Selamat pagi. :)
Bakal berpisah dengan kawan-kawan, tidak lama lagi. Ada yang di Matrik, USIM, UNIMAS, UNIKL dan segala bagai universiti yang ada di Malaysia ini. Ekekeke. -_-
* * * * * *
17 Mei.
Pagi-pagi dah pergi rumah Aifaa. Hoho. Nak buat triffle sama-sama, petang nanti ada picnic usrah kat pantai. Bla bla bla. Pukul 12 lebih, Pqah Manaf cakap laa keputusan UPU kitrorang. Hahaha. Suruh dia tolong check.
Aku dapat Asasi Undang-undang UiTM.
Erk, apakah?
Masa tahu itu, boleh lagi pura-pura cakap, "It's okay.." pada diri sendiri.
Aifaa di dapur. Aku masuk dalam bilik dia, sorang-sorang. Cakap dengan Hajar, kat atas katil. Damn, setitik demi setitik air mata jatuh. Hahaha, akhirnya, berkoyan-koyan air mata jatuh. -___-" Menangis gila-gila. Lama la jugak. Haha. Aifaa masuk, duduk sebelah aku. Dia main cuit-cuit aku bilamana dia nampak aku tengah cakap telefon dengan teresak-esak, sambil kesat-kesat air mata. Huhu.
Lepas letak telefon, terus sembam muka kat pangkuan Aifaa. Haaa, bila dah sembam muka, memang fail laa aku kawal emosi. Aku paling tak boleh, kalau aku tengah sedih, orang datang dan concern, makanya, memang bertambah nangis laa aku. Memang menangis berlagu-lagu laa, habis lencun baju Aifaa. Haha, sorry tak ada niat. =P
Tengah nangis-nangis, Aifaa usap-usap belakang, sambil kasi tazkirah free. Aku paling tak boleh bila orang panggil, "Iqaaa..." dengan selembut-lembut bicara. Rasa macam, semakin waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa T________________________T ~ Touching beb. Haha, jiwa entah hape hape laa aku ni.
Lama laa jugak Aifaa nak pujuk aku. Hahaha, tapi dia buat aku bercakap je apa-apa. Bila dah bercakap, okey, dah okey. :) *tarik nafas dalam-dalam*
Lepas itu, hari nak hujan. Erk. Cg Su tak ada kat rumah. Nak ribut kat luar. Huhu, tak jadi pergi. Triffle makan sendiri. Eheh. Lepas itu, kitorang lepak dalam bilik je. Sambil buat spa kat muka, hahaha, perempuan. -.-' Borak-borak, main spa-spa, sampai hilang dah sedih. T_________T hihihi. Memang kepala ini baring atas pangkuan Aifaa je.. ~
Baiklah, lupakan cerita sedih!
* * * * * *
Sekarang, aku dah terima kot yang semua Tuhan bagi, adalah yang terbaik untuk aku. Pasti. Harus. Jadi, senyumkan sahaja, yaa! :)
UiTM Kuantan, sampai ketemu. InsyaAllah.
Kepada kawan-kawan yang bakal bertebaran di sini dan sana, selamat maju jaya. Semoga mendapat apa yang dicitakan selama ini, semoga segalanya akan baik-baik sahaja untuk satu permulaan yang baru.
Aku akan rindukan korang semua, yaa, semua, sampai aku tidak tertulis nama kalian di sini kerana bagi aku, ingatan biar cukup kukuh di hati. Kalian, yaa kalian semuanya yang pernah menjadi warna dalam hidup aku-- tidak mungkin akan aku lupakan meski masa terlalu jauh sudah terkehadapan.
Doa aku-- untuk kalian.
Akan sentiasa ada. Kerana apa yang aku boleh lakukan sekarang, cuma meminta pada Tuhan, agar kalian dijaga dalam sebaik-baik penjagaan. :)
Selamat semuanya, okay?
Tuhan ada.
Untuk kalian yang sentiasa menerima siapa aku, seadanya--
terima kasih, yang berjutaan.
Kerana memahami, kerana memberi segala senyum dengan ikhlas.
Ikhlasnya kasih sayang kalian,
cuma mampu dibalas oleh Tuhan Yang Maha Melihat Segala.
* * * * * *
Aku gilakan Fynn Jamal.
Puisinya, lagunya.
Sepertinya serasi, dan adanya dengan penuh jiwa.
Perempuan, pemuisi dan pencerita yang hebat;
dia.
"Kerana kalau kau fikirkan orang, sampai bila?"
~ ~ Puisinya yang ini, berjaya menghulur tangis. T____T
Alahai.
* * * * * *
Jadi, aku sekarang menunggu masa untuk kembali belajar.
Untuk menjadi manusia yang lebih kukuh, yang lebih matang, yang lebih fikir daripada beremosi.
Masa untuk menjadi manusia baru,
lupakan segala jejak lama, jangan dijadikan diri ini seperti dahulu.
Lepaskan segala yang buruk.
Lepaskanlah.* * * * * *
5 comments:
Sya Izz, selamat menempuh alam baru yang sememangnya sangat lain dari alam persekolahan. Alam ni tak berapa manis, tapi kalau dah berjaya lalu, inshaAllah, akan jadi kenangan terindah bila diingat2 semula. :) The very best of luck to you and your friends. :D
Ade skrip tertinggal. Duh.
Walaupun tak berapa manis, I am sure Sya Izz & kawan2 bole selitkan moment yang manis2 di antara yang tak manis tu. Eh ape la orang ni buat ayat pusing2. =.= Semoga dipermudahkan sumenya. :D
hahaha. terima kaseh dr arina :)
...... Dont cry :( but i know how that feels..... Like how expectation always hurts me. But hey, that's life. Everything happens for a reason. Hmm... At least you have Aifaa by your side~
Wannur - may Allah strengthen us by giving the obstacles in life. :)
Post a Comment