Aku sedih berbaur sepi
dalam hati aku monolog sendirian
tidak mengerti luahan rasaku
menyapa bintang jauh dihujung malam
merenung purnama indah terbentang
Pernah aku terfikir tentang kita
adakah persahabatan kita sentiasa erat
walau selalu jauh dimata
tapi sentiasa ada rindu untuk dia
kerana dia ibarat ilhamku
Aku sering mengeluh sedangkan aku tahu
betapa bertuahnya aku punya dia
maafkan diriku oh teman terindahku
percayalah aku sentiasa mahu menjadi teman terbaik
aku sentiasa mahu bergelar sahabat sejati
Setiap detik yang aku lalui bersamamu
sentiasa aku ingati sebagai memori indah
sekiranya dia tidak lagi mengingatiku
aku rela asalkan aku sentiasa melihat dia tersenyum
walau aku yang merasa dukanya
Hati dan diriku pasti bahagia sekiranya
dia tidak lagi menangis kecewa
cuma satu impianku yang sentiasa tersemat
agar cinta sahabat aku untuk dia
tetap kekal hingga detik terakhir hidupku
P/s:Saat ni Sya Izz rindu sangat kat kawan-kawan.Huhu.Rindu serindunya.Sajak ni khas untuk kawan-kawan yang Sya Izz sayang sangat-sangat.Tak tahu kenapa rasa nak buat sajak sedih + jiwang + romantik je.Ahaha.Uikss.Tekanan perasaan betul.Hehe.
No comments:
Post a Comment