Monday, September 14, 2009

Jauh


Jauh dari segalanya
itulah yang hati aku bicarakan
memohon sedikit kegembiraan
dalam hidup keseorangan

Pernah aku terfikir
aku mahu lari sejauh mungkin
biarpun tanpa arah tuju
asalkan aku menikmati ketenangan

Rindu yang terhenti
sekaligus membuat aku meronta
aku mahu hidup jauh dari masalah
aku mahu hidup jauh dari kesibukan

Andai aku punya masa
aku akan kembali merentasi
kehidupan di mana air dan udara bersatu
membentuk berjuta keindahan panorama


..Huhu.Layanzz.Hehe.Petang tadi Sya Izz buat 8 sajak.Tapi,masih malas nak taip.Nanti-nanti lah.Hehe..

No comments: