Wednesday, September 9, 2009

Sungguh indah


Sungguh indah hari berlalu
tapi mungkin tidak bagiku
hari ini sepi terasa
hari ini lara menerpa

Aku sayu apabila mengingati
ingin sekali lagu rindu dinyanyikan
saat kita bertepuk utuh
ketika itulah dunia ini berseri senantiasa

Bukan hasratku mahu begini
aku cuma ingin dirimu dekat dihatiku
maaf kerana aku terlalu memaksa
tapi percayalah kau sentiasa hadir dalam harapan

Mungkin aku cuma bisa melihat
merenung ke arah dirimu
bagaikan bintang nun jauh disana
kau tetap bersinar dalam kepekatan malam


Assalamualaikum.Huhu.Tak tahu kenapa rasa nak buat sajak sedih je.Urghhh.Geramnya.Hehe.Hari ni perasaan kitorang agak kecewa.Haha.Hmm.Tapi,sekurang-kurang Sya Izz patut bersyukur sebab dapat markah yang boleh dikategorikan agak baik.Alhamdulillah.Uishh.Tahniah laa untuk Syapiq sebab boleh tinggi sekali SJ.Tak pe.Tak pe.Peperiksaan kali ni memang mg rampas takhta aku sebagai permaisuri SJ tapi nanti peperiksaan akhir tahun,aku nak lawan habis-habisan.Muahaha.Fight till the end.Sori ekk sebab aku conteng sikit kertas jawapan objektif mg.Miahaha.Tapi,comeyl kan aku conteng?Sebenarnya bukan conteng tapi ucapan 'Good Luck'.Keh.Keh.Keh.Hari ni dah dapat keputusan SJ & KH.Esok mungkin dapat keputusan BM,MM,BA.Huhu.Agak menakutkan.Hmmm.Hari ni Sya Izz rasa Sya Izz nak buat transformasi sikit.Sikit je.Tak banyak.Tapi,sekarang ni Sya Izz kena chow dulu.Tata..!!!

No comments: