bekas penolong tahun lepas. Tika itu, kitorang panggil dia Mama Rock. Haha, sayang Cena yang sentiasa ada disamping aku huhu. Muahhh.
Sapik, okey yang ni memang kawan baik aku yang sangat baik. Tambah-tambah, bila dia duduk di depan aku. Memang haru laa hidup kalau dia ada. Ada je perkara yang dia nak buat orang gelak. Dia pandai melukis kartun yang mencuit hati dan pakcik-pakcik Danbo dulu tu.. aku la yang paksa dia lukis. Dia pun agak jiwang, okey sangat jiwang kot haha sebab dia sangat suka tulis kata-kata. Dia baik, sangat baik. Dulu pun, dia laa antara mereka yang selalu 'basuh' aku tatkala aku rasa dunia aku ni tak berwarna waaaaa.
Ikutkan hati, nak aje aku huraikan satu-satu tentang mereka hihi tapi akhir tahun nanti lah... baru syok sikit! Hui hui hui, dah panjang sangat kot catatan hari ini. Hehehe. Oh, baru balik dari rumah Che Ma. Ada majlis bertunang. Yeah, pertama kali tengok secara live hihi. Comel aje~ Omaigod.
Okey lah, cukup lah untuk hari ini. Tak terucap rasanya sayang aku pada Kanak-kanak 4Rock. Ya, aku sayang korang semua. Kalau korang nak tahu, korang macam bintang-bintang yang muncul di malam hari. Sentiasa menyinari hati aku ~ :D Untuk pengetahuan korang, aku sangat suka bintang-bintang. Jadi, malam-malam nanti korang bolehlah pandang langit dan lihat bagaimana cantiknya korang yang aku umpamakan sebagai bintang-bintang hati aku. Cewahhh.
Thursday, September 15, 2011
9 September
Ini cerita 9 September yang lepas, cerita bersama sang-sang kesayangan hati :)
Banyak cerita tersimpan :)
- Jatuh basikal dengan Aina. Haha, waktu tu baru balik beraya dari rumah Eme huhu kitorang naik satu basikal. Entah macam mana boleh jatuh tup tup gelak je laa haha. '_'
- Makan sate sangat banyak, erm 26 cucuk rasanya. Haha, lantaklah... penat kayuh basikal. Orang lain tengah borak-borak, aku lepas satu cucuk, satu cucuk pula. Mulut tak berhenti mengunyah haha terima kasih je laa tuan rumah :)
- Tidur rumah Cikgu Sue dengan Ada. Sebenarnya, sampai malam lepak bertiga dengan Aimann. Lepas Aimann balik, tinggal berdua je laa. Hailaaa, seronoknya tido kat rumah cikgu huhu yang paling penting... seronok dapat buat sepah dalam bilik Aifaa. Haha, budak KISAS tu tak balik lagi... rindu dia :)
- Ulangkaji Fizik di rumah Qilah. Okey, boleh pula aku tertido. Amanda je laa yang bersungguh kannnn... Hehe, mata tak boleh bukak dah. Mintak maaf untuk itu :(
- Melepak kat rumah Amanda. Huhu.
- Yang paling seronok, dapat bawak Ada balik rumah dan tido bersama-sama aku sebelum kitorang pergi ke sekolah bersama-sama pada keesokan paginya. Hehe. Aku suka kalau kawan-kawan asrama datang tido rumah aku. Haha, berebut dengan Aimann dan Aina nakkan Ada. Haihh, tak aci tak aci. Kat rumah Aina, dah ada PqahJ dan TNad. Jadi, Ada.. aku yang dapat. XD
Konklusinya, kenangan yang indah bersama mereka. 090911;forever to remember~
PS. Aku sangat suka doa Dhuha. Sampai aku 'hadiah'kan untuk dia; adik junior yang tersayang-aF^^
PS. Aku sangat suka doa Dhuha. Sampai aku 'hadiah'kan untuk dia; adik junior yang tersayang-aF^^
Wednesday, September 14, 2011
Hari-hari Lalu
Okey, banyak sebenarnya nak tulis kat sini. Kenangan di hari-hari yang lalu... tapi, biarlah. Saya simpan di hati sudah cukup. :)
Oh, hari ini kan Cg Alisah kasi kitorang duit raya. Tengah syok belajar fizik tetibe cikgu sebut pasal duit raya. Lepas tu, cikgu pun kasi sorang-sorang. Wah, sayang rasa nak guna. Bila dah nak balik, salam dengan cikgu sambil cakap,
"tq teacher..."
"tq for what?"
"for the duit raya.."
Cikgu pun senyum dengan manis, alahai sayang cikgu! Bebudak ni semua terujaaaaa.
* * * * * *
Sayang sangat kawan-kawan aku. Dan, Husna. Harap-harap aku dengan Husna sentiasa istiqamah. :) InsyaAllah, untuk kebaikan ^^
Pagi tadi sesi fotografi kelas. Uhuuuu, entah menjadi ke tidak gambarnya. Tapi, aku sangat pasti yang gambar ini akan menjadi salah satu daripada gambar kesayangan hati. Pasti.
Sebab? Sebab, kesayangan-kesayangan hati aku ada di dalam gambar itu :D Siapa laa yang tak teruja kan, bila bergambar dengan kesayangan-kesayangan hati? Hihi.
* * * * * *
Banyak, banyak sangat nak tulis kat sini. Tapi, kadang-kadang semua benda yang indah perlu disimpan kemas di dalam hati. Baru terasa keindahannya, kan?
Oh, kalaulah aku boleh ceritakan semuanya di sini......
PS. Aku dan Husna, selalu je cakap nanti besar nak pakai tudung macam Cg Alisah :) Cg Alisah yang manis dan yang tak pernah marah-marah. XD
Tuesday, September 13, 2011
Dhuha
Ya Allah...
Sesungguhnya waktu Dhuha itu DhuhaMu,
Kecantikannya, kecantikanMu,
Keindahannya, keindahanMu,
Keindahannya, keindahanMu,
kekuatannya, kekuatanMu,
kekuasaannya, kekuasaanMu
kekuasaannya, kekuasaanMu
perlindungannya, perlindunganMu.
Ya Allah...
Jika rezeki masih di langit, turunkanlah,
jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah,
jika sukar, permudahkanlah,
jika haram, sucikanlah
jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha,
kecantikan, keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
Limpahkan kepadaku
Limpahkan kepadaku
segala yang Engkau telah limpahkan
kepada hamba-hambaMu yang soleh
Sunday, September 11, 2011
Thursday, September 8, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)