Wednesday, May 28, 2014

A true goodbye.

May 28, 2014.

So, really, no more you in my life. You can really live without knowing who am i. I will live well. Because you, do not matter anymore. Find your own love. Go back to your first love. I do not care. At all. You know what, because something better is coming my way. I will live far better. So do you. I do not keep any hatred, but i cannot love you as a friend any longer. We can just be a stranger for the time being, and we will stay like that for the rest of life i guess. Anyway, thanks for everything. For every lesson. For every minute you spend on me. I appreciate that, but our old days have been forgotten by me. Still, i remember the lessons, each of it. Thanks for creating me like this, and goodbye. A true goodbye. We will never meet again. Never. Let go of our past memories and live our own path of life. Yours and mine, are definitely different.

Goodbye, the one who i used to know.
Goodbye, the one who i used to love.
Goodbye, the one who i used to miss.
Goodbye, the one who i used to cannot live without.

Goodbye,
And live well.

*delete all the past three years memories*

*and smile*

:)

Tuesday, May 27, 2014

Isteri Adam

Memang kerja membebel je sekarang. I am that kind of kakak yang suka bebel, suka marah-marah, suka jerit-jerit hahaha that's me. Memang adik beradik macam tu tapi tak pernah simpan dalam hati. I guess itu yang merapatkan kitorang kot.

Ceritanya malam tadi. Tengah baring kat sofa tengok tv lepas tu gaduh dengan adam sebab berebut tv hahaha gaduh mulut la bebel bebel bebel. Sampai satu tahap, aku cakap karang aku bagi sumpahan yang nanti dia dapat isteri perangai macam aku.

Perghhh. Bermati-matian dia suruh aku tarik balik 'sumpahan' aku tu. Siap nak pukul-pukul lagi suruh tarik balik. Tolonglah. Tolonglah. Haha.

Siot engkau ya. Kitorang gelak je la. Akhirnya dapat tv kat aku. Cheongdam-dong Alice! Yeahhhh.

Dengan budak macam tu kena main psikologi je. Nak bergusti macam menyakitkan badan je hahaha baiklah menyakitkan hati. Hihi.

sampai waktunya nanti

dulu kan selalu baca novel alaf 21 ni. zaman dahulu kala. dalam umur 13-15 macam gitu. hahaha. baca novel cinta tak padan dengan umur.

pernah lah baca kisah kalau dah terluka, dah takut untuk sayang orang. dah takut untuk terima realiti kalau orang sayang kita. konon-konon.

masa itu mesti la fikir, tipu je semua ini. takkanlah boleh jadi kesan sampai macam itu. takkanlah boleh jadi heartless. takkanlah boleh jadi sampai tak ada hati macam tu.

memang gelak la kalau baca novel yang kisah perempuannya macam itu. gelak tak percaya. takkan lah semudah itu.

tapi sekarang, baru tahu memang betul. realitinya memang ada. baru rasa. memang rasa. nak gelak pun, mampu gelak kat diri sendiri je. hahaha. sebab bukan semata kisah yang ada dalam novel tu khayalan. bukan semata boleh cakap bodoh betul cerita tu. bukan semata.

takut untuk nak sayang orang. takut untuk terima yang orang sayang kita. itu bukannya kesalahan. kalau rasa hidup begitu lebih baik, apa salahnya. sampai waktu nanti, akan datang bila kau mampu untuk tidak terus takut.

sampai waktu nanti.
cuma pastinya,
ambil masa.

kan?

Saturday, May 24, 2014

bismillah

dengan ini-
aku move on.

ehehe. lek la. hidup ni masih panjang perjalanannya. ada takdir yang tuhan tuliskan yang paling baik.

untuk aku.
untuk engkau.
untuk setiap kita.

insyaallah.
moga yang baik-baik sahaja.
moga kuat.
moga bahagia.

bismillah.

Monday, May 19, 2014

Baik-baik sahaja

macam mana aku nak hidup tanpa ada kau. macam mana aku nak ukir senyum bila kau tak ada. siapa aku nak cari bila aku nak menangis. siapa aku nak mengadu bila aku ada masalah. siapa nak jadi tukang dengar cerita kosong aku. siapa nak marah bila aku selalu fikir bukan-bukan. siapa nak nasihat bila aku tersasar jauh. kepada siapa aku mahu pergi lagi, kalau kau sudah terang-terang tidak peduli. kepada siapa aku mahu pegang janji sampai selamanya, bila sekejap sudah termungkir. tapi jangan risau awak, aku masih hidup. dengan hati yang lompong. dan aku tak rasa yang kau risau pun. aku cuma mahu tulis. kalau kau baca, hidup baik-baik ya. jangan rabak hancur macam aku. aku tak apa. aku dah biasa. sekali lagi, aku masih rasa yang kau memang sentiasa baik-baik sahaja kan, awak?

oh, awak aku cuma kau. apalah yang ada pada kau, sampai aku masih tak mampu bawa kau keluar dari hati? tapi tak apa, aku masih hidup dan aku terus hidup. selagi aku punya tuhan, aku tak mahu sesiapa.

Bodoh & Tuhan

Tido rumah epa semalam. Pukul 10 sudah berselimut di katil. Gelap. Sejuk. Sunyi. And we talked. That heart-to-heart conversation, about many things. Tapi kalau yang paling banyak, tentang hati la.

Epa cakap kat aku yang aku ni bodoh. Epa cakap jangan jadi bodoh. Dia tahu sebab dia pun pernah bodoh sama. Tapi aku tak kesah sebab aku memang bodoh.

Bila epa turun katil menuju ke tandas, "eeee bodo la mu ni qa."

Aku sengih, "babi."

Sama-sama pandang. Kami, "hahaha."

Dengan dia boleh cakap apa je. sama sama tak betul. Kalau dengan orang tak kamceng takdenya kurang ajar macam ni. Kasar memang kasar tapi bagi kami, manis. HAHAHAHA.

Epa cakap betul, aku memang bodoh. In fact aku tahu aku bodoh. Tapi kemudian ustajah epa bagi tazkirah bagai bla bla bla.

Paling terkesan bila dia cakap, "solat malam tak before this?"

Aku jawab, "tak."

Dah lama tak terbangun. Kemudian epa cakap, "malam ni bangun dengan aku."

Shit aku rasa terpukul gila. Epa ingatkan nak apa-apa kena mintak dengan tuhan. Serah pada tuhan.

Aku cakap aku jahat. Aku tak macam diorang pakai jubah tudung labuh tak pakai handguards. Tapi epa cakap iman tu bukan ukur dengan pakaian. Kena lagi tazkirah.

Konklusinya, aku dah tak nak jadi bodoh. Dan, untungnya bila kau ada kawan yang selalu ingatkan kau tentang tuhan. Aku rasa bersyukur sangat, sebab aku rupanya sentiasa dikelilingi oleh kawan-kawan yang dekat dengan tuhan.

Yang akan perlahan-lahan buat kau mahu cari tuhan.

Demi tuhan, aku sayang kau epa.
:)

Sunday, May 18, 2014

t.t

menangis untuk satu sebab.
yang diakhirnya jadi makin hujan air mata untuk pelbagai sebab yang dah lama jadi parut kat hati.

celaka.
kenapa kau begini.

Saturday, May 17, 2014

celaka



walaupun kadang-kadang aku rasa celaka tapi celaka inilah yang buat aku jadi manusia gagah. macam, kau rasa hari ini hidup kau lah yang paling celaka. tapi kau bertahan. tetap bertahan. akhirnya kau menang. kau berjaya hidup hingga ke esoknya. esoknya lagi, kau lalui hari yang celaka bagi kau. tapi kau tetap bertahan. akhirnya lagi, kau menang jugak kan. celaka tu tak buat kau hancur kan? kalaupun hancur- kau mampu bangun dan kutip balik serpihan. dan mampu hidup dengan serpihan punah ranah koyak rabak itu- kau patut terima kasih pada hari yang buat kau rasa celaka.

sebab kau belajar jadi gagah,
di saat semuanya goyah.

my brothers






i miss my brothers.
acap mimi zam fiq.

aku selalu cakap- nanti kalau aku nak cari laki, nak cari laki yang ada gabungan keempat-empat mereka. hahaha. sungguh. manusia-manusia inilah yang jaga aku kat kuantan. yang kalau aku jatuh, diorang suruh bangaun. yang kalau aku sedih, diorang suruh gembira. yang kalau aku rabak, diorang cakap jangan. yang kalau aku malas, diorang suruh rajin. yang macam mak asyik membebel. yang macam ayah asyik menjaga. yang macam akak abang boleh berkongsi cerita huhahuhahuhahu. yang macam entah- yang macam segalanya.

aku rindu korang-
asyraf zulhilmi zamharir fiqri.



terima kasih


entahlah.

banyak lagi aku mahu capai dalam hidup. banyak lagi benda. banyak. perancangan aku senang- belajar tinggi-tinggi, simpan duit bagi mak ayah dan travel. i want to live well so my parents dont have to worry. i want to live on my own. aku mahu terbang tinggi.

truthfully, aku mula jatuh lepas zaman pmr. you know, jatuh. jatuh. exams ke mana. perangai ke mana. rebel. it is so hard to find yourself in a good way back then. aku jatuh and i cannot make my parents proud. so that is why i want to live well.

aku rancang macam macam. tapi aku tahu, yang tentukan tuhan. tipulah kalau tak ada rasa, "tuhan, kenapa begini?" atau "tuhan, apa salah aku?". tapi itu lah hidup. kau rasa benda yang kau mahu paling baik padahal tuhan lebih tahu. ada saatnya bila kau betul-betul perlu redha dan cakap pada tuhan, kau serahkan segala dengan betul-betul serah.

i am no a good girl. so faaaaaaaaaaaar away to be. banyak konflik dengan jiwa. banyak konflik dengan hidup. kalau belah hati ini- penuh dengan parut. tapi, aku masih mahu terus hidup. aku masih mahu jadi manusia. aku masih mahu terima kasih pada tuhan untuk segala-galanya. aku masih mahu pandang bintang di langit malam dengan damai. aku masih mahu belajar sampai master, phd. aku masih mahu buat apa yang aku mahu kalau diizin tuhan. walau rabak mana pun aku. walau koyak mana pun aku. walau macam mana aku buat salah lepas tu cari tuhan balik, aku masih mahu hidup.

tuhan-
kalau dengan cara begini kau mahu ajarkan aku jadi manusia;
terima kasih.

Monday, May 5, 2014

wannur's


You go girl! Stay positive. You know what they say, when we cannot get things we want, is bcuz Allah is driving us towards His plan which is ALWAYS better than ours. Life is full of surprises. And I'm glad you're STRONG enough, now! May Allah bless your journey ~

 because if one day i screw myself up then i can have a look to her words back then, so i will be able to stand up again. for one more time. i love you, wannur. :)

waktu


susah macam ni. tuhan. aku tak nak libatkan sesiapa tapi aku dah terlalu penat untuk tanggung sendiri benda yang aku tahu aku takkan dapat selesaikan. selama ni, aku takkan sesal untuk apa yang pernah. pengajaran hidup. pengalaman hidup. untuk aku. tapi untuk ini, aku harap waktunya aku boleh undur dan ubah semula. supaya sekarang menjadi lain.

kalau.
kalaulah.
kalaulah boleh.

shit, i screwed myself. god i dont know what to do.

oh. muet aku masih band 3. markah tetap naik. tapi tak sampai band 4 jugak. tapi insyaallah tak sedih boleh terima sebab memang aku dah tak aim nak ambil law dah pon. sejak final hari tu memang aim aku nak buat bachelor administrative science. memang sampai sekarang. so aku memang tak kisah la tak dapat band 4. aku dah doa supaya dapat apa yang paling baik. ini mungkin yang paling baik. tuhan tak pernah salah. jadi rasanya, uitm seremban 3, kita mungkin jumpa di sana :)

oh sebab nak ambil sn admin?
pertama-tama sebab ianya bukan pure law. nak jadi lawyer tak boleh tapi legal advisor tu boleh la. subjeknya belajar jugak law cuma dicampur dengan macam-macam lagi subjek. aku dah nak muntah belajar fully law. haha. lagi, sebab degree ni cuma tiga tahun. lepas tiga tahun ni aku ada perancangan sendiri mahu sambung belajar apa lagi dan di mana. insyaallah. dan mungkin sebab akan belajar di uitm seremban 3, haha aku terpikat betul dengan uitm tu. mungkin sebab dah biasa dengan fakulti kecil di kuantan. banyak la sebabnya.

insyaallah ini yang terbaik. :)


Thursday, May 1, 2014

untuk kuantan, yang aku rindu


aku rindu kuantan.

setiap detik yang pernah ada, yang pernah jadi, semuanya aku rindu. selama ini, macam mimpi je kalau rasa nak dapat kawan sekelas yang memang semuanya rapat dekat di hati. mimpi. tapi bila datang kuantan, tuhan bagikan gorgeous g. di seumur hidup aku, inilah kelas pertama yang setiap seorangnya sangat rapat dan sangat keluarga. sangat keluarga. sangat mendukung antara satu sama lain. sangat penyayang. sangat memberi inspirasi. sangat budak-budak. sangat matang. sangat manis.

inilah. gorgeous g.

kuantan, kuantan ajar aku untuk terima setiap manusia seadanya. kuantan ajar aku untuk sayang setiap manusia atas apa adanya dia. kuantan ajar aku untuk kuat terus bertahan. kuantan ajar aku untuk terima manusia. kuantan ajar aku untuk tidak jumud. kuantan ajar aku, yang cinta memang ada di mana-mana untuk setiap manusia. kuantan ajarkan aku, keluarga yang bukan dengan pertalian darah.

mula dengan jun 2013 hingga april 2014, kuantan adalah momen yang sangat indah. walaupun kadang-kadang menyakitkan. tempat mana yang tiada jalan ditabur duri? tapi kuantan ajar aku, pedulikan duri. terus bertapak. sampai mampu. setiap air mata yang tumpah, setiap hati yang terguris, setiap peluh yang habis, setiap sedih yang menyelubungi... setiap satunya, ajar aku untuk hidup.

tapi, kuantan cuma yang indah-indah sahaja di pandangan mata. kuantan tetap bersinar walau langit malamnya jarang berbintang. kuantan tetap damai walaupun setiap detiknya penuh dengan jeritan ekzos kenderaan yang tak pernah penat buat kami mengamuk. haha. kuantan tetap kampung di hati walaupun ianya adalah bandar yang tidak pernah tidur.

kuantan, yang pernah menjadi rumah kedua aku.
kenalkan aku dengan keluarga kedua aku.
mujurlah cuma hampir setahun, kalau tidak- memang aku obses dengan kuantan.

aku ingat lagi, khamis, malam. malam terakhir untuk lena di rumah itu. jadi, aku pergi ke balkoni belakang. duduk. diam. menikmati kuantan dan seluruh isinya. menikmati bunyi kuantan pada malam hari untuk terakhir kalinya. sedar, aku tak akan lagi berada di detik itu pada masa hadapan. tiba-tiba, air mata turun. laju. sebak. bilamana harus pergi daripada kuantan. kota cinta aku. menangis teresak-esak sendirian. tanpa sebab. cuma kerana, sedih untuk berpisah dengan kuantan. kemudian, faiz datang. dia diam juga di sisi aku. dia pun menangis sama. tanpa sebab. macam aku. kami tak bercakap langsung sama sendiri. kami di tempat yang sama dan menangis tanpa peduli apa. tanpa peduli waktu. tanpa peduli ketika. menangis kerana kuantan, malam ini akhirnya.

cuma yang pernah merasai akan tahu perasaan ini.
bilamana harus pergi.

dan kuantan, walaupun cuma ibarat sedetik aku helakan nafas-
sampai mati dalam ingatan.

kuantan, untuk setiap satunya hidup yang engkau beri aku nyawa sebagai manusia lemah gagah-
sebagai seorang izzati, izz, zizie, aizizi, ibu, gigie, bucuk, hensem-
secara literalnya sebagai seorang izz juga zizie;
terima kasih.

tuhan,
terima kasih.

























kuantan,
kita pasti jumpa lagi.

:)


ps- beribu-ribu gambar kuantan. kalau boleh, setiap satunya aku mahu cetak. alahai. tapi biar dalam ingatan, sudah lebih daripada cukup.