Wednesday, March 25, 2015

pria2 aku yang manis


dua malam lepas tetiba zam skype. ada fiq sama. diorang tengah riuh prepare untuk mooting. padahal dah pukul 2 pagi. wah, dah jadi mooters ukm. memang patutlah prepare sampai tak tidur. selamat lawan uitm april nanti. padahal hari itu hari yang paling teruk serabut dalam hidup aku. sampai aku rasa, surrender. konon. tetiba diorang skype. nampak muka-muka diorang. nampak kawan-kawan baru ukm diorang. korang dah berjaya hidup baik-baik kan?

diorang pesan belajar elok2. jaga diri. aku pesan, aiskrim hahahaha. manusia berdua inilah antara manusia yang kerap mintak dibagikan aiskrim di kuantan. sebab memang akan dapat! hahahaha.

cerita dengan zam tak ada orang dah nak belanja aku aiskrim kat sini. zam cakap, baguslah, nasib baik dia tak pergi uum. hahah. tak guna.

fiq pula pesan yang macam abang2 punya pesanan. haha. aku lupa ayat-ayat dia tapi aku tahu dia maknakan apa secara generalnya.

dan mestilah merapu-rapu dengan zam sebab fiq tengah fokus dengan bahan mooting dia hahaha zam kau memang dari zaman kuantan lagi kan perangai....

dan endingnya masa nak cakap goodnight farewell take care nanti jumpa lagi nanti belanja aiskrim apa semua yang mengarut touching bagai tu... zam dan fiq pesan jangan nangis.

belajar elok2.
suruh aku baik2 di sini.


ya.
kalian juga,
baik2 di sana.

entahlah, sampai sekarang kami tak boleh move on daripada kuantan. kenangan kuantan terlalu besar, keluarga kuantan masih dekat walau sudah pisah jalan masing-masing.

dan apa yang paling aku rindu,
tentang;
keberadaan kalian yang jadi musuh yakni kasih di perjalanan waktu,
seperti hari-hari yang dulu.

keluarga kecil yang manis;
kuantan dan seluruh isinya.

khabarnya apa;
masihkah langit penuh dengan kenangan yang kami tinggalkan?


Monday, March 23, 2015

husna is 20


22032015 //

untuk husna saya yang saya sentiasa rindu; selamat dua puluh tahun!

maknanya kita kenal sudah tujuh tahun. aku rindu mu cena. rindu nak manja-manja dengan mu. rindu nak gedik-gedik dengan mu. rindu nak cerita-cerita dengan mu. rindu nak nangis-nangis dengan mu. rindu nak main-main dengan mu.

mulo mu sokmo ada dengan aku. kalau aku nak ngamok mesti mu pujuk. pah sokmo tido surau masa rehat. pah mu sokmo wi nasihat kakku. aku rindu mu mcm aku rindu ipa. ipa kea duk alik kanan aku, mu duk alik kiri aku dalam kelas. kironyo ipa ajar aku wat jahat, mu ajar aku wat baik kahkahkah. rindu nak hulur muko huduh ke mu pah mu pun lipat comey2 tudung aku. rindu nak tiru jawapan maths nga admaths mu haha. rindu nok mu ada nga aku. 

hahaha.

aku doakan mu semoga panjang umur dalam urusan kebaikan. murah rezeki. dikurniakan jodoh yang baik. dimudahkan segalanya dunia akhirat. (ucapan pendek je sebab hok panjang2 aku call mu semalam mohon jangan dilupa)

happy birthday mc na sayang!
i love you. *suara gedik*












banyak benda hok aku nok cerita nga mu na. kalo mu ada, mesti aku dok jadi gini loni hahaha. na, aku sokmo rindu yo tu. kalo mu ada mesti mu oyak aku bodo haha tapi mesti mu dengar cerita aku. sobs. aku nok mu. T_T

nanti kelik aku belanja kepsi! hahahahaha


Sunday, March 22, 2015

surat ungu untuk nuha


surat ungu untuk nuha, aku baca enam tahun lepas. antara novel yang sangat manis. sebab tu tak pernah lupa pun. aku baca banyak buku. mungkin dah beratus novel aku baca sejak darjah 6. ada novel yang aku tak ingat pun aku pernah baca. but when i do, that means novel itu betul-betul legend.

tadi pergi library, ada pesta buku. baucer buku aku tinggal sekeping je lagi. tak ada niat pun nak beli mana-mana buku. tapi aku nampak buku bogel menuju tuhan-zahiril adzim, diari nona gila- takahara suiko di stall yang berlainan. dan yang paling buat aku cair, aku nampak surat ungu untuk nuha. jadi aku sangat berbelah bahagi which book should i purchase? oh god. aku pusing dan pusing dan pusing lagi semua gerai buku yang ada tu. i need to make a choice. i have to, huhuhu.

dan akhirnya, aku pilih booth jemari seni.  dapatlah surat ungu untuk nuha, gurindam jiwa, dan bohemian. semua buku yang release masa zaman sekolah dulu. bohemian je yang aku belum baca. tapi sebab aku minat imaen, aku beli lah. i cant say no to buku noor suraya. sesiapa yang pernah baca buku dia, mesti suka dengan bahasa dia yang manis. dan banyak buku noor suraya yang aku baca zaman sekolah tapi aku masih lagi ingat yakni melekat dalam hati. dulu zaman sekolah novel banyak baca pinjam je.

dunia aku sudah terlalu serabut. sebab tu aku beli buku-buku ini tadi. aku perlukan balik the moment when we feel auwwhhh, tentang hidup. despite of tenggelam dalam buku-buku puisi yang terlalu banyak buat aku percaya betapa hati aku sebenarnya begitu koyak. enough of buku puisi for the time being. let's get back to the track.

hidup tak semestinya perlu terlalu jujur sama perasaan yang sering menikam.
tak boleh biarkan manis hilang sedikit demi sedikit.

a total recall pada gula-gula kehidupan.
you used to live in that phase.

tambahlah gula dalam kopi. jangan dipaksakan hirup pahit walau sudah terbiasa.
takut lama-lama nanti sudah tidak kenal rasanya manis.
yang bisa buat kau seikhlasnya kata, "auwhhhhh"
bukan cuma "arghhhhh"

dunia memang sudah terlalu serabut, tapi harus bagaimana lagi?
escapism aku cuma pada buku.

kalau serabut, lalu aku lompat masuk ke cerita yang menyerabutkan, bukankah escapism itu menambahkan buruk?

haha.
apa merepek entah.




selamat malam. :)
nah, kongsi quote surat ungu untuk nuha,

 jendela hati diketuk lagi
 ku buka separuh-separuh
 separuh hati
  "selamat malam, nama saya cinta!"
 hangat dan dingin
 merantai di luar.

  "izinkan saya berteduh di tepi jendelamu?"
 cinta terus bertanya.

 lalu hatiku tertanya-tanya:
  "cinta, kenapa mesti aku?"



--disclaimer;
 tidak relevan sama aku, cuma aku suka ayat-ayatnya yang indah
 dan aku ingat lagi aku pernah tulis quote yang sama di blog ini pada 2009!
 haha sebab aku memang sangat suka quote ini dari pertama kali aku tatap. :)

Thursday, March 19, 2015

surrender


could i cry, 
and leave?

could i sob,
and go?


Tuesday, March 17, 2015

#sayarindu































memories are always nicer and better after time passes by.
kan?

susah kalau ada banyak sangat tempat yang disayang dikenang.
haih. #teamtakbolehmoveon #nantijumpalagi #kawansekolahsayang #maduhahaha #esokadakerjasekolahnakkenahantar #sayamahumenangis




Sunday, March 15, 2015

urgent calls only


minggu ini memang lansung tiada istilah hujung minggu. sekarang jadual semester dua memang mostly kelas start awal pagi, dan sabtu memang ada kokurikulum. isnin khamis lagi la, dari pagi hingga ke petang. kelas pula jauh-jauh haha kejap lari pergi dkg 6 kejap lari pergi dkg 2 kejap lari pergi dkg 5 lepastu lari pergi dkg 6 balik. berebut bas lagi. kalau agak-agak bas tak sempat, jalan kaki pusing je mana-mana cari jalan shortcut. hewwww.

minggu ini, jumaat awal pagi dah pergi program hari keluarga. sambung ke malam. sabtu, ko-k ada hari integrasi. mula awal sampai ke petang juga. sumpah penat.

dan tup tup, esok dah ahad. kuliah. perghhhhh. untuk under law society & alsa uum, join untuk biro annual law dinner & trip to high court alor setar insyaallah. untuk dpp, jadi sekreteriat kebudayaan eon haha. nanti nak buat summer camp insyaallah. tengok lah bos cakap macam mana nanti. assignments dah makin menimbun. midsem dah nak dekat.

entahlah. busy. tapi suka. penat. tapi rasa hidup. daripada belajar, tido, makan. banyak benda nak kena fikir dan buat, tapi it makes me happy. rasa macam blessing in disguise.

dah, esok ada kelas.
selamat malam.

-kembara ko-k integrasi 14032015
--zati, changlun-kangar
---lawfamilyday2015

it were nice and beautiful.
even in hastiness. lol.

*busy
*urgent calls only

ps, need time to read books i ve bought using vouchers. and yang paling best, i got myself... buku-buku puisi yang memang aku takkan beli sendiri sebelum ni haha sempena berjimat cermat that i was craving so hard back then. yeayyy!



Tuesday, March 10, 2015

if, only if


kalo awk ada loni, mesti awk bangga ngan sy kea. mesti awk senyum pah awk kata sy ni good girl. sbb sy manage go through benda2 ni semua. awk thu dok, loni sy wt degree law. mse asasi kea sy oyk ke awk meme sy dokleh g langsung nga law. tp sy survived. sy survive awk. sy pon dok thu gane blh jd gni. kalo awk ada, mesti awk belanja sy eksrem. hahaha. hok mahal skali kea. awk tahu dok, mulo2 sy sero susoh sgt nk hidup. sy skmo mikir bkpo sy bkpo gitu bkpo gni well sy kea meme gni. tp sy ingt lg awk sokmo oyk sy, jgn gantung kt mnusia. bila2 jh blh tinggal kita. kea? betul la tu. awk pun gitu. haha. so sy tera jh hidup gano2 pon. sy yakin tuhan akn tolong sy. sy yakin. kalo awk ada, mesti awk oyk sy bgus sbb sy jarang emo loni depan2. haha. klo dok gk sero nk ngamok sokmo. cis. tp loni sy blh tahan doh. mulo kea awk duk oyk ko sy suh sabar sabar sabar. haha. tp sy dok dgr pon. loni, bilo awk takdok, bru sy blh jd sabar siket. pengalaman kot. waahaha. mulo kea sy ada awk. loni kea takdok. takde org pun nk layan dok sabar sy. so sy pandai2 sdiri la tera jd sabar. well, wpun tak sabar sgt tp at least okay la. lulz. kalo awk ada, mest awk bangga ngan result sem satu sy hok lepas. wpun dok leh dean's list, at least boleh la sbgai peningkatan utk sy. mcm awk bangga ngan result spm sy dulu. masa tu awk je first bangga ngan result sy hok stakat tu jah. kalo awk ada kan...

kalo awk ada.
tapi awk takde dah.

:')

sy pernah oyk ke awk, dan diri sy... kalo pon kita dok jumpa dh di masa akan dtg (masa tu sy tak sangka pun benda ni akan still jd) awk satu2nya manusia yg sy takkan pernah nyesal kenal. 

it turns out to be like this.
dan sampai sekarang,
awk masih satu2nya manusia yg sy tak menyesal kenal.

wherever you are, sy tahu tuhan akn sentiasa ada dgn awk. wherever you are, sy tahu awk tetap boleh hadapi segala benda yg jadi dalam hidup. wherever you are, sy tahu awk akn hidup baik2.

kita sama2 akan hidup baik2.
sy akan hidup baik2.
awak juga.

sbb awk org yg pernah baik.
dan sy tahu awk akn sentiasa baik dgn sesiapa pun yg ada dalam hidup awk.

jalan awk di kanan.
jalan sy di kiri.
kita pernah temu di satu persimpangan, sebentar, dan kemudian, kita teruskan- kanan dan kiri.

pengaruh engkau terlalu besar.
aku tidak senang melupakan.
sedikit demi sedikit.
aku janji.
lepaskan ingatan.

selamat malam, sintok.



Sunday, March 8, 2015

be your own--




i miss you. i miss you so much. but to let my life breaks into pieces because of missing you, it's a big NO.

people come, and leave. that's the rule. either you are a blessing, or a lesson. we could never know what lie ahead years to come in future. we think we might know, but we never know indeed. i ask, and hope for the things i think good for me. but god gives me things that always make me feels, WHY?

dont.

you dont hold the future, dearself. you dont know what will happen throughout the journey. you think you know yourself better, but god knows best.

embrace it. life isn't long. deal with what you have. be grateful. be happy. be strong. be bold. be good. be humble. be passionate. be enthusiastic. be YOUR OWN MIRACLE.

i am my own miracle.
i am my own knight in shining armour.

*fighting*



Friday, March 6, 2015

benar?


kata orang, masa akan merawat luka.
dan, aku percaya.

.

.

.

.

.

sudah hampir dua tahun,
tapi kenapa...
air mata aku masih sahaja gugur?




kamar kecil




ini dinding bilik kami berempat sewaktu di uitm kuantan. betapa masa itu berlalu. baru je rasa masuk bilik, berkenalan di semester satu. awkward. bilik kami tak macam bilik yang lain di A107. kami tak tunjukkan sayang. konon. percaya tak, di semester satu, tak ada satu pun gambar kami berempat bersama-sama. hahahaha. bila masuk di semester dua, betullah, ianya tentang masa. rasa sayang. rasa percaya. rasa sahabat. rasa kasih. macam makin menjadi-jadi. makin banyak yang dikongsi. dan, masing-masing jadi makin sweet. sama-sama.

dalam bilik kecil itu, aku masih ingat. kami menunggu masa tidur di katil masing-masing. sambil pandang siling di atas. tidak berlampu. sekadar dengar suara, tiba-tiba kami curhat. tentang perkara yang tidak pernah kami kongsi sama siapa-siapa. tentang apa sahaja, yang pernah kami lalui bersama. sambil ditemani deruan ekzos di tepi jalan. biasalah, kuantan. manis sekali. manis.

sepertinya, saling memerlukan. acube seperti ibu kepada aku. dan aku seperti ibu kepada abo dan amie. tapi abo lagi cengeng. kami kadangkala musuhan, kadangkala teman, kadangkala seperti beradik, kadangkala seperti kawan sedarjah. semua. semuaaa, bergantung keadaan.

sudah dekat setahun bilik kecil itu kami tinggalkan.
dan aku masih, membayang saat acube memujuk aku.
saat abo memanggil aku dalam tangis.
saat amie berteriak memanggil aku semata suruh menyisir rambutnya.
saat pakai bedak sejuk sama-sama.
saat berebut main candy crush.
saat gitar memetik lagu.
saat makan sama-sama sambil ber-pitch perfect/running man.
saat belajar hinggakan lantai bilik dipenuhi kertas.
saat tarik menarik disuruh mandi.
saat kongsi baju tudung.

saat air mata gugur.
saat hangat dalam pelukan.
saat senyum dalam gembira.
saat kecewa kala jatuh.

segala saat kita,
di bilik kecil kita-
empat sama-sama setahun.

dan sekarang, mereka bertiga berjuang di uitm shah alam. aku juga yang tercampak di utara. selamat semuanya ya. hati aku tidak pernah berhenti merindui kalian. di setiap apa pun, aku percaya tuhan akan sentiasa jaga kalian. nanti kita jumpa lagi bila berjodoh ya. pasti, insyaallah.

hening, dan kacau bilau kamar kecil kita masih bisa aku bau dalam kenangan.
aliah athirah, nor amira, amira diyana; acube, abo, amie-

kalian teman pertama kamar kecil aku;
aku tidak bisa tidak rindu.
baik-baik sahaja, ya?

:)


YNWA


quoted this from kak anum's srikandiasytari, :)













Tuesday, March 3, 2015

langit sintokyo



"cinta itu memang begitu, apabila ia sudah tiada, tetap akan ada yang tersisa sebagai air mata."

langit sintokyo memang indah. tiap-tiap malam mesti ada bintang, macam kat rumah. semester dua sudah seminggu bermula. sekarang, aku dengan kawan-kawan punya motto, transformasi semester dua. gituuuuuu. hahaha.

dulu kan semester satu, junior sangat. apa-apa program setakat join je, pergi kelas balik kelas duduk dalam bilik study main internet tido main kucing pergi cafe. that's all. tak ada life kan? jadi semester dua, kami mula perlahan-lahan. tiap-tiap petang kalau larat, pergi pusat sukan. sama ada main basikal pusing hutan cantik ini, atau masuk gim, atau bersauna. apa-apa aktiviti yang menyihatkan la. haha. ini pun sebab roommate aku nak kahwin insyaallah. habis diajaknya bebudak ni cara gaya hidup sihat pergi gim bagai hahaha.

lepas tu, jadi committee annual law dinner. sampai bila la kan mahu malas. sampai bila la kan mahu malas bersosial. takkan sampai semester lapan. cmon. hahaha.

jadi, ke arah transformasi semester dua, aku atau kami, cuba untuk melayari hidup yang penuh di sintokyo ini. doakan. :)

* * *

tapi kadang-kadang, betapa kita cuba, ada emosi yang kita tidak boleh kawal. mahu pergi ke hujung dunia pun, emosi itu tidak tinggal.

payah kan.

mungkin cuma dengan bertahan.
ya, bertahan.