Monday, September 5, 2011

Pengajaran Hari Ini


Rindu orang di sana, dan rindu Anis
. Hailaaa. Hari ini aku berdua sahaja dengan Husna. Wah, selalu ada je Anis di tengah-tengah kitorang. Jadi, memang sepanjang hari lepak dengan dia. Kembalikan nostalgia tingkatan tiga, ekeke.

Tika waktu SI, Ustazah kasi kertas latihan. Buat. Ustazah tengah terangkan pasal perbezaan wakaf dan wasiat. Mengantuk yang amat sangat. Dah tak boleh nak bukak mata, hehe tidur laa jawabnya. Tiba-tiba, Husna kejut. Bangun, aku tengok kawan-kawan semuanya berpaling ke arah aku di belakang. Hehe, peace ^^ Aku sengih je laa. Lepas tu gelak sama-sama dengan Husna. :D

Tiap kegembiraan, pasti ada kesedihan. Haha, pandai-pandai je aku --' Duduk sorang-sorang bawah tangga. Aku tak tahu apa yang sedang aku fikirkan, yang pasti tika itu dunia tengah berserabut pada pandangan aku. Wuuuuu. T_T

Tarik nafas, relaks. Okey, aku akan bertahan. Kesian Fatin. Dia cakap 'hai' kepada aku waktu aku hendak menggalas beg di pondok. Aku tak tahu kenapa aku jadi kejam begitu sehinggakan aku tak mampu nak cakap apa-apa sekalipun hanya membalas 'hai jugak'.

Pengajaran hari ini untuk budak mentah macam aku :( ialah: 

~ jangan babitkan orang lain walaupun kita dalam keadaan emosional. Diorang tak tahu apa-apa, jadi kita yang harus bijak meneutralkan keadaan. Seteruk mana pun emosi kita, jangan lepaskan pada orang lain. Cuma, bertahan dan senyum (walaupun plastik tapi kadangkala itu yang terbaik), aku tak nak orang terasa dengan sikap aku di kala emosi.

Saya minta maaf
Fatin, :(






Pray. Relax. Let go. Then, let God take over. 

3 comments:

Muhammad Syafiq Azman said...
This comment has been removed by the author.
Muhammad Syafiq Azman said...

Takpe2,jangan salahkan diri sendiri.Belajar untuk mmbuat prubahan Ok...hehe:P

Sya Izz said...

hoi, x g sk ai ni! rindu mu, hahaha. mcm pelik je mu takde dpn aku. --' mne perg?