"cinta itu memang begitu, apabila ia sudah tiada, tetap akan ada yang tersisa sebagai air mata."
langit sintokyo memang indah. tiap-tiap malam mesti ada bintang, macam kat rumah. semester dua sudah seminggu bermula. sekarang, aku dengan kawan-kawan punya motto, transformasi semester dua. gituuuuuu. hahaha.
dulu kan semester satu, junior sangat. apa-apa program setakat join je, pergi kelas balik kelas duduk dalam bilik study main internet tido main kucing pergi cafe. that's all. tak ada life kan? jadi semester dua, kami mula perlahan-lahan. tiap-tiap petang kalau larat, pergi pusat sukan. sama ada main basikal pusing hutan cantik ini, atau masuk gim, atau bersauna. apa-apa aktiviti yang menyihatkan la. haha. ini pun sebab roommate aku nak kahwin insyaallah. habis diajaknya bebudak ni cara gaya hidup sihat pergi gim bagai hahaha.
lepas tu, jadi committee annual law dinner. sampai bila la kan mahu malas. sampai bila la kan mahu malas bersosial. takkan sampai semester lapan. cmon. hahaha.
jadi, ke arah transformasi semester dua, aku atau kami, cuba untuk melayari hidup yang penuh di sintokyo ini. doakan. :)
* * *
tapi kadang-kadang, betapa kita cuba, ada emosi yang kita tidak boleh kawal. mahu pergi ke hujung dunia pun, emosi itu tidak tinggal.
payah kan.
mungkin cuma dengan bertahan.
ya, bertahan.
No comments:
Post a Comment