Tuesday, September 7, 2010

Mahu jadi super


Aku tak tahu kenapa rasa macam ni saat ini, rasa macam jauhhhhhh sangat sangat dari DIA.

"Dari Allah kita datang, kepadaNya kita pasti akan pulang"

Astagfirullah, Astagfirullah, Astagfirullah.

Aku ni hanya insan kerdil, yang imannya sentiasa turun naik. 

Ya Allah, kuatkanlah imanku.

Ya Allah, kuatkanlah hatiku.

Ya Allah kuatkanlah kesabaranku.

Aku mahu belajar, untuk menjadi solehah.

Bukan sia sia, sebab aku mahu Allah sayang sama aku.

Ya Allah, peganglah imanku. Jangan bagi aku jauh, jangan biar aku lemas dalam cinta duniawi. Sekarang, aku rasa mahu lepas semua. Biar pergi semuanya, biar aku dapat raih sayang Allah sahaja. Tapi, ujian sentiasa datang bertimpa timpa. Kadang kadang buat aku jadi kuat, kadang kadang buat aku jadi semakin hilang, layu.. Aduh, betapa perlunya setitis kesabaran. Setiap orang ujian beza beza, dan ujian hidup aku juga beza beza.

Dah, aku tak mahu jadi insan biasa biasa lagi. Aku mahu jadi gadis solehah, biar Allah sayang sama aku. Iya, aku mahu jadi orang baik. Bukan orang yang mencintai dunia lebih dari akhirat. Aku mahu jadi orang yang seimbang. Ilmu tanpa amal, ibarat pohon yang tidak berbuah. Aku nak DIA sayang aku. Aku nak dia terima, aku sebagai hambaNya. Aku tahu, aku tahu dan sentiasa tahu.. Semua ini tak mudah.

Tapi, aku dah penat hidup begini. Aku tak mahu jadi orang yang biasa, tapi mahu jadi super bab ibadat semua. Aku mahu imanku bertambah, aku tak mahu hilang iman. Aku mahu mengecap kembali rasa khusyuknya solat. Macam aku selalu rasa, bila solat berjemaah di asrama. Masa tu rasa kerdil sangat sangat, ramai sangat hambaNya yang sujud.. Bukan aku sorang. Buat aku terfikir, aku ni kerdil sangat sangat. Pernah aku rasa sebak sangat, bila imam yang best baca surah. Mungkin masa tu sebab hati berat sangat dengan permasalahan dunia, buat aku jadi semakin manja denganNya. Aku jadi berharap, berdoa dan semakin bertawakal pada segala ujian DIA. Pernah aku rasa mahu menangis, bila imam baca doa au zikr. Memang sebak, menyentuh perasaan. Tepat tepat buat aku rasa

Ya Allah, aku tak layak masuk syurga tapi aku tak mahu masuk neraka..

Astagfirullah.

Mana ilmu yang aku belajar selama ni?

Dushh, aku kena kuat.. Aku tak boleh mengalah. Mahu sayang amat pada Dia.. Dan mahu hidup aku ni bermakna. Biar aku bangga, dapat jadi Islam. Biar aku selamat, dapat jadi Islam. Biar aku tersenyum, dapat jadi Islam. Islam yang indah, Islam yang sejahtera as tonggak ad deen hidup aku... Hidup aku yang tak pernah aku tahu bila pengakhirannya. Hidup aku yang penuh cabaran.

Mulai sekarang, dah tak boleh leka. Waktu ka as saif, kalau kita tak potong dia.. maka dia akan potong kita. Aku tak mahu hanyut. Tak mahu, tak mahu hilang kasihNya. 

Dan,

Aku kena jadi diri sendiri yang kuat
Yang mampu bertahan
Yang mampu bertahan sedaya upaya
Sebab, aku ada DIA.

Aku mahu sayang Allah, sangat sangat

:)




* Sedang meneutralkan hati, biar ikhlas, biar redha (n_n)

No comments: