Wednesday, September 14, 2011

Hari-hari Lalu






Okey, banyak sebenarnya nak tulis kat sini. Kenangan di hari-hari yang lalu... tapi, biarlah. Saya simpan di hati sudah cukup. :)

Oh, hari ini kan Cg Alisah kasi kitorang duit raya. Tengah syok belajar fizik tetibe cikgu sebut pasal duit raya. Lepas tu, cikgu pun kasi sorang-sorang. Wah, sayang rasa nak guna. Bila dah nak balik, salam dengan cikgu sambil cakap,

"tq teacher..."

"tq for what?"

"for the duit raya.."

Cikgu pun senyum dengan manis, alahai sayang cikgu! Bebudak ni semua terujaaaaa.

* * * * * *

Sayang sangat kawan-kawan aku. Dan, Husna. Harap-harap aku dengan Husna sentiasa istiqamah. :) InsyaAllah, untuk kebaikan ^^

Pagi tadi sesi fotografi kelas. Uhuuuu, entah menjadi ke tidak gambarnya. Tapi, aku sangat pasti yang gambar ini akan menjadi salah satu daripada gambar kesayangan hati. Pasti.

Sebab? Sebab, kesayangan-kesayangan hati aku ada di dalam gambar itu :D Siapa laa yang tak teruja kan, bila bergambar dengan kesayangan-kesayangan hati? Hihi.

* * * * * *

Banyak, banyak sangat nak tulis kat sini. Tapi, kadang-kadang semua benda yang indah perlu disimpan kemas di dalam hati. Baru terasa keindahannya, kan?

Oh, kalaulah aku boleh ceritakan semuanya di sini......



PS. Aku dan Husna, selalu je cakap nanti besar nak pakai tudung macam Cg Alisah :) Cg Alisah yang manis dan yang tak pernah marah-marah. XD

2 comments:

Rossarina™ said...

Tapi, kadang-kadang semua benda yang indah perlu disimpan kemas di dalam hati. Baru terasa keindahannya, kan?

setuju. :)

Sya Izz said...

:D