Hari ini, macam erm agak bahagia jugaklah :D
Awal-awal lagi dah kena perhimpunan unit. Hailaa. Bila nak habis Ko-Ku ni? --'
Alhamdulillah, dah okay. Hmm, buang yang keruh ambil yang jernih. Tak nak dah fikir benda yang lepas-lepas. Ye laa, semua manusia tak sempurna kan? Tulislah keburukan seseorang itu pada pasir agar senang dibawa angin lalu dan pahatkanlah kebaikan seseorang itu pada batu agar tidak hilang untuk dikenang. Okay, okay. :)
Lepas waktu belajar, terus menghias kelas. Okay, program hari ini adalah menghias kelas sempena semarak merdeka. Wah, entah apa la yang kitorang nak hias. Kitorang ni pun, kagum jugak dengan budak tingkatan satu... punyalah bersungguh diorang buat semarak merdeka ni. Bendera besar kecik situ sini, alahai sampai kitorang pun kadang-kadang tergelak sambil cakap diorang skema. Wuuu wuuuu, maaf lah ye. Akak-akak kamu ni memang kurang semangat sikit bab-bab kena main hias-hias ni. -_-' Kelas aku pun cuma ada satu Jalur Gemilang besar je. Heee, tengok laa siapa yang lekatkan... ^^
T_T Peperiksaan akhir tahun, tinggal 22 hari lagi. Huuuuu, haru haru. Dah takde semangat dah nak buat semarak merdeka. Aci tak kalau buat semarak fizik, khemiyya, bio, addmath ke? Huhu.
Punyalah bising satu blok tadi. Haihhh. Sempat main-main dengan MSA waktu cakap-cakap dengan PMH. Haha, menggedik je lebih --' Tapi, takpe. Terima kasih sebab sudi jadi kawan yang membahagiakan waaahahaha.
Ehemm, sekarang dah had masa untuk melayari internet ini. Cewahh, rasa berdebar dah ni! Peperiksaan akhir tahun ni macam, erk penentuan hidup atau mati haha. Serius.
rasa rindu laa
PS. Wah, Zahir memang kawan yang concern dan baik ^^PS II. Hai, lama tak dengar khabar orang di sana. Rindu laa rindu laa. Kalau rasa awak tu kaya, sila sila la share ringgit malaysia ke nombor gua ye? XD
2 comments:
Tulislah keburukan seseorang itu pada pasir agar senang dibawa angin lalu dan pahatkanlah kebaikan seseorang itu pada batu agar tidak hilang untuk dikenang.
i loike~~ :)
ps: suke maen belon hahaha. :D
haha, kak ina mcm budak kecik XD
Post a Comment