Tuesday, September 29, 2009

Selamat Hari Lahir = Azi&Mila


29 SEPTEMBER 2009


...Selamat Hari Lahir,Azianti...

..Terima kasih kerana sudi menjadi teman terindah Sya Izz..

...Best Friend Forever till the end...


=========================


24 SEPTEMBER 2009

...Selamat Hari Lahir,Amila Wajihah...

...Kita kawan sejak Darjah 1 lagi sehingga sekarang...

...Izinkan momen indah kita sentiasa wujud dalam memori...


Monday, September 28, 2009

Update.Update.Update.



....Assalamualaikum dan selamat malam...


Tak tahu nak cerita apa.Hmm.Update blog ni pun sebab tak nak bagi berhabuk.Hehe.Ye laa.Azam baru.Siapkan kerja baru update blog.Hohohoh.Betul.Betul.Betul.Hari ni letih betul.Hmmm.Sya Izz nak cakap thanks banyak-banyak untuk Pqah Qylah sebab ajar LOCI.Sya Izz jadi paham sebab Qylah guna teori yang berkait rapat dalam kehidupan.Ehemm.Ehemm.Haha.Sayang sangat-sangat kat Qylah.Kat Pqah Manaf pun sayang jugak yer..?.Haha.Ok.Sekarang Sya Izz nak/tak pergi rumah Ayah Chik kot.Sebab Ayah Sue nak pergi kat sana.Boleh jumpa Amiy.Tengok laa dulu.Rasanya kerja sekolah berlambak juga hari nie.Karangan BM.Nota Math.Latihan GEO yang tak siap-siap sejak hari itu lagi.Haha.Okay.Sekarang sudah update blog.Haha.Tata dan pergi dulu.Study elok-elok yer semuanya.Haha.


P/s:Malas rasanya mahu jalan-jalan.Tengok BioNik pun best jugak kan?.Haha.Rolling.Ok.Love korang selamanya.Mmmuuaahhh!!!

P/s II:Tadi Anak Murid bagi duit raya kat Sifu.Hohoho.Thanks banyak-banyak.Suka.Suka.Suka.Ngeee~


Sunday, September 27, 2009

Misi Bermula>>

...Assalamualaikum...


Esok sekolah bermakna misi bermula.Tak perlu nak cakap sebab biar hati Sya Izz jer tahu.Mesti usaha.Usaha.Usaha.Paling penting.--->>Henset Sya Izz akan biarkan ia terus tidak bernyawa dan Pc=X.Tak kira.Sya Izz nak dapat A Math.Masih belum terlambat dan GOOD BYE BLOG!!!.Sya Izz akan update kalau free je.Bila homework dan latihan dah siap.Itu jer.Salam sayang,Sya Izz!!!


P/s:Ambil inspirasi from Kimie.Hohohoho.


''STAY AWAY FROM PC&HP''

''I WANT THE SUCSESS''

''TO HAVE THE SUCSESS...LONG WAY WE HAVE TO THROUGH''

Saturday, September 26, 2009

Taman+P.Puteh+Sepupu = Satu Cerita

Assalamualaikum dan selamat tengah hari!!!


Hohoho.Sekarang ni masih duduk kat rumah Abah Long.Geng Mother duduk kat rumah atuk sebab nak masak laksa.Geng Father pon duduk kat rumah atuk jugak.Berbual-bual gitu.Geng gadis melayu,geng jejaka melayu semua duduk lepak kat rumah Abah Long.Macam-macam gitu.Berbual.Tengok Tv.Tunggu Ayah su dan Ayah Chik mari.Lalala.Tadi pergi taman ramai-ramai naik basikal.Best wooo.Nanti laa cerita yang tu.Sekarang nak pergi habiskan@buang masa dengan sepupu.Nak cakap-cakap.Ngeee.Tata.Esok dah sekolah.Hmmm.Selamat kembali bersekolah!!!


Geng SereneHectic - Sori..tak dapat on9 lagi.Esok-esok laa yer!!Hehe.


Friday, September 25, 2009

~Study.Yoe.Mirah.Math.~


Assalamualaikum dan selamat pagi!!


Hohohoho.Raya-raya ni kena laa tidur lewat-lewat kan.Muahaha.Okay.Okay.Sekarang ni Sya Izz ada kat rumah Ayah Chik@Yoemi@Mirah.Haha.Best tau tidur kat sini.Hihihi.Che Ma dan famili balik tidur kat Pasir Puteh.Kak Atin pun ikut sekali gak.Cuma Sya Izz jer yang sesat sampai kat rumah Yoemi ni.Haha.Kidding.Wau.Pecah rekod tadi.Sya Izz,Mirah dan Kimie study dalam 3 jam lebih.Non-stop.Haha.Ye ke?.Sambil menghirup udara segar di malam hari.Haha.Ye laa.Study kat luar kan.Sejuk gitu+mengantuk gak+tengok orang main bunga api+kena gigit nyamuk.Haha.Tadi best sebab belajar Math dengan Yoemi dan Ayah Chik.Aishh.Senang juga rupanya Math ni kan?.Hmmm.Sekarang ni tak mengantuk lagi.Ngeee.Saja-saja tulis.Hihihi.Ok.Selamat pagi.Esok nak balik Pasir Puteh sebab Ayah Ngah balik.Huhu.Ingat tak balik.Best gitu.Agak-agak dapat duit raya tak?.Muahaha.As long as you love me!!!

=============================

Nota Cokelat Cinta:

Yoe : Thanks untuk ajar Math tadi.Love you as cousin.Haha.Tak boleh love banyak-banyak nanti ada yang jeles.Siapa eh?.Puspa** gitu.Muahaha.Rolling!!

Mirah : Love kamu juga!Study.Study.Study.Syok gitu.Wooo.Hehe.

Kak Atin : Suka laa tu ikut Che Ma balik Pasir Puteh.Haha.Jumpa siapa eh??.Hihi.

==============================

Apa pun esok nak balik kampung lagi.Lalala.Tata.Bye-Bye!!



Thursday, September 24, 2009

Ehemm..Ehemm..


...Assalamualaikum dan selamat pagi...



Ehemm..ehemm.Hari yang sungguh meletihkan jua menggembirakan.Ceritanya begini.Haha.Ok.Ok.Petang tadi GSH datang rumah Sya Izz.Tapi,tak cukup ahli laa pulak.Una memang confirm tak dapat datang pasal jauh.Ponti dengan Romie pula dengan sedihnya tak datang atas sebab-sebab tertentu.Berpakat yer?.Muahaha.Tinggallah Cokelat dengan Specky jer.Tapi,tetap mantap gitu.Haha.Dalam pukul 4 petang,Syieqa dah nak balik sebab dia nak pergi rumah Una pula.Sya Izz pun kena paksa turut serta gak.Haha.Ingatkan dah malas nak salin baju.Tapi sebab Syieqa suruh, Sya Izz ikut jer laa.Haha.Lepas siap-siap tu,Sya Izz ikut Syieqa balik rumah dia kejap.Kemudian,Sya Izz ikut Syieqa pergi rumah Una.Kitorang pergi dengan Uncle Manaf*Bapa mentua Romie??Haha.Kidding dan Aunty Sukartini*Mak mentua Tambo??.Haha.Pergi rumah Una kemudian cakap-cakap lepas tu balik rumah Syieqa.Tunggu mama Sya Izz ambil laa sebab mama Sya Izz nak kenal dengan Uncle Manaf dan Aunty Su.Hehe.Sempat lagi makan nasi kat rumah Syieqa.Biasa laa.Kemudian dalam pukul 6 lebih balik rumah Sya Izz.Huhu.Lepas siap-siap solat maghrib,Sya Izz dan Kak Atin tertidur kat dalam bilik Sya Izz.Huhu.Letih sangat jalan-jalan.Tiba-tiba,mama Sya Izz gerak suruh siap-siap nak pergi rumah Hanan.Kak Atin dah bangun tapi Sya Izz tetap pejam mata lagi.Malas gitu.Alih-alih dalam mamai pakai tudung dan naik atas kereta.Sambung tidur kejap.Haha.Sampai rumah Hanan tu terus berbual kejap lepas tu ajak tuan rumah masuk dalam bilik dia.Haha.Saja.Mengantuk.Jadi,pinjam katil yer?.Haha.Makan-makan.Cakap-cakap.Mama Sya Izz dan yang ada kat situ pergi pula kat rumah Mak Long.Tinggallah Hanan,Sya Izz,Kak Atin,Hanim dengan Long kat rumah tu.Orang-orang tua semua sudah menghilang.Muaha.Kitorang sempat laa makan-makan depan tv sambil tengok Sifu&Tongga.Dalam pukul 11 lebih baru balik.Kemudian on9 komputer.Tulis blog.Tukar layout.Hehe.Jangan tanya sebab Sya Izz tukar layout lagi tau.Saja.Dah boring.Hehe.Huisshh.Hari yang bermakna.Tu jer cerita hati pada hari ni.Sekian,jumpa lagi!!!~Saranghaeyo & Merci~


Tuesday, September 22, 2009

Sedikit Coretan 3 Syawal


Assalamualaikum juga selamat pagi!!Malas rasanya mahu menulis disini.Hahaha.Lalalala.Tapi,tak nak laa bagi blog ni berhabuk.Nak jugak fresh selalu macam blog Hus[na] kan?Kan?.Haha.Semalam best.Borak-borak gitu dengan sanak-saudara.Main dengan Alma.Main dengan bunga api dan mercun.Muahaha.Syok laa walaupun sebentar.Hihihi.Sekarang ni tak rasa macam beraya sudah.Macam cuti sekolah biasa.Baca buku,makan,main komputer.Haha.Hari raya 1 Syawal je laa.Huhu.Tapi,masih meriah gitu.Seperti kata Hus[na],dia dah kering idea.Maknanya Sya Izz pun dah berjangkit dengan kekeringan idea Hus[na].Muahahah.Ok.Tata.Nak pergi tukar lagu pulak nie.Haha.As long as you love me!!

-Nanti kalau ada cerita menarik Sya Izz cerita laa,kalau tak ada rasa malas sudah.Haha-

P/s:Husna,nama Husna dah ada kan dalam blog Ika?.Muahaha.Special gitu.


Sunday, September 20, 2009

200909

Assalamualaikum dan salam satu syawal.Hari yang penuh keindahan hari ni.Best~Suka~Sangat.Haha.Tapi,sekarang ni letih sangat jadi nanti laa esok lusa Sya Izz cerita pasal 1 Syawal hari nie ek?..Haha..Selamat Raya..!!!

Salam Satu Syawal



Assalamualaikum kawan-kawan!!..Ermm..Hari ni dah 1 Syawal.Ouhh.Cepatkan masa berlalu.Rasanya baru tahun lepas kita beraya.Hehe.Kepada kawan-kawan,jangan lupa kutip duit raya banyak-banyak tau.Haha.Ye laa.Semoga kalian semua gembira disisi insan tersayang.Mesti seronok kan hari ni kita pakai baju raya.Baju raya kawan-kawan warna apa?Baju raya Sya Izz warna hijau.Haha.*Adaptasi daripada blog Adham.Opss.Lupa pula.Baju warna kelabu,kain jer warna hijau.Haha.Ok.Ok.Sayang selalu!Jumpa lagi dua tiga hari lagi.Sya Izz pergi dulu!


''Salam Satu Syawal''


Saturday, September 19, 2009

URL Changed

..Assalamualaikum..

Sekarang ni url blog nie dah jadi -

http://sya-izz.via.my/

Lebih pendek,lebih senang.Haha.Ok laa.Alamat http://sya-izz.blogspot.com/ tu akan automatik redirected kepada alamat baru ni.Untuk yang ada letak alamat lama Sya Izz kat blog list tu pun tak payah risau dan tak perlu tukar.Automatik akan redirected sendiri kat alamat baru.Hehe.Tak perlu risau.Tak perlu susah.Hehe.Ok.Daaa.

Maaf , Selamat Beraya

Assalamualaikum dan selamat pagi..!!!

Amacam?.Dah kemas rumah belum?Esok dah nak raya tau.Macam tak percaya jer.Cepat sangat.Tapi,tahun tak main sangat pun bunga api.Huhu.Tak best tapi nanti balik kampung ni nak main puas-puas.Haha.Errmm.Sya Izz nak mohon maaf kat semua orang kalau ada salah dan silap.Datang laa beraya kat rumah Sya Izz yer.Hehe.Lagi satu,lepas raya ni dah tak nak on9 banyak-banyak.Malam ni nak bakar sate dan Pak Cik Lan nak mari.Yeay!.Boleh main.Haha.Ok laa.Kepada semua,semoga berbahagia disisi keluarga tersayang!!Hari ni hari terakhir puasa.Sedihnya.Tapi,tak apalah.Selamat Hari Raya Aidil Fitri,Maaf Zahir dan Batin.




Nota SereneHectic :

Syieqa - Aku nak minta maaf kat kau sebab aku sokmo gelar kau dengan Zaman Melaka.Haha.Datang lah rumah aku.Aku tunggu okay!!

Pqah Qylah - Maaf jugak sebab aku kata kau nak kat toyol.Haha.Sori.Tapi aku rasa betul laa apa yang aku kata tu kan.Muahaha.Sekali lagi,datanglah beraya rumah aku.

2 Ibnu Rushd - Aku pun mintak maaf kalau ada salah dan silap.Terutama kat budak-budak laki.Tapi,seingat aku tak ada salah kan..?..Haha..Ok.Ok.Selamat beraya yer kawan-kawan!Nanti bukak sekolah jangan lupa hantar GEO dan MATH tu ye.Hehe.

Semua yang mengenali Sya Izz tak kira lah kat dunia maya atau kat kehidupan sebenar,Sya Izz minta maaf dan Sya Izz sayang korang sokmo!!!

Friday, September 18, 2009

Tukar lagi + Beraya = Saje


Assalamualaikum dan selamat pagi.Okay.Okay.Ni kali terakhir Sya Izz tukar background.Tak kisah laa korang kata hodoh ke cantik.Yang penting Sya Izz dah tak nak tukar lagi.Biar je laa.Asal ada background.Hehe.Tadi,ingat nak delete je blog ni.Tapi sebab Romie cakap jangan maka tak payah laa.Haha.Ok.Ok.Sekarang ni Sya Izz nak pergi kemas rumah.Jumpa lagi mungkin esok lusa.Ye.Esok dan lusa.Lepas raya ni tak akan ada 'post' sekali sehari.Mungkin dua tiga hari sekali.Sya Izz nak 'struggle' untuk EXAM AKHIR TAHUN.Go!Go!Fighting!.Ok.Tata kawan-kawan dan selamat pulang ke kampung!






Nota Hati SSWL:

Sya Izz - Nak sangat blog ni jadi macam blog Romie dengan Specky.Sebulan sekali.Kan?Kan?.

Syieqa - Nanti raya ni datang laa rumah aku.Ajaklah Pqah Qylah.Kalau boleh ajak jugak laa Aifaa.Nanti-nanti aku datang rumah kau yer.Pastikan ada duit raya!.Haha.

Pqah Qylah - Kau pun datang laa jugak rumah aku.Confirm tak boleh duit raya.Haha.

Nije - Mari laa kat rumah aku.Haha.Jemputan tu sah kalo mg ajak Aina jugak.Hehe

Kawan-kawan -Sesiapa yang nak datang berkunjung kat rumah Sya Izz,jemputlah.Jangan malu-malu!Hehe.



Thursday, September 17, 2009

Annunghaseyo!!!


Annunghaseyo dan Selamat Malam!!!.Huwaa.Boringnya.Hehe.Mana kawan-kawan nie?.Haha.Terima kasih oh kawanku.Ucapkan engkaulah teman sejati buatku.Lalala.Ececece.Hehe.Saje nak menulis malam nie.Hmm.Dah lama tak edit gambar.Hmmm.Ok ar.Tata.Nak pergi main edit-edit gambar ni.Saranghaeyo!!!


Dangsin en nae yongwowhan cinguga dae a jul su yi se yo ?
=Bolehkah awak menjadi teman saya selamanya?
=Can you be my forever friend?

Gamsahabnida!!!



Kad Raya

Assalamualaikum dan selamat tengah hari!!!Hehe.Hari ni balik awal tau.Pukul 10 dah balik sekolah.Tapi,Sya Izz balik dalam pukul 12 sebab pergi bagi-bagi kad raya lepas tu duduk lepak-lepak dengan kawan-kawan.Hehehe.Tadi YOEMI dapat hadiah sebab dapat 7a.Hehe.Cayalah Yoemi gitu.Haha.Ok.Ok.Terima kasih SIR HALIM sebab bagi kitorang duit raya RM 5 seorang.Haha.Kitorang sekelas*sekelas ke?rasanya sya izz dengan crispy,syapiq,izzat,eza jer sejak hari Ahad lagi mintak duit raya RM 5 dengan Sir tapi tak percaya Sir bagi sungguh hari ni.Hahah.Ni sayang Sir nie.Duit raya pertama gitu.Haha.Tadi sibuk bermaaf-maafan dengan kawan-kawan.Jumpa je tengah jalan,salam.Hehe.Wau.Tak percaya dah nak raya dah.Hehe.Sya Izz bagi dekat 10 orang je kad raya.Hmmm.Bertuah kan korang?.Sebab dapat kad raya daripada Sya Izz.Hahaha.Siapa ek?..Hmm..Jihah..Myrah..Crispy..Syieqa..Qylah..Tuteq..Mila..Zati..Kak Baiyi dan terakhir untuk President.Haha.Oh yaa.Tadi sempat cakap-cakap dengan Anak Murid yang rajin pergi hantar risalah-risalah ramadhan kat kelas.Haha.Ok.Ok.InsyaAllah Sifu on9 kalo ader masa laa.Maklumlah.Sifu nak beraya sakan nie.Haha.Oii!!Duit raya mana?.Haha.Tak pe lah kalo kawan-kawan tak nak bagi duit raya.Asalkan Sya Izz sentiasa ada dalam hati kawan-kawan.Haha.(~_~).Tadi,seronok laa masa perhimpunan.Sya Izz tak pergi beratur kat Pengawas PSS sebab ramai yang tak datang.Jadi,kali ni nak duduk dalam barisan kelas je.Tapi,hohoho.Masa cikgu tengah berucap kat depan kitorang main-main kat belakang.Bercakaplah.Jalan-jalan kat belakang,pergi beratur kat kelas 2S dan akhir sekali pergi beratur kat barisan form 1.Hahaha.Saja nak rasa jadi muda balik.Anehnya,kakak-kakak pengawas tak kisah pun.Haha.Terima kasih kerana memahami jiwa kitorang yang bosan ni.Haha.2S dan 2R.Tak tahu siapa pelajarnya.Bercampuk aduk.Saja.Nak rasa tukar kelas.Haha.Pukul 10 balik.Tapi,Sya Izz duduk berbual dulu.Bla.Ba.Bla.Haha.Minta maaf dengan cikgu.Hmmm.Best pula duduk kat sekolah hari ni.Ok lah.Tata kawan-kawan!Sya Izz sayang kamu!


''SELAMAT BERCUTI DAN SELAMAT ADILFITRI''





P/s:Best tak lagu raya kat Sya Izz punya blog.Hehe.
-usah lah abang membuang waktu..mari menuju ke rumah bonda..lalalala-



P/s:Ni cincin mana yang sekali lagi sesat nih?.Hehe.Cincin Specky dengan Zaman Melaka.

Wednesday, September 16, 2009

Cinta Di Hati

Assalamualaikum dan selamat petang.Hmmm.Esok nak pergi ke tak ye kat sekolah?.Huhu.Kak Atin tak nak pergi.Kawan-kawan pun ramai gak yang tak nak pergi.Tapi,tak kira,Sya Izz tetap nak pergi juga!!.Hehe.Tadi,bagi kad raya kat kawan-kawan.Best woo.Haha.Specky laa orang pertama bagi kad raya kat Sya Izz.Haha.Terharunya.Terima kasih darling.Hehe.Setelah dibagi-bagi,cuma satu jer kad raya yang masih tinggal.Hmmm.Nak bagi kat siapa ek?.Ok.Ok.Siapa nak sila angkat tangan!!.Hehe,Nanti lah Sya Izz fikir nak bagi kat siapa.Wau.Bertuah tu siapa yang dapat kad raya daripada Sya Izz.Comel +tradisional gitu.Haha.Gurau jer.Tadi buat mini pizza kat bilik masakan.Hehe.Best tau.Nasib baik tak hangit.Senang je nak buat.Suka.Suka.Suka.Hihi.Okay.Sedar tak sedar tinggal beberapa hari je lagi nak raya.Huhu.Sedihnya tapi lepas raya ni..Sya Izz ada misi untuk dilaksanakan.Muahaha.Misi untuk peperiksaan AKHIR TAHUN.Jadi,mangsanya kali ni ialah Pqah Qylah,Pqah Manaf dan kawan-kawanku yang seangkatan dengannya.Korang nak tahu tak?.Nanti lepas raya ni Sya Izz akan kacau hidup korang yer.Ok laa.Sya Izz pergi dulu.Esok nak hantar 2 set soalan Geografi.Tata kawan-kawan!Selamat Hari Raya!


Nota SSWL :

Hani - Esok datang sekolah ye.Nak bagi kad raya yang paling istimewa.Haha.Kesian kat Nasi Goreng tadi sebab Crispy dia tak datang sekolah hari ni.Huwaa.Haha.

Mila - Best jalan-jalan pusing sekolah tadi kan?..Haha..


P/s:Cincin siapa yang sesat nih?..Cincin Ponti dengan Toyol laa..Haha..

Tuesday, September 15, 2009

Happy 16 Birthday!!


Assalamualaikum dan selamat malam.Yahoo!Petang tadi berjaya tak buka pc.Yes!.Oppsss.Pagi tadi lepas sahur elektrik tak ada.Huwaa.Alamak,kain tudung tak gosok lagi.Huhu.Gelap jer di awal pagi.Aduhai.Nak buat macam mana.Nasib baik hari ni pakai baju Pandu Puteri.Tak ada laa nampak berkedut sangat tudungnya.Kalau pakai baju pengawas,huhu.Tak pergi sekolah rasanya.Keh4.Pengajarannya,sila gosok baju sekolah malam-malam yer.Jangan gosok pagi-pagi dan jangan malas-malas.Hehe.Sekarang ni pun on9 sambil-sambil cari soalan geografi.Hehe.Tadi dapat hadiah tau.Hadiah?.Ya.Hadiah sebab boleh A PI.Terima kasih Ustazah Zuriani sebab bagi kat kitorang!Sayang ustazah!Syapiq pula boleh hadiah khas.Dia sorang je dapat.Hadiah 'AKTIF' dalam kelas.Haha.Bestnya.Tapi,tak apalah.Nanti Sya Izz buat-buat aktif juga.Haha.Sekarang ni cuma BI je yang tak tahu lagi markahnya.Huwaa.Sekali lagi markah BA merudum jatuh.Zushh!!.Uishh.Senasib dengan Math.Huhu.Kesiannya.Hehe.Tapi,nasib baik sekali lagi ye Hani sebab kita senasib.Haha.Apa laa.Nasib baik tadi tak jiwang lepas dapat keputusan BA.Haha.Cukup je laa jiwang untuk Math je.Kan?Kan.Oooo.Tadi 'Crispy' dengan 'Nasi Goreng' main kejar-kejar ye?.Main lempar-lempar bola kertas pula tu.Ehemm.Ehemm.Ada apa-apa ke?So sweet.Haha.Apa laa korang berdua nie.Macam budak-budak.Kenapa tak ajak Sya Izz juga?.Haha.Nasib baik Sya Izz tolong buang bola kertas tu dalam tong sampah.Akhirnya tamatlah permainan 'crispy' dengan 'Nasi Goreng'.Keh.Keh.Semakin seronok duduk kat kelas sekarang ni.Ceria je senantiasa.Main pun tak ubah macam budak tadika.Huhu.Teringat pula masa darjah 6 dulu.Haha.Eh.Eh.Hari ni 15 September ek?.Hehe.Sori.Lupa nak bagi ucapan :


''SELAMAT HARI LAHIR,KAK ATIN''


Okay.Okay.Selamat hari lahir untuk kakakku yang kini tepat berumur 16 tahun.Haha.Dah tua pun.Hehe.Jahatnya I.Ye laa.Ye laa.Iqa tak ada hadiah nak bagi cuma ucapan je laa.*Ciri-ciri adik yang solehah.Haha.

Apa pun hari ni best sangat.Ok.Sekarang ni nak pergi cari soalan geografi lepas tu nak siapkan kad raya.Kad raya tahun ni sikit je.Siapa-siapa yang dapat tu kira bertuah laa yer.Siapa-siapa yang tak dapat tu,ingatlah walaupun tanpa kad raya,Sya Izz tetap ingat kat korang!Tunggu lah calon-calonnya esok/lusa.Hehe.

Nota SereneHectic:

+ Hani - Esok nak buat Pizza.Yeay!Yeay!.Haha.
+ Kak Atin - Happy Birthday.
+ Pqah Qylah - Love you
+ Pqah Manaf - Miss you
+Ustazah Shahida - Sori sebab kitorang tak boleh dapatkan A BA untuk Ustazah.Huhu.
+President Nik - Ingat ye dan jangan lupa?...
+Author Soul - Thanks sebab tolong update juga.




Monday, September 14, 2009

Jatuh Bangkit


Aku ada semangatku
tidak akan berputus asa
meski aku telah jatuh
pasti aku bangkit kembali

Setiap ucapan dan nasihat
aku ambil sebagai cabaran
dalam misi merencana kejayaan
setiap seribu satu langkah

Aku katakan kepada diriku
jangan sesekali berputus asa
jangan sesekali lemah dalam tangisan
kerna hidup itu hanya sekali

Walau apa pun yang terjadi
aku mesti yakin akan kejayaanku
pasti akan menyinar suatu hari nanti
di balik tembok kegagalan terdahulu

Aku tidak kisah untuk berpenat lelah
Sekalipun terpaksa berkorban
asal aku miliki setiap kejayaan
atas usaha yang kuat dan gigih


...Tak akan berputus asa untuk Math.I must get the best!...

Jauh


Jauh dari segalanya
itulah yang hati aku bicarakan
memohon sedikit kegembiraan
dalam hidup keseorangan

Pernah aku terfikir
aku mahu lari sejauh mungkin
biarpun tanpa arah tuju
asalkan aku menikmati ketenangan

Rindu yang terhenti
sekaligus membuat aku meronta
aku mahu hidup jauh dari masalah
aku mahu hidup jauh dari kesibukan

Andai aku punya masa
aku akan kembali merentasi
kehidupan di mana air dan udara bersatu
membentuk berjuta keindahan panorama


..Huhu.Layanzz.Hehe.Petang tadi Sya Izz buat 8 sajak.Tapi,masih malas nak taip.Nanti-nanti lah.Hehe..

Ustazah Shahida

Assalamualaikum dan selamat petang.Hmmm.Petang yang sungguh menenangkan di sekolah tadi.Seorang diri melayan perasaan.Buat sajak.Siapkan pembetulan Math.Ouhhh.Sungguh tenang.Hehe.Kadang-kadang seronok juga duduk sorang-sorang kat sekolah.Sunyi je.Tadi,dalam pustaka tak ada orang pun.2-3 orang je.Kat pondok apatah lagi.Hehe.Saja nak duduk sorang-sorang.Huhu.Tadi dapat markah BM,GEO dan Math.Alhamdulillah,BM Sya Izz dapat A dan tinggi sekali dalam kelas.GEO pun alhamdulillah okay.Tapi,oushhh.Markah Math memang merudum jatuh.Zusshhh!!Teruk sekali.Zapp!!!Kecewa habis.Huhuhu.Sebab tu tadi lepas dapat markah Math,Sya Izz senyap je dalam kelas.Dengan Jihah pun tak cakap.Sayunya.Lalalala.Jiwang gitu.Haha.Lepas dekat sejam tu barulah okay.Balik jadi Sya Izz yang lama.Yang suka bercakap.Haha.Tadi seronok kena denda.Denda apa?.Denda kena rotan kat tangan kat luar makmal sains.Hehe.3 orang je yang tak kena.Yang dapat 70 ke atas tak kena laa.Hehe.Nasib baik masa tu tak ada orang lagi sebab baru pukul 9 lebih.Haha.Sakit juga tapi memang suka sebab nanti jadi kenangan tu.Kenangan manis sebab kitorang sama-sama kena rotan kat luar makmal.Terima kasih cikgu.Sayang Cikgu.Sya Izz tahu cikgu buat semua ni sebab nak suruh kitorang berjaya!Sekarang masih rasa uhhhh dengan Math tu.Huhu.Kenapa laa?Nasib baik kita senasib kan Hani?.Hahaha.Ok.Ok.Sya Izz nak letak gambar masa hari terakhir 2 Rushd bersama ustazah Shahida kitorang yang kiut dan baik....
































Nota Cinta:

- Hani = Awak bertugas kat Bilik BBM hari Rabu.Tadi saya tolong tengok.Hehe.

- Nabilah =Tahniah sebab dapat A math.

- Ustazah Shahida = Kitorang rindu sangat-sangat kat ustazah.Semoga ustazah happy selalu!!!

...Sori ek gambar budak-budak laki tak ada.Rasanya dalam kamera Syahirah kot.Hehe.Thanks untuk Jihah sebab sudi ambil gambar kite-kite ye dengan Kamera Jihah...


Sunday, September 13, 2009

Ceria + Terima kasih = Kawan selamanya


Assalamualaikum kawan-kawan!Hari ni hari yang ceria dan gembira!Harap-harap setiap hari pun akan macam tu.Hehe.Tak adalah.Alhamdulillah,kesedihan result Sn terubat dengan Bi.Hehe.Sebenarnya BI tu Sir baru periksa yang kertas 1 .Tapi,tak apalah.Suka jugak.Hehe.Disebabkan malam tadi tak ada mood nak siapkan kad raya.Jadi,Sya Izz buat acuh tak acuh je.Asal siap.Haha.Lepas tu,pagi tadi Hani,Amni & Syapiq sibuk duduk tanya kad raya masing-masing.Haha.Apa laa korang ni.Malu aku nak tunjuk.Keh.Keh.Keh.Tapi,disebabkan Sya Izz ni sahabat yang baik*
koya betul..haha. nak tak nak kena tunjuk jugak kerana paksaan pasangan Hani & Syapiq*gurau je.Hehe.Pagi tadi tak ada perhimpunan,jadi kitorang sibuk duduk hias kad raya masing-masing sampai habis masa PJ.Sebenarnya Sya Izz dah malas nak buat dah.Biar je laa hodoh kat situ.Sya Izz tengok je laa Hani,Amni,Syapiq buat kad diorang.Lepas tu Syapiq suruh ambil kad raya Sya Izz.Dia kata ''meh sini aku tolong bagi idea ko mg.Gi laa amik kad mg.Alohh,please laa.Meh aku tolong mg buat''.Hehe.Sya Izz dengan baiknya pergi laa ambil kad raya yang baru 20% siap tu.Lepas tu,segala-galanya diserahkan kepada Syapiq.Haha.Kitorang pun sama-sama laa buat dan fikir macam mana nak suruh bagi kad raya Sya Izz comel.Hehe.Tapi,kebanyakannya Syapiq laa buat sebab Syapiq kreatif kan?.Hehe.Sya Izz cuma tolong gitu-gitu jer.Aikk?..Macam kad tu kad Syapiq laa pulak.Tapi,tak kisah lah.Sya Izz lagi suka*pemalas betul aku.Haha.Thanks ye kawan sebab tolong aku siapkan kad aku!


- Terima kasih banyak-banyak untuk Syapiq sebab tolong bagi idea,tolong lukis orang/masjid/pelita/bunga api dan sebab buat kad aku ni macam kad mg.Juga sebab mg bersungguh-sungguh nak siapkan kad aku.Haha.Terima kasih banyak-banyak.Mg memang kawan baik aku yang sweet.Haha.


Lepas tu,tadi masa KH tak belajar sebab duduk mengemas bilik masakan.Maklum lah hari Rabu ni nak masak Pizza.Hehe.Jadi,kitorang duduk mengemas sambil main-main.Haha.Ada tu,Jihah bukak peti ais kemudian Jihah ambil air batu yang kecil-kecil tu.Jihah lempar kat Sya Izz dulu.Apa lagi,kitorang pun main laa lempar-lempar macam salji kononnya.Haha.Main kejar-kejar dalam bilik masakan tu.Huhu.So sweet especially with Hani.Haha.Tak henti-henti ketawa.Nasib baik tak terguling.

- Hani,I'm miss you!

Ok.Tu je lah cerita untuk hari ni.Result kali ni agak down setakat ni.Jadi,ia mengajar Sya Izz supaya bersungguh-sungguh dan jangan main-main lagi.Setakat ni Syahirah dan Syapiq yang tinggi.Konklusinya,Sya Izz akan lawan kamu berdua nanti periksa akhir tahun ni.Kita mesti sama-sama buat yang terbaik okay!!






Saturday, September 12, 2009

Lake Of Innesfree

THE LAKE ISLE OF INNISFREE



By William Butler Yeats



I will arise and go now, and go to Innisfree,
And a small cabin build there, of clay and wattles made;
Nine bean rows will I have there, a hive for the honeybee,
And live alone in the bee-loud glade.

And I shall have some peace there, for peace comes dropping slow,
Dropping from the veils of the morning to where the cricket sings;
There midnight's all a-glimmer, and noon a purple glow,
And evening full of the linnet's wings.

I will arise and go now, for always night and day
I hear the water lapping with low sounds by the shore;
While I stand on the roadway, or on the pavements gray,
I hear it in the deep heart's core.


I really want to go to innesfree !!


Hurmmm

Hmmm.Tiba-tiba rasa tak ada mood laa pulak malam ni.Setelah baca post Specky kat private blog dia...tiba-tiba rasa boring pula dengan PC ni.Kadangkala nak je rasa hilangkan diri dari dunia maya ni.I want to go to innesfree.Poem yang bagus aku rasa.Sekarang ni asyik blog,blog,blog.Pc,pc,pc.Homework,homework,homework.Main,main,main.Bila masa aku nak study ni?.Huhu.I want to be the best student.Tapi,kenapa susah sangat?.Arghh.I want to start the new life!I want to be a good student!.Bukan student yang selalu tak siap homework.Contohnya Math.Sebab selalu tak siap alasannya susah,payah.Tapi,kalau tak pecahkan ruyung masakan dapat sagunya?.Huhu.Sekarang ni aku cepat putus asa bab-bab matematik ni.Susah + Kurang minat sikit.Aaaaaaaaa!!!!!!!.Can I change?.Ouhh.It's not just sound hard but it's really hard.Maybe that's why other say to get the sucsses,we will have a long way!Seriously,sometimes I want this pc out from my life.Haha.I just want to life with book,book and book.But,so so so hard to do that.Maybe it was my attitude from small,life is beautiful with playful.Don't be too serious and always make peace and fun.Tapi,kadang-kadang dalam pelajaran kita kena lah serius juga.Mana boleh main-main kan?.Tapi,dah biasa.Adeihh.Susahnya.Tak tahu apa yang aku cakap sekarang ni!!!Aaahhh!!I want to go to other galaxy now!Far away from people,far away from trouble,far away from everythings.I want to find the serene of my heart.I want to be alone.Like in the innesfree poem.I'm so love with that poem.Actually,there are a lot of word i want to say,but i can't write it anymore.So tired and that feel just me know it.Hurmm.Now,i feel i want run with all my heart and my destiny is go to the top of hill.Then,i want to shout loudly as i can as i want!!!

Ermmm.I don't what know i write here.Hehe.Just a little bit what my heart say.Huhu.I need someone to story.Hurmmm.It's time for me to find my serene,my peacefull.See you later,later,later if my heart calm and when i feel to write.Assalamualaikum.

Hang Tuah




Assalamualaikum.Hehe.Jumpa video ni kat ILI.Lepas tu kat You Tube.Haha.Lawak habis!!.Pekat betul loghat utara dia.Hehe.Jadi,untuk kawan-kawan...study ek!!!

P/s:Untuk President - Jangan lupa baca perbualan 'KATA HATI' SereneHectic dengan Sya Izz kat HOPE AND DREAM!!!Sweet kan perbualan kitorang?.Haha.Syieqa pun sila laa baca jugak.Jangan jeles tau!Ahaha!


Yoe + Ijak =Tahniah

Assalamualaikum.Selamat tengah hari.Huhu.Esok sekolah.Adehh!.Malasnya.Haha.Pergi sekolah maknanya akan dapat keputusan exam.Huhu.Tak nak.Hehehe.Semalam balik kampung.Tidur kat rumah tok.Best.Lama tak tidur sana.Haha.Lepas tu pagi ni baru balik rumah.Lalala.Lepas balik rumah,Sya Izz pergi kat perpustakaan awam dalam pukul 10 lebih gitu.Huwaaa.Jihah,esok saya akan tunaikan permintaan Jihah.Siap laa Jihah esok!Muahaha!Dalam pukul 12 lebih tadi baru Sya Izz balik dan sekarang ni tengah update blog.Haha.Kad raya tak buat lagi.Esok dah nak hantar kat Cikgu.Aduh.Malasnya.Kenapalah Sya Izz pergi masuk pertandingan tu.Haha.Tak pe.Nanti malam-malam ni Sya Izz buat laa.Hari ni tak pergi latihan taekwondo.Alasannya,pergi pustaka dan malas.Haha.Sori ye Pqah Qylah.Nak tulis apa lagi ek?.Eh.Lupa pulak nak ucap tahniah dekat YOE a.k.a. KIMIE sebab dapat 7A 2B dalam trial PMR.Cayalah my cousin!!.Hehe.Nanti PMR,I WISH YOU THE BEST!.Untuk Ijak,tahniah juga sebab dapat 8A dalam trial PMR.Good Luck!!I Love You All as Cousin!!.Haha.Hanis,tak apa.Masih ada banyak masa untuk menuntut ilmu blog.Hehe.Sya Izz kan ada?.Haha.Ok.Kat bawah ni Sya Izz buat tadi masa boring.Ni Jihah laa punya pasal.Haha.Gurau jer.Syieqa,sori ye.Kalau merajuk nanti superhero datang pujuk.Hehe.Akhir sekali,Adham...Terima kasih untuk lagu curi tu.Haha.



Untuk Pinkle Gurlz tersayang!!!Haha!!
P/s:Jangan marah ko saya,marah ko Syapiq sebab dia sebut dulu..haha



Untuk Syieqa terbaik.Tanda maaf dari ku.Hehe




Untuk kawan-kawan terindah



Untuk Syieqa lagi.Sori sekali lagi ye.Hehe.




Cinta pertama adakah cinta terakhir?


Ermmm...siapa punya nie?..Haha..


P/s:Hantaran ke-3 untuk Ponti + Toyol dah siap.Sila tengok kat Cinta Pertama ye wahai Ponti!!Specky pulak jangan jeles.Untuk kamu nanti saya buat lagi.haha!!


Friday, September 11, 2009

I'm Serene Hectic


Hehe.Boring.Sebab tu edit gambar.Hehe.Ok laa.Chow dulu.Nak pergi buat latihan MATH.Go!Go!.

Nota Cokelat :
Haha.Akhirnya Perfect Prefect dah kenal SereneHectic.Sori ye Syieqa,tak dapat nak kekal lama.Haha.

Nota SSWL

Assalamualaikum da selamat pagi.Dah sahur belum?.Hehe.Opss.Lupa nak ucap tahniah dekat Aniff - Hanis - Sarah - Ariff sebab korang dah merdeka sementara.Hehe.Betapa jelesnya Sya Izz.Hehe.Moga korang dapat keputusan yang baik ye.Hari ni dah 11 september 2009.Lagi 4 hari 15 september 2009.Maknanya 15/09/09 nanti,hari lahir Kak Atin.Muahaha.Dah cukup pun 16 tahun.Dah tua dah.Haha.*Jahatnya.Sya Izz tak apa.Sya Izz lama lagi nak cukup 14.Keh.Keh.Hari ni kalau boleh nak siapkan Math.Go!Go!.Huhu.Dah lama tak tengok TV.Apa cerita best ek?Hehe.Malas laa nak tengok TV.Sebab dah melekat kat depan PC ni.Haha.Ok laa.Itu aja yang Sya Izz nak tulis hari ni.

Nota SSWL :

PinkleGurlz - Tak apa.Tak apa.Rilek laa dulu.Okay.Nanti periksa akhir tahun kita buat yang terbaik ye?.Nanti minggu-minggu depan kita balik lewat dan study.InsyaAllah.Tak perlu sedih-sedih.I Love you.Kami sentiasa ada untuk tolong awak MT terutama S...hmm..hmmm..hmmm.Haha.Gurau je.

Syieqa - Ke mana kamu menghilang?

Pqah Qylah - Ke mana kamu menghilang juga?Dah pergi bertapa ke?

Thursday, September 10, 2009

Some Sweet

Sayang Selamanya!!!


Sweet Fourteen Best Friends

U're My Destiny

Frenz Always

Huwaa.Siapa conteng kertas MATH Sya Izz ni?.Keh.Keh.Tak lain tak bukan orang yang cakap macam ni ''Patut pun masa periksa ari tuh aku sero ada orang nok nempik jah.Hahaha''.Uishh.Sampai hati laa mg.Aku tahu laa mg pandai melukis.Tapi,tak pe.Tak pe.Nasib baik mg tolong ajar aku MATH.Kalau tak aku menempik kuat lagi.Haha.(~_^)


'Pulau Hokkaido jauh ke tengah
Gunung Fuji bercabang tiga

hancur raksasa di'fire' ultraman
ultraman yang baik dikenang jua'

Ngeh.Ngeh.Ngeh






Fantasi & Realiti


Aku mahu menangis
mengalirkan air mata
terkadang aku menjadi sayu
namun tidak mengerti rasaku

Kadang-kadang aku letih
Aku lihat pelangi bewarna-warni
tapi saat aku mula menerawang
pelangi itu kembali membeku

Aku kecewa sekali
teringin sekali aku menghilang
jauh dari realiti ini
ke alam fantasi terindah

Aku sedar ini dugaan
Aku mengetahui diriku
hampir lemah dan hilang
dalam kehidupan aku sendiri




Nota Hati: Hmm.Masa tengah buat ni rasa fed-up sangat.Hehe.Tu laa jadi jiwang-jiwang sikit.Huhu.Tak tahulah tadi.Tiba-tiba aja.Hmmm.



Sebagai sahabat


Sebagai sahabat aku ingin
membantu dirimu senantiasa
selalu ada disampingmu
menolak arus kegusaran

Sebagai sahabat aku ingin
melihat dirimu bahagia
bersama menuju bintang
yang bersinar jauh dihujung dunia

Sebagai sahabat aku ingin
mengusir lara dijiwamu
aku mahu segala resahmu
bergabung menjadi ceritaku

Sebagai sahabat aku ingin
menjadikan duniamu sebgai duniaku
bersama memahat intan baiduri
dalam setiap langkah aturan


Nota Cinta : Buat masa rehat tadi.Huhu.Sedih je.Hehe.


Penatnya...



Assalamualaikum dan selamat petang.Aduhai.Hari yang sungguh meletihkan tapi menyeronokkan.Hehe.Uishh.Ingat hari ni nak balik lewat.Tapi,tak jadi.Jadi,apabila Sya Izz tak jadi maka Hanie dengan Jihah pun balik juga.Huhu.Kesian kat korang.Keh.Keh.Keh.Hari ni hanya dapat keputusan MATH K1.Hehe.Keputusannya?.Huhu.Agak hmmm..hmmm.Haha.Mana boleh cakap.Cuma nak cakap tahniah kat NABILAH dan SYAPIQ sebab dapat tinggi sekali.Tadi,rasa best sangat buat pembetulan MATH.Rupa-rupanya senang je.Tapi,apasal dalam peperiksaan tak boleh jawab?.Hehe.Apa daa.Terima kasih laa untuk Nabilah,Fasiha,Fatin,Piqah,Sena,Syapiq,Izzat,Muzakkir juga Amni sebab tolong Sya Izz jawab MATH.Haha.Sayang korang semua!!.Tadi masa BA,ustazah tak masuk jadi kitorang duduk berbual-bual dengan budak-budak ni sambil suruh 'Cikgu' Syapiq ajar Math.Keh.Keh.Lawak laa kalau dah mula cakap dengan diorang.Macam-macam ragam.Muahaha.Konklusinya,hari ini penat.Rasa macam nak pergi tidur je.Hehe.Ok laa.Chow dulu.Jari ini sudah letih menaip.Idea sudah berkurangan.Salam.

P/s: Hari ni Sya Izz ada temu janji dengan Zati kat YM.Ngeh4.Sebenarnya sejak minggu lepas lagi,tapi malam ni baru dapat.

P/s: Tadi masa dah nak turun pergi solat,Sya Izz dan Myrah sempat buat hadiah istimewa khas untuk pengawas sekolah 2 Ibr.Hehe.Tak ada kerja sebenarnya.Tolong balas untuk Hani.So,minggu depan kalau tak terpadam lagi silalah tengok kat papan hitam ye Syapiq?.Keh.Keh.Keh.Lukisan istimewa gitu.

UNZIP + Use Download template

Assalamualaikum dan selamat pagi.Post ni khas untuk menjawab pertanyaan Adham .Ecece.Tak ada laa.Okay.Okay.Back to the topic.Hmm.Macam mana nak UNZIP + Use download template?Ok.Sekarang Sya Izz nak jawab ikut pemahaman Sya Izz..Ok,template yang kita dah download tu secara automatik akan masuk dalam PC kita sebagai ZIP folder.Jadi,kalau kita nak upload untuk masukkan dalam blog,kita kena UNZIP kan file tu dulu.Macam mana nak UNZIP?.Okay.Biasa nya kalau guna Windows XP atau Windows Vista caranya senang sahaja.

File >> Right Click >> Extract File/Extract Here/Extract ____(file name) >>Finish.

Okay.Kita boleh pilih sama ada nak klik 'Extract File','Extract Here','Extract'(file name).Kalau untuk Extract File >> Ok.Kalau untuk 'Extract' lain,ianya automatik.

Lepas kita dah klik,automatik file kita akan bertukar jadi macam folder biasa.Ok.Macam tu lah caranya untuk UNZIP kan download template kita mahupun apa-apa file yang berbentuk ZIP.

========================

Satu perkara dah selesai,jadi untuk masukkan blog template yang telah kita download,kita boleh lakukan macam biasa.Untuk yang belum tahu,tutorial nya boleh klik link dibawah.*Hehe.Malas nak tulis panjang-panjang..

Kawan-kawan boleh klik disini..>> Klik <<


=========================

Okay,sekian sahaja dari Sya Izz untuk kawan-kawan.Maaflah kalau ada yang tak paham.Tapi,insyaAllah boleh buat.Jadi,untuk Adham - Begitulah cara untuk kita guna template download.Senangkan?.Kalau ada yang tak faham boleh tanya,tapi InsyaAllah faham.Hehe.Ok.Kena pergi dulu.Nak siap-siap pergi sekolah.Haha.Salam Satu Malaysia.


Wednesday, September 9, 2009

Sungguh indah


Sungguh indah hari berlalu
tapi mungkin tidak bagiku
hari ini sepi terasa
hari ini lara menerpa

Aku sayu apabila mengingati
ingin sekali lagu rindu dinyanyikan
saat kita bertepuk utuh
ketika itulah dunia ini berseri senantiasa

Bukan hasratku mahu begini
aku cuma ingin dirimu dekat dihatiku
maaf kerana aku terlalu memaksa
tapi percayalah kau sentiasa hadir dalam harapan

Mungkin aku cuma bisa melihat
merenung ke arah dirimu
bagaikan bintang nun jauh disana
kau tetap bersinar dalam kepekatan malam


Assalamualaikum.Huhu.Tak tahu kenapa rasa nak buat sajak sedih je.Urghhh.Geramnya.Hehe.Hari ni perasaan kitorang agak kecewa.Haha.Hmm.Tapi,sekurang-kurang Sya Izz patut bersyukur sebab dapat markah yang boleh dikategorikan agak baik.Alhamdulillah.Uishh.Tahniah laa untuk Syapiq sebab boleh tinggi sekali SJ.Tak pe.Tak pe.Peperiksaan kali ni memang mg rampas takhta aku sebagai permaisuri SJ tapi nanti peperiksaan akhir tahun,aku nak lawan habis-habisan.Muahaha.Fight till the end.Sori ekk sebab aku conteng sikit kertas jawapan objektif mg.Miahaha.Tapi,comeyl kan aku conteng?Sebenarnya bukan conteng tapi ucapan 'Good Luck'.Keh.Keh.Keh.Hari ni dah dapat keputusan SJ & KH.Esok mungkin dapat keputusan BM,MM,BA.Huhu.Agak menakutkan.Hmmm.Hari ni Sya Izz rasa Sya Izz nak buat transformasi sikit.Sikit je.Tak banyak.Tapi,sekarang ni Sya Izz kena chow dulu.Tata..!!!

Tuesday, September 8, 2009

Nota Cinta


Aku sedih berbaur sepi
dalam hati aku monolog sendirian
tidak mengerti luahan rasaku
menyapa bintang jauh dihujung malam
merenung purnama indah terbentang

Pernah aku terfikir tentang kita
adakah persahabatan kita sentiasa erat
walau selalu jauh dimata
tapi sentiasa ada rindu untuk dia
kerana dia ibarat ilhamku

Aku sering mengeluh sedangkan aku tahu
betapa bertuahnya aku punya dia
maafkan diriku oh teman terindahku
percayalah aku sentiasa mahu menjadi teman terbaik
aku sentiasa mahu bergelar sahabat sejati

Setiap detik yang aku lalui bersamamu
sentiasa aku ingati sebagai memori indah
sekiranya dia tidak lagi mengingatiku
aku rela asalkan aku sentiasa melihat dia tersenyum
walau aku yang merasa dukanya

Hati dan diriku pasti bahagia sekiranya
dia tidak lagi menangis kecewa
cuma satu impianku yang sentiasa tersemat
agar cinta sahabat aku untuk dia
tetap kekal hingga detik terakhir hidupku




P/s:Saat ni Sya Izz rindu sangat kat kawan-kawan.Huhu.Rindu serindunya.Sajak ni khas untuk kawan-kawan yang Sya Izz sayang sangat-sangat.Tak tahu kenapa rasa nak buat sajak sedih + jiwang + romantik je.Ahaha.Uikss.Tekanan perasaan betul.Hehe.


Luahan Aku

Aku perlukan teman
yang sentiasa berada disisi
aku tidak perlu teman yang sempurna
tapi aku perlu teman yang menyayangi

Aku sedar aku tidak sempurna
namun aku masih mengharap
kedatangan seorang sahabat
yang mampu membuat aku bagaikan sempurna

Aku perlu kawan untuk menangis
meluahkan segala kesakitan yang aku rasa
tanpa segala musykil
aku meluahkan isi hati kedukaan

Aku perlu sahabat untuk gembira
berkongsi setiap kesenangan juga ketenangan
bersama mencipta memori indah
dalam sebuah diari kehidupan

Aku perlu teman untuk memahami
setiap masalah yang aku ada
agar hidup ini tidak kecundang
meski aku hampir berputus asa

Aku perlu teman untuk mengubati
setiap usikan jiwa yang bertamu
biar hanya terlafaz di mata
asalkan kamu mengerti

Aku terlalu perlu cinta sahabat
untuk membantu aku berdiri
meraih impian dunia harapan
bersama melonjak citra angkasa

Aku sedar aku tidak layak
untuk berkawan dengan kamu
siapa aku untuk menjadi kawan sempurna
meski sudah terlafaz sayang

Tapi..aku masih mengharap
sinar persahabatan kita tidak sirna
biar berjuta orang bicara
asal kamu ada di sisi

Aku pasti kuat kembali
menempuh onak berduri
yang menyakitkan juga menyesakkan
kerana aku tahu kamu sentiasa menguatkan aku

Izinkan aku untuk menjadi teman terindahmu
Izinkan aku untuk menceriakan hidupmu

Aku sanggup terluka
Asal temanku bahagia senantiasa

Aku sanggup berkorban
asal temanku tidak menangis lagi

Aku sanggup segalanya
asal temanku tersenyum lagi

Meski aku yang tercalar
aku rela demi sebuah persahabatan yang aku cintai


Luahan Hatiku,
Sya Izz
Depan PC
10:32 P.M.
25/8/09
4 Ramadhan 1430 h

Menunggu

Detik ini aku sepi
tiada teman disisi aku
aku perlu berbicara
namun aku tidak mampu

Kala ini aku sunyi
aku perlu sahabatku
mungkin aku tiada lagi
dalam corak hatimu

Waktu ini aku rindu
terimbas momen indah dahulu
aku sudah letih menunggu
apa benar tiada wujud aku lagi

Masa ini aku cuba
terus tersenyum daripada mengeluh
mungkin ini memang jalan takdirku
asal kau bahagia tidak mengapa


Huhu.Jiwangnya sajak ni.Hehe.Uihh.Penatnya menunggu kawan-kawan Sya Izz on9.Ish99.Ok.Tata.Dah lama rasanya tak buat sajak.Hehe.Rindunya nak buat sajak romantis.Keh4.Selamat Malam.



Lagu Rindu

Assalamualaikum kawan-kawan..!!!Akhirnya,habis juga peperiksaan OTI 3.Yes..!!Opss,tapi debaran markah laa pulak.Hmmm.Tak apalah yang penting bebas juga.Keh.Keh.Keh.Tadi dapat 70 sen dari kawan Sya Izz yang paling hensem.Kah.Kah.Kah.Gurau je.Nanti esok Sya Izz bagi balik okay..walaupun kawan Sya Izz yang paling kreatif tu suruh Sya Izz ambil,Sya Izz tak nak.Hari tu dah bagi.Untung jugak jadi Pengawas PSS ni kan?..Selalu dapat upah tolong hantar buku,tolong pinjam buku*guna kad Sya Izz..hehe...Lagipun,sebagai kawan kita kena tolong menolong kan?.Hehe.Thanks Syapiq.Haha.Ecece.Lalala.Lepas ni boleh laa main pc puas-puas.Tak tahu lah tadi KH Sya Izz jawab apa.Hmm.Mengarut je.Mengantuk pula tu.Biasalah tengah-tengah hari kan.Tapi,Sya Izz kesian dekat KH pasal dalam banyak-banyak 9 mata pelajaran tu...mesti KH yang kurang diambil berat oleh kitorang.Selalunya lebihkan SJ,SN,BA,GEO.Hehe.


Jihah,I Love U.Hehe.

Pqah Qylah,terimalah hadiah hantaran saya dengan senang hati kat Cinta Pertama tu.Keh4.

Pqah Manaf,share singgit?..Haha..

Ok.Ok.Ok.

Untuk adik-adik aku Sarah,Haniff,Hanis,Arif-Get The Best..I Love You All..!!!





Pengumuman rasmi-Banner Sifu untuk Anak Murid akan diturunkan detik ini oleh The Cute Sifu.Terima kasih dan nanti Sifu nak buat banner lain.Hehe.

P/s:Anak Murid,kan sifu dah cakap kalau sifu boring sifu akan buang banner tu tapi kerana sifu ni baik nanti sifu letak banner tu kat bawah sekali.Ok.Daa.

P/s II :Kawan-kawan bukalah blog NIC.Marilah kita bersatu.''Satu Hati'' umpama motto kami..!!


Najah = Berjaya

Assalamualaikum dan selamat pagi..!!!Hari ni hari yang penting untuk murid-murid darjah 6 kan?Hari ni diorang akan menduduki UPSR.Hmmm.Untuk adik Sya Izz,Sarah Syahira...Do the best and fight as you can..!!!Sepupu-sepupu Sya Izz-Amir Ikhwan Haniff,Nur Hanis & Arif Hakimi...I wish you all good luck..!!!Lalala.Teringat pula kenangan Sya Izz masa USPS 2007 dulu.Best sangat.Hehe.Tak kurang juga pengalaman tawar,pahit.Keh.Keh.Keh.Wau..best laa korang semua sebab lepas UPSR nanti korang akan bebas buat sementara.Ingat lagi,dulu Sya Izz masa lepas UPSR selalu main dengan kawan-kawan dalam makmal komputer.Tak pun bawa CD pastu pasang dan tengok ramai-ramai kat bilik tayangan.Main ping pong dalam kelas.Masuk library.Main saidina dengan teacher.Main batu seremban dengan budak-budak ni.Huwaaa..!!!I'm really miss that time.Kalau lah boleh darjah 6 selama-lamanya mesti seronok kan.Tapi,itulah kehidupan.Setiap apa yang terjadi kita mesti tempuhinya.Tak best laa kan kalau hidup ini tiada masalah.Bukan tak best sekolah menengah tapi disebabkan kita dah dianggap remaja..cewahh..jadi keseronokan sebagai budak itu kurang dirasai.Hehe.Tapi,kalau asyik seronok je,kita tak akan ada pengalaman yang kita panggil pahit,payau atau tawar.Hehe.Walau apa pun,Sya Izz harap adik-adik yang akan exam hari ni,esok dan lusa..''SEMOGA BERJAYA''..


'Man Jadda Wa Jada Wa Man Zaraa Hasada'
'Whoever work hard will get the sucsess'


P/s:Hari ni hari terakhir exam OTI 3.Bestnya.Untuk kawan-kawan...kita buat yang terbaik untuk SN dan KH hari ni ye..!!!

Monday, September 7, 2009

>_<



Selamat pagi kawan-kawan.Hmm.Tak tahu nak tulis apa hari ni.Cuma...yes..!!Esok satu hari lagi periksa kemudian bebaslaa daku buat sementara.Hehe.Sya Izz tak tahu nak cerita apa ni.Hmm.Untuk kawan-kawan,Sya Izz sayang korang..!!!

P/s:Syieqa,kau invite laa aku guna emel yang syafeeqa tu.Ok ye.Aku malas nak bukak emel 2 kali kalau nak buka Cinta Pertama dengan Adakah ini diary aku???.Hehe.

Sunday, September 6, 2009

Syok




Assalamualaikum dan selamat malam.Best tadi masa balik buka puasa.Ada Ayah Chik,Abah Long dengan Ayah Su.Che Su pun mari juga.Hehe.Tadi duduk main dengan Amiy je.Hehe.Bet laa sambil-sambil pegang Amiy,sambil-sambil borak dengan sepupu Sya Izz.Keh4.Best laa bulan puasa tahun ni.Selalu balik kampung.I Love It.Ok.Itu aja laporan untuk malam ni.Selamat malam ya..........

Balik lagi

Assalamualaikum..heloo..!!!

Sya Izz nak balik P.Puteh sekarang...

Nanti malam ni datang balik..hehehe

Daa....


P/s:Akhirnya exam BA dah lepas..huhu

P/s:Untuk tetamu VIP Sya Izz kat Cinta Pertama..jangan lupa bukak tau..Ada suprise terutama untuk Pqah Manaf.Keh4


Saturday, September 5, 2009

===

===========================


Assalamualaikum dan selamat pagi kawan-kawan..!!!..Esok dah nak sekolah balik.Yes.Tak lama lagi exam akan berakhir.Hehe.Sukanya.Boring laa hari ni.Nak study,malas lagi.Hihi.Tak tau nak cerita apa.Syieqa n pqah qylah,bukak laa sokmo Cinta Pertama.Hihihi.Ok.Sya Izz pergi dulu.Good Luck untuk kawan-kawan..!!!


===========================

12:22

Selamat pagi dan selamat tidur.Hehe.Tadi seronok balik Pasir Puteh.Kali ni ramai laa.Ada Ayah Chik,Abah Long,Che Ma & Ayah Su.Hari ni kitorang makan nasi beriani istimewa yang Auntie Su masak.Sedap..!!..Hehe..Tadi sebelum balik sempat tengok cerita Batman Forever dengan Amir.Hihi.Saje sambil lepak-lepak atas lantai juga cakap-cakap dengan Amir.Setahun sekali je boleh jumpa kan..?..Hehe..Ok laa.Dah laa tu.Hmm.Sya Izz rasa macam nak tukar je layout blog ni.Dah boring.Hehe.Tapi malas campur sayang.Tengok laa nanti macam mana.Lagi satu,rasa macam nak buat blog baru je.Tapi,blog yang lebih personal gitu.Ahakss.Macam yang P-Qah Qylah punya kan.Tapi..Tengoklah dulu.Ditambah dengan kesibukan nak exam ni,Sya Izz tetiba jadi rindu kat Hani,Jiehah,Syieqa,P-Qah.Sayang kamu..!!!

Cokelat Cinta@

- My sweet cousin...Yoemi & Ijak - ''Selamat Hari Raya''.Haha.

- Pantun khas untuk Yoemi -
''Ada Kimi ada Puspati
Ada hari bajet sekali'''

...Ngeh4.Jangan marah...


- My sis,Sarah and Haniff,Hanis,Arif - Semoga berjaya dalam UPSR kamu..!!!

Friday, September 4, 2009

Hadiah untuk Anak Murid

==========================


Ahaa.Akhirnya siap pun banner-banner.Kenapa banner-banner?.Sebab banner tu ada dua.Semuanya hitam.Rock and roll.Keh4.Rasanya tak comel.Tapi,tak apalah.Yang penting Sifu yang buat.Hihi.Banner ni hadiah khas daripada sifu untuk anak murid.Kalau hodoh tak payah tengok laa.Tutup je mata tu tapi jangan tutup blog Sifu pula.Hehe.Jangan risau.Nanti dah boring sifu buang laa banner tu.Haha.Ok.Untuk anak murid..dah balik bertapa ke..?..Satu lagi,jangan risau.Sifu takkan buat banner untuk kamu yang warna pink punya sebab warna pink tu hanya untuk Pinkle Gurlz.Hehe.Ok.Dah melalut pulak ni.Sambung.Sambung.Nak teruskan upacara perasmian ni.Ehem.Ehem.Dengan rasminya Sifu berbicara - Terimalah anugerah istimewa daripada Sifu atas nama The Cute Sifu In The World.Yang lain jangan jeles ok.Haha.Tata semuanya.


P/s :Untuk anak murid sekalian...hargailah jasa Sifu anda.Hihi.

P/s II :Entah anak murid baca ke tak upacara persamian ni.Tak pe.Tak pe.Sifu yang baik ialah seorang Sifu yang memahami.Haha.


==========================

Jatuh bangkit

Assalamualaikum..!!!Selamat pagi.Hehe.Semalam best main dengan Amir,Dini,Dina,Amar & Amiy.Dah lama tak jumpa diorang.Dah besar pun.Hehe.Hari Ahad ni Exam PAI dan BA.Huhu.Malasnya nak baca buku.Haha.Bilalah akan berakhir..?..Tak pe..Tak pe..Sabar itu separuh daripada iman.Dua hari je lagi.Ngeh4.Hmm.Kawan-kawan,I Love you so much.Anak Murid tak termasuk tau.Haha.Gurau je.Lalala.Semangat optimis diri.Jalan hari dengan pasti.Selama jantung berdetak selama itu takkan berhenti.Berlari.Wujudkan mimpi terus berlari.Agar hidup ini bererti.Lalala.Jatuh bangkit aku kembali.Susah payah aku tak peduli.Kerna hidup hanya sekali.Masa tengah baca buku,masa tengah exam dan lepas habis exam pun Sya Izz nyanyi lagu ni.Hehe.Saje.Sebagai penguat semangat.Hehe.Ye laa.Sya Izz paling suka kat part yang Sya Izz 'hijaukan' tu.Susah payah aku tak peduli sebab hidup ni hanya sekali kan..?..Jadi,kita kena sentiasa lakukan yang terbaik..!!!


=============================


===========================


P/s:Terima kasih kerana sudi jadi kawan terindah Sya Izz ye...!!!